Khamis, 22 Disember 2011

Lagi Peniaga Islam Jadi Mangsa Kerajaan PAS Kedah

PAS meneruskan lagi agenda DAP untuk mempariahkan peniaga-peniaga Melayu yang menyokong mereka dan yang telah meletakkan mereka dikerusi empuk kerajaan negeri pada PRU yang lalu.

Setelah merobohkan gerai peniaga Melayu di Jalan Kelab Cinta Sayang, dan meletakkan kesalahan kepada "tangan-tangan" ghaib, kononnya ada pihak lain yang melakukannya, kini PAS mengganas lagi. Kali ini jauh di Selatan Kedah iaitu di Kulim Hitech pula.

Menurut sumber, peniaga-peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang yang berniaga keropok, bantal dan ubat-ubat tradisional di bangunan milik pentadbiran KHTP telah diarahkan berhenti berniaga tanpa sebarang sebab yang sahih. Dikatakan mereka dilarang berniaga hanya kerana tidak mahu bangunan itu dicemari dengan peniaga yang tidak ada class dan mencemarkan pemandangan dibangunan yang bertaraf teknologi hitech disitu.

Tapi Kedahtimes ingin memaklumkan, jangan rakyat pi dok tanya Ustaz Azizan pula, sebab jawapan Ustaz Azizan adalah jawapan standard... saya tak tau...

Mungkin boleh tanya Sanusi Setpol, yang dijamin taktau juga..


Baca Selanjutnya.....

"KEDAH SEJAHTERA" Di KHTP Dan Bumiputera.....

PAS Negeri Kedah yg sudah terkenal di Malaysia dgn kisah merobohkan surau utk digantikan dgn kompleks beli-belah di Alor Setar juga terbukti mempunyai agenda memusnahkan ekonomi org Melayu di Kulim Hi-Tech Park (KHTP). 

Ceritanya bermula pada bulan Oktober 2011, apabila sekumpulan peniaga kecil-kecilan Melayu yg sejak sekian lama berniaga di lobi bangunan KHTP Business Centre diarahkan berhenti berniaga utk tujuan pembaikan dan selenggara bangunan. Namun apabila proses selenggaraan siap sepenuhnya, peniaga2 Melayu yg berharap utk mencari rezeki sesuap nasi di Kulim Hi-Tech Park masih belum dibenarkan beroperasi sampai la (tempoh sudah 3 bulan). 

Sumber ada mengatakan bahawa Hj Sobri selaku Presiden syarikat mengurus KHTP, iaitu Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) tak membenarkan peniaga-peniaga Melayu utk terus beroperasi kerana ianya mencemarkan pemandangan sekitar lobi bangunan tersebut, tapi tak mengeluarkan sebarang surat pun, yg menyebabkan peniaga-peniaga tersebut ternanti2.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates