Ahad, 4 Disember 2011

LOOKING FORWARD..

Watan Bertinta

PRU 13 tidaklah menjadi satu pilihanraya yang getir jika MNO dan BN membaiki kesilapan diri.

Getir hanya apabila sabotaj dalaman berleluasa. Yang sering mengalahkan UMNO dan BN ialah ahli UMNO dan pengundi dari komponen BN sendiri.

Di Kedah perkiraan simplistiknya cukup mudah. UMNO kalah di 8 kerusi DUN secara undi marginal. Tahap terkini sudah menggengam 12 kerusi DUN. Pastikan 8 kerusi yang kalah majoriti marginal dimenangi kembali dengan meletakkan winable canidate dan pertahankan 12 kerusi DUN sedia ada dengan calon yang 'super winable canidate' maka akan terpulang kembalilah kerajaan Kedah ke-tangan BN.

Dari sudut peratusan undi mengikut kaum, cukuplah kiranya UMNO/BN mendapat 55% undi Melayu, 5% undi Cina dan 1% undi masyarakat India. Sasaran ini lebih realistik mengambilkira komposisi penduduk di Kedah, M - 75%, Cina - 18%, India - 5%, lain-lain - 2%.

Maka looking forward, tunggu apa lagi?????.  Ayuh gandakan kerja, kurangkan bercakap, hindarkan pertelingkahan dan satukan hati..

Terima kasih tidak terhingga kepada ahli dan penyokong PAS yang bakal mengalahkan PAS di Kedah.. Watan amat bersetuju, tak banyak manfaat yang pejuang dan penyokong setia PAS perolehi walaupun Kedah diperintah PAS..Yang untung hanyalah DAP dan tauke Cina sahabat sejati..

Dan yang senang, yang kaya hanya suku sakat tertentu sahaja, pemimpin bertaraf EXCO atau MB dua isteri....  Pejuang sejati, penyokong berani mati PAS hanya menghirup kuah yang basi.. Tidak mengapa, watan nasihatkan dalam PRU akan datang bersamalah kembali mengundi UMNO dan BN.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ostad Zizan bini dua, satu sokong PAS, satu lagi sokong UMNO.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates