Khamis, 22 Disember 2011

Pas Kedah dalam ketakutan


Oleh: Al Iman

Fikiran yang bercelaru memudahkan diri diserang malah jika tidak diserang sekalipun, otak yang bercelaru menjadi punca kepada keputusan yang tidak tepat. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Kedah Times begitu menyesakkan salur nafas pimpinan Pas Kedah. Penulis tidak perlu menunggu pengakuan dari mereka namun melihat tindakan terdesak parti ini di Kedah, Penulis amat yakin mereka masih tercari-cari punca dan jalan untuk memulakan serangan balas.

Kewujudan blog dan nama yang sedikit sebanyak dicedok dari Kedah Times memberi bukti khusus bahawa Pas Kedah terdesak untuk membalas segala bukti yang dipaparkan oleh Kedah Times kepada rakyat. Pas Kedah setakat hari ini tidak mampu menagkis segala data dan fakta kerana apa yang dipaparkan adalah bukti nyata dan bukannya tulisan angan-angan seperti yang dipaparkan dalam blog Kedahla ciptaan puak Pas.

Membaca beberapa artikel di blog tersebut memberi gambaran sebenar bahawa mereka ketandusan idea untuk membuat serangan balas dan terkini blog Kedahla & geng hanya mampu mencipta kononnya wujud kumpulan Mukhriz dan kumpulan Ahmad Bashah. Jika tuduhan itu dilemparkan kepada Pas Kedah, pasti ada kebenarannya kerana sudah ada yang tidak sabar menjadi MB Kedah menggantikan Ostat Azizan. Kedah Times menulis secara bebas tanpa mengira parti namun asasnya sudah pasti mendokong semangat perjuangan UMNO. Bebas menulis disini memberi maksud walaupun dari parti sendiri, jika berlaku kekurangan dan kesilapan, pasti akan ditegur, Inikah yang dianggap oleh puak-puak Pas sebagai berpecah?.

UMNO sejak dulu mengamalkan sikap terbuka dan selepas PRU12, penulis melihat ramai dikalangan ahli UMNO samada diperingkat akar umbi atau pimpinan teratas BEBAS mengkritik dan meluahkan apa yang difikir tidak betul. Forum malah secara live di TV juga sering kedengaran pimpinan UMNO mengkritik dan menegur UMNO agar menjadi lebih baik. Bagaimana dengan PAS?. Penulis melihat unsur ini tidak wujud malah jika ada yang berani menegur, pasti dianggap Pro UMNO dan wajar disingkirkan. SETPOL MB Kedah mungkin tahu hal sebegini.

Kedah Times akan terus mempertahankan UMNO dan melondehkan segala kepalsuan, penipuan, kebodohan PAS di Kedah. Dakyah palsu untuk melagakan Kedah Times dengan pucuk pimpinan malah maksud tersirat untuk melagakan Bashah dan Mukhriz tidak akan menjadi sebaliknya yang teserlah ialah kegopohan PAS Kedah mewujudkan Cybertroopernya yang amat kurang lemaknnya, tidak terasa pedasnya, langsung tidak masin dan akhirnya ada artikel sudah memakan diri sendiri.

Sudah tidak ada masa berpuak-puak, kini adalah masa menyerang cuma bom dan peluru yang hebat-hebat tu kena tunggu masa yang sesuai. Nanti musuh mati awal, dengan sapa pulak UMNO nak bertanding PRU13.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates