Jumaat, 30 Disember 2011

PAS Terbelit Diri Sendiri.

Pejabat Insuran hendak dirobohkan kena dapat persetujuan Majlis Fatwa, pernah dengar tak? Tapi ini memang berlaku di Kedah Sejahtera,

Kerajaan yang tidur hampir 4 tahun tak buat apa-apa projek untuk rakyat, tiba-tiba bila bangun dari tidur, nak peruntuh Madrasah.

Sudahlah tidak bina Masjid, hak dok ada pula dia nak pi roboh. 

Demi menghalalkan kerakusan mereka merobohkan sebuah Madrasah, sebuah blog pro-kerajaan negeri telah menukar status Madrasah itu kepada Pejabat Insuran hanya kerana dikatakan ada pejabat insuran di situ. Nasib baiklah mereka tidak namakan Madrasah ini sebagai tandas kerana disitu juga ada tandas. Tahap ketaksuban bahawa mereka saja yang betul semakin menjadi-jadi.

Malah menjadi lebih dangkal lagi, setelah memperkecilkan Madrasah Salihah, katanya ada pejabat insuran dan bersambung dengan tandas,  mereka akan bina surau yang  lebih kecil statusnya, iaitu ianya bersambung dengan puluhan tandas, puluhan pejabat, ratusan kedai, pusat hiburan, karaoke, kedai gunting unisex, snooker dan outlet yang bakal menjual pelbagai barang yang haram dan halal, termasuk kondom dan sebagainya. Ironik bukan, mereka hina Madrasah dan mereka buat ganti yang lebih rendah tarafnya.

Merasakan diri mereka bijak, mereka tidak saja merendah-rendahkan status Madrasah dan Tanah wakaf yang sememangnya diiktiraf oleh MAIK sebagai Madrasah, malah cuba mengheret Yang DiPertuan Agong untuk menghalalkan kesepakatan mereka dengan pemaju Sanny Ho yang beragama Kristian.

Kononnya, akan dibina surau baru yang lebih luas didalam kompleks membeli belah tersebut. Kecuali penyokong taksub PAS, rakyat yang cerdik  mahu melihat dimana Strata Title (Geran Hak milik) atau perjanjian mengenai hakmilik surau yang dikatakan bakal dibina tersebut. Rakyat bukan bodoh, setakat buat janji dalam blog bukan ada laku satu sen pun jika pemaju tidak kotakan apa yang dijanjikan.

Dok bagi alasan kononnya disitu tidak cukup ahli jemaah untuk maka dia nak runtuhkan Madrasah tersebut, tetapi dikatakan pula hendak bina surau didalam kompleks membeli belah sampai kapasiti 400 orang?  Mula kata takda jemaah, tapi buat surau besar untuk 400 jemaah, tak ka haru biru punya hujah?

Alasan tak cukup jemaah juga sebenarnya membuktikan bahawa setelah tiga tahun memerintah, PAS tidak berbuat apa-apa untuk mengimarahkan Madrasah dan juga masjid-masjid di Kedah. PAS mengambil jalan mudah, apabila tidak cukup jemaah maka runtuhkan. Ini bertentangan dengan seruan Islam agar Surau dan Masjid diimarahkan.

Kononnya Runtuh Madrasah dan tidak runtuh gereja kerana gereja tidak termasuk dalam pelan pembangunan, tetapi Madrasah termasuk dalam pelan. Awat plan tu kitab suci yang tak boleh dipinda ka? Lagi pun pelan tu sapa yang buat, kalau bukan PKNK dan Sunny Ho? Bukankah PKNK dipengerusikan oleh Ustaz Azizan? Jadi Ustaz Azizan la yang rancang runtuhkan surau dan kekalkan gereja! Dah betul la tu.

Kononnya juga pembinaan kompleks membeli belah itu akan memberi banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah. Soalan kita, kalau bina komplek tanpa meruntuhkan Madrasah tu hilang ka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah?

Walau apa sekalipun, semakin cuba diputar belitkan, semakin terbongkar sikap PAS yang menjual Madrasah ini untuk wang dan keuntungan material. Maka sebab itulah walaupun sudah berkali-kali diminta tunjukkan kepada rakyat dokumen cadangan asal yang membawa kepada perobohan Madrasah tersebut, sampai sini mereka masih bertaichi.

Kerana apa? kerana memang terbukti mereka menjual Madrasah.


4 comments:

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah...bersama runtuhnya Madrasah maka tunggulah hari Allah meruntuhkan mereka...

Tanpa Nama berkata...

robohnya madrasah ini...bermakna PAS KEDAH PASTI REBAH.............

kerana pihak yang paling zalim di dunia ialah pihak yang merobohkan rumah Allah..........

Tanpa Nama berkata...

INIKAH hudud Pas ? Menjual tanah wakaf orang islam dan meruntuhkan madrasah tempat ibadat?

kenapakah gereja kristian dikekalkan? hanya disebelah madrasah itu?

itu lah MUNAFIK?

mari semua bongkarkan..apa yang sebenarnya telah terjadi..ESOK DI MADRSAH ITU SENDIRI....

Tanpa Nama berkata...

hidup DAP.Hidup PAS....he he he he

Kerajaan Islam Kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates