Rabu, 21 Disember 2011

MENCARI KESEJAHTERAAN KEDAH


oleh : Abu Nawas

Pak Manaf, nelayan di Kuala Kedah yang sudah berusia 58 tahun, sudah putus asa apabila hasratnya menagih sedikit bantuan daripada Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi menampung sedikit duit belanja bagi persediaan anaknya ke universiti tidak berhasil.

Satu demi satu bilik Exco di Wisma Darul Aman dijelajah dengan harapan mendapat beberapa puluh ringgit, tetapi apakan daya kedatangan beliau tidak tidak penting kepada mereka malahan beliau diberitahu suruh ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mak Cik Teh sudah 10 tahun berniaga nasi lemak di pinggir bandar Alor Setar. Satu hari beliau didatangi pegawai berpakaian uniform yang menyuruh beliau menutup perniagaan kerana tidak ada lesen dan tempat beliau berniaga bukanlah kawasan dibenarkan.

Wanita berusia 46 tahun yang membantu suami menyara 7 anak, tersentak dengan kata-kata pegawai beruniform itu, tidur malam beliau juga tidak lena memikirkan bagaimana hendak mencari nafkah menampung perbelanjaan sekolah anaknya.

Kemana beliau hendak mengadu, hendak mendapatkan tapak perniagaan tidak ada yang disediakan di kawasan dekat dengan rumahnya. Terpaksalah beliau terus berniaga di tempat berkenaan dengan hati yang kecut bimbang disergah lagi pegawai uniform dan kedainya dirampas.

Lim peniaga barang binaan di Pendang semakin hari semakin gelisah melihat barangan tidak laku kerana sektor pembinaan di Kedah yang bergerak bagaikan siput. Stok barangan lambat bergerak, tunai di tangan semakin kurang. Sekiranya berterusan beliau tidak ada cara lain lagi, melainkan tutup kedai.
 
Rosli, seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Pekan Yan kerap kali memaki hamun kerana Proton Saganya sering kali terlanggar lubang jalan sepanjang berulang alik  ke Yan dari rumahnya di Alor Mengkudu.

Beliau tidak faham kenapa jalan yang rosak tidak diperbaiki. Beliau dengar cerita duit baiki jalan ada tetapi kenapa jalan masih teruk. Mana perginya duit berkenaan.

Watak-watak mereka itu serta puluhan ribuan orang lain lagi, adalah gambaran kehidupan rakyat di Kedah yang masih mencari erti Kedah Sejahtera. Mereka masih menagih kesejahteraan yang dijanjikan oleh Kerajaan Pas yang sudah berusia 4 tahun.

Di sudut hati mereka sering tertanya adakah Kedah lebih sejahtera sekarang ini ataupun Kedah Sejahtera hanya satu perkataan yang mudah diucapkan tetapi tidak tahu dilaksanakan.

Adakah semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu Kedah ini tidak sejahtera. Ataupun kerajaan sekarang hanya menumpang kesejahteraan yang telah disiapkan kerajaan dahulu tetapi sekarang tidak melakukan sebarang penambaikan bagi mensejahterakan Kedah.

Hakikatnya sejahtera yang dijanjikan itu bukan sahaja tidak dilakukan malahan tidak kelihatan dilakukan oleh kerajaan negeri kerana kemampuan melaksanakan janji bagi mereka bukan satu amanah yang perlu ditunaikan.

2 comments:

paktam@ berkata...

>depa ni ...cakap saja pandai...tapi nk buat xtau..setakap dok atuq slogan ...serah kat depa!!!
>bila org kata depa munafik...depa marah...!!
>jawapannyer sonang jer....kita pangkah depa dlm pru 13 ni...biaq terkangkang....!!!
>undi depa=undi komuneh=tolak Islam=tolak raja=Tolak Melayu!!
>undilah parti yg kita tolak dulu...bg chance!!

AnaQarbana berkata...

jom pi dengaq ceramah PAS....di sana PAS janji macam-macam.......hidup senang dalam Negeri kebajikan...sejahtera dunia-akhirat....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates