Isnin, 26 Disember 2011

Madarasah Salihiah Hanya Mainan Poltik

Ustaz Azizan kata, perobohan Madrasah Salihiah hanyalah mainan politik dan perkara kecil.
Sejak bila mempertahankan rumah Allah sudah menjadi mainan politik? Adakah mempertahankan rumah Allah perkara kecil? Sepatutnya Ustaz yang ada kuasa MB yang lebih kuat mempertahan Madrasah ni, tapi Ustaz yang jadi pelopor perobohan.

Ustaz Azizan kata, beliau lulusan Al-Azhar, tahu hukum dan pengambilan tanah Wakaf Khas setelah mendapat kelulusan fatwa negeri.
Ustaz buat macam rakyat Kedah ni semua budak-budak yang tak tahu berfikir ka? Sebut saja lulusan Al-Azhar, semua orang tak boleh tanya apa dah. Majlis Fatwa boleh lulus ka kalau takdak permohonan? Sapa yang bawa permohonan pi kat Majlis Fatwa?  Tak masuk akai, tiba-tiba Majlis Fatwa nak tukar status tanah wakaf untuk pembangunan. Ini serupa dengan kes naik harga air 100% kepada pengguna kecil, dia yang mohon naik harga, bila rakyat tala kat dia, dia kata SPAN yang lulus. Sekarang gilir Majlis Fatwa pula tanggung kerja kotor dia.

Berkenaan cadangan Dato' Mukhriz agar kerajaan negeri berbincang dengan pemaju, Ustaz Azizan kata “Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,”
Amboi, Mukhriz bagi cadangan suruh bincang dengan pemaju pun tak boleh. Siap habag kata la ni dia Menteri Besar, dia yang ada kuasa penuh, orang lain bercakap pun tak boleh.

Kalau Ustaz Azizan dan Pakatan Rakyat telus, moleklah dibentangkan kepada  rakyat, bagaimana bermulanya cadangan pembangunan projek tersebut dimulakan, siapa punya kerja, berapa kerajaan negeri dapat hasil perobohan Madrasah Salihiah ni.

Kita rakyat nak tau juga, daripada keluasan negeri Kedah berjumlah 950,000 hektar, kenapa tanah 0.08 hektar ini yang jadi sasaran? Awat takdak tempat lain dah ka Ustaz?


Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.
 
“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.
Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

7 comments:

Mohd berkata...

Ini semua adalah sandiwara politik MB Azizan.
Azizan tahu dan sedar bhw orang2 Melayu di Kedah sudah tidak menyokong PAS lagi. Oleh itu, Azizan sengaja gembar-gemburkan nak merobohkan madrasah tsb. Bila tiba aje masa PRU13, Azizan akan mengumumkan bhw madrasah itu tidak akan dirobohkan utk memujuk orang2 Melayu Kedah supaya menyokong PAS kembali.
Kalau tak percaya tunggu dan lihat ............

AnaQarbana berkata...

Majlis fatwa membuat keputusan mengikut warna politik bukannya mengikut hukum Islam sebenar, kepetingannya juga untuk politik, untuk pihak tertentu, inilah yang di katakan haram jadi halal dan halal jadi haram....memang betul kata ustaz azizan tu, roboh surau ataupun masjid dan memurtadkan orang Islam perkara kecil..........tapi merobohkan kuil, tokong, gereja dan mengislamkan bukan Islam ialah perkara besar....yang mesti ditentang habis-habisan.......

Tanpa Nama berkata...

SEDIH BACA BAHASA MB KEDAH. BUKAN SEBAB DIA MB TAPI SEBAB DIA SEORANG USTAZ.

C L J berkata...

Janganlah jadi politik suku ugama suku pulak ....

Tanpa Nama berkata...

isunya cukup simple, buatlah suPermarket 4o tingkat sekalipun tapi madrasah sedia ada kekalkan, yang surau dlm shopping complex, itu syarat PBT, KALAU tak dak madrasah salihiah sekalipun pemaju tetap kena buat surau(bilik sembahyang) di shopping complex berkenaan. bingai dan bangang punya MB, isu kecik tapi dia tak boleh settle. BUTUH PAK HANG LA AZIZAN!!!!

paktam@ berkata...

>aku pecaya....last2 depa tarik balik bab nak roboh madrasah ni sebab sultan xbekenan!!!
>walau apapun...nasi sudah jadi bubuq...
>dimata n hati rakyat kedah....pati cap bulan ni akan dicap sebagai pati yg menyonsang arus...hak depa buat semua kena..hak org len buat semua xbetoi!!!
>jika shoping kompleks ni siap....kita pakat2 boikot jgn dok pi belibelah situ...ada setuju????
>satu lagi....masa nk mgundi pru 13 ni....jgn bgi peluang lagsung kat puak khawarij ni menang satu kerusi pon....hampa sokong???
>aku dak naik semak perut dan meluat dgn kelaku puak2 ni...macam beruk dpt bunga !!!
>kita pakat2 tolak pati cap bulan ni !!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau sapa sapa rajin , singgahlah solat kat madrasah tu.
Hang la bilal , hang la siak , hang la imam dan hang juga makmum.
Dulu bangunan kayu , Koperasi pegawai pegawai kerajaan kedah sewa kat situ. La nampak cantik sebab buat baru , mungkin dapat duit pampasan projek pembesaran Jalan Tambang Badak dulu.

Penduduk kawasan tu pun dak 80 peratus berpindah,ada sikit lagi kat Jln.Lumpor yang lain semua bangsa asing.

Tak payah dok jadikan isu politik la.. kalau ada madrasah tapi tak dak sapa nak pi sembahyang...aku bukan la alim sangat..tapi tak la gila talak mcm ni..rakyat dah pilih PAS..nak buat macm mana , tunggu la 2012 ni lak..lepas tu buatla ikut acuan masing masing. buat malu bangsa dan agama saja..dok bergaduh.
Ustaz pun kena la tengok sama ,yang dok kutip derma anak yatim dan masjid depan bank..buat malu bangsa , bangsa lain tak buat kerja mcm tu , jam 7.30 pagi pi bank jolok duit dah ada dok tunggu , guna anak anak yatim pulak masyaallah..bangsaku..Awat duit baitumal dan zakat dah abis ka, atau payah nak dapat?
Atau kutip derma dapat komisyen..
Sori la Dato Bahsah..you orang lama , jadi pro la sikit..kita ni politik pun politik la..usia kita ni rumah kata pi , kubur kata mai..kot taj dan cover kot..cuba pi Madrasah tu sekali kalau maghrib ada 5 orang..wa sokong lu jadi MB.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates