Jumaat, 30 Disember 2011

Jangan Lupa Besok: MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH


Program
MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH akan diadakan seperti berikut:

Tarikh    : 31hb Disember 2011
Waktu    : 12tgh - 5ptg
Tempat  : Madrasah Salihiah, Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah

Pengisian Program
1. Solat Zohor dan Solat Hajat Berjemaah
2. Tazkirah khas "kemuliaan berjihad" - Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya
3. Alunan Marhaban dan Selawat Nabi oleh Anak Yatim
4. Kenduri Rakyat
5. Kempen mengumpul tandatangan tanda sokongan terhadap Madrasah Salihiah


Seluruh Muslimin/Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.


BERSAMA KITA BERJIHAD SELAMATKAN RUMAH ALLAH.

8 comments:

1 Melayu berkata...

Mohon jasa baik rakan rakan bloggers,siber troopers,facebookers dan tweeters mebuat hebahan sehingga selesai majlis Munajat tersebut.

Marilah semua muslimin dan muslimat tidak kira apa pegangan parti politik ,Bersma Kita Berjihad Selamatkan Rumah ALLAH.

Pahang ku berkata...

salam dari Pahang,

tuan,
mohon blog ini dilinkkan dari blog tuan;
http://braveheart-blogger.blogspot.com/
http://pahang-ku.blogspot.com/

terima !

Pahang ku berkata...

salam tuan,
MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH
kami hebahkan di blog Portal PahangKu

Syburi Times berkata...

Salam
Sudah dimasukkan dlm rakan blogger. Akan dimasukkan juga ke dapa kata rakan blogger link kelak.

Tanpa Nama berkata...

hmmm, tuan- tuan ni bkn orang kedah rasanya..madrasah ni lebih berfungsi sebagai pejabat insurans. surau kt tepi tu sikitje..mcm surau-surau kt ofis kite je..kalo xpecaya sila dtg n buat lawatan...

Tanpa Nama berkata...

Jawapan kat anon 1.30...Mau tang orang semuanya dikaitkan dan dicari untuk menghalalkan tindakan mereka demi menjaga DAP dan undi cina...tapi yang mereka dok guna khutbah jumaat untuk politik mereka orang tak boleh kata apa pulak...bila cakap bukan main..Islam adalah cara hidup...itu untuk pekena orang saja...hakikatnya mereka adalah munafik semata-mata...cakap dusta...janji dimungkiri...amanah dikhianati...tak payah bagi contoh...semua orang yang celik akal tahu melainkan puak-puak mereka yang sudah busuk dan hitam legam hatinya....aci kerat jari...bahasa depa pasti lain kalau BN yang buat benda ni...boleh dengar siang malam terpekik terlolong mengutuk...la ni bukan main...kait semua Sultan la...tapi pasai apa tang puak depa tidoq tengah jalan halang Sultan di Perak boleh pulak...inilah yang saya kata sifat-sifat munafik...hukum bukan mengikut hukum tetapi mengikut orang...orang aku tak pa...orang lain siappp...semoga Allah selamatkan bumi manusia dari puak-puak perosak ini...

Tanpa Nama berkata...

Jemaah Maghrib pun tak pernah diadakan kat madrasah tu. Aku tau la..pejabat aku area situ.

Nayan berkata...

So takkan tanah wakaf tu nak dijual utk kompleks komersial?

Pernah tak tengok org PAS memberontak sakan kerana surau dinding plywood nak dirobohkan dan diganti dgn masjid?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates