Khamis, 29 Disember 2011

PAS Cuba Kelirukan Rakyat Dengan Istibdal Wakaf...Untuk Sunny Ho

Istibdal atau tindakan menggantikan harta wakaf sedia ada dengan harta lain yang sama merupakan hukum yang harus. Namun ia hanya dibenarkan bagi tujuan mempertambahkan lagi kebajikan dari harta tersebut dan tidak melanggari tujuan asal wakaf tersebut.Ia juga boleh dilakukan jika harta wakaf dan tujuan wakaf itu berkonflik dengan undang-undang sedia ada. Inilah tujuan sebenar istibdal.
Istibdal wakaf dilakukan apabila pihak berwajib melihat bahawa ianya lebih membawa kebajikan kepada harta wakaf dan juga pihak yang mewakafkan tanah tersebut. Ini membawa maksud cadangan untuk menggunakan harta tersebut bagi faedah yang lebih baik timbul terlebih dahulu, barulah proses istibdal dilakukan.

Apa yang berlaku diTanah Wakaf Jalan Kanchut, Alor Setar adalah terbalik.

Dalam kes Madrasah Salihiah ini, proses "Istibdal" itu dilakukan bukan atas kepentingan dan kebajikan Madrasah dan harta wakaf tersebut, sebaliknya "istibdal" ini digunakan sebagai pekakas untuk pembangunan sebuah kompleks membeli belah.

Maka sebab itulah, proses "istibdal" hanya berlaku selepas cadangan pembangunan kompleks membeli belah wujud, dan tidak ada kaitan dengan tujuan istibdal diharuskan.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka tunjukkanlah kertas cadangan dan permohonan menukar status tanah tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan wang 1.48 juta itu, dan bukan memberi laluan kepada shopping kompleks.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka tidak seharusnya MAIK membenarkan Madrasah tersebut dibesarkan empat tahun lalu.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka  cadangan asal penjualan tanah wakaf itu sepatutnya datang dari MAIK sendiri, dan bukan dari kerajaan negeri yang terlibat dengan pembangunan kompleks membeli belah tersebut. Tunjukkan kepada rakyat, siapa yang memohon penukaran tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca, istibdal tidak memerlukan fatwa dari Majlis Fatwa jika memenuhi syarat-syaratnya,  melainkan proses penukaran status wakaf itu didapati tidak memenuhi syarat barulah perlu mendapat keputusan Majlis Fatwa.


Dengan wujudnya ketetapan Majlis Fatwa, ia sudah menjadi bukti jelas bahawa perobohan Madrasah Salihiah tidak mematuhi syarat biasa untuk proses penukaran status.

Sebenarnya, isu ini tidak perlu dibelitkan lebih panjang, cuma tunjukkan kepada rakyat permohonan asal penukaran status tanah wakaf ini sudah cukup untuk meyakinkan rakyat, apa yang berlaku dalam pentadbiran PAS.


Tak perlulah PAS menyalahkan Umno dan Perkasa, kononnya mendakwa Majlis Fatwa jahil apabila memprotes perobohan Madrasah ini dan PAS paling taat kepada Majlis Fatwa.  Janganlah PAS berlagak seolah-olah kita tidak tahu siapa yang menyiram minyak wangi pada Kubur Allahyarham Ibrahim Libya untuk menunjukkan beliau syahid, walaupun Majlis Fatwa kata tidak syahid.

Adakah surat ini juga melawan majlis Fatwa? Kenapa Azizan Dakwa "projek tidak akan tergendala" yang bermaksud penagguhan Madrasah Salihiah tidak akan ditangguhkan?

Jika PAS benar-benar telus, terutamanya Harakah, silalah bentangkan dokumen permohonan perobohan Madrasah Salihiah, siapa yang minta. Majlis Fatwa, MAIK atau Ustaz Azizan?



2 comments:

1 Melayu berkata...

Tolong tanya Ustz Azizan Lulusan Al Azhar,kenapa tidak berani roboh kuil India yang terletak diatas Tanah Kerajaan di tepi Sungai Air menidih,Pekan Lama ,bersebelahan Pekan Rabu.Pentadbir Tanah Daerah Kuala Muda telah keluar notis sejak tahun 2008 untuk meroboh dan mengambil tanah tersebut untuk dijadikan kawasan tempat letak kereta Pekan Rabu,hingga sekarang bila puak India bantah dan mengepong Kuil tersebut ,ustz Azizan dah kecut telor dan tak berani roboh kuil tersebut.Tapi tentang Madrasah dia beria ia nak robohkan juga,Islam kah ni ?

Tanpa Nama berkata...

buat kerja cara islam kepala hotak dia..masjid zahir time sembahyang fardu tak ramai pun dan disitu bukan kawasan petempatan perumahan, awat tak roboh?. bodoh punya islam pas, toke dap sony ho rasuah duit terbeliaq biji mata, berani ambik tanah wakaf khas, gereja disebalah tapak projek awat tak berani roboh, status tanah gereja bukan status tanah wakaf khas, aku tak lulus al-azhar pun tau hukum, yg lulus al-azhar jadi bingai pulak dah

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates