Selasa, 6 Disember 2011

PASTIKAN PAS KEDAH JATUH BERSAMA ROBOHNYA MADRASAH AL-SALIHIN

Oleh : Abu Nawas
Menteri Besar Azizan Razak tersenyum puas apabila dapat melakukan kerja pecah tanah tapak projek Aman Central di tapak PlAza Tunku Yaakob yang sudah puluhan tahun terbengkalai.

Pada beliau dapat melakukan kerja pecah tanah itu adalah kejayaan terbesarnya sejak menjadi Menteri Besar setelah beberapa projek yang dirancang sebelum itu gagal dilaksanakan kerana ketidakupayaan beliau dan para Exco mentadbir negeri.

Pedulikan sama ada projek itu akan berjaya didirikan atau tidak dalam masa beberapa tahun lagi, yang penting kerja pecah tanah itu amat penting dari segi perhubungan awam. 

Pedulikan sama ada peniaga Melayu berpeluang atau tidak untuk berniaga di kompleks itu, yang penting beliau dapat menjaja sebagai bahan kempen, PAS mendirikan sebuah kompleks membeli belah.

Pedulikan juga tentang bantahan orang ramai yang tidak rela sebuah madrasah yang diwakafkan sejak lebih 100 tahun lalu hendak dirobohkan.

Biarkan mereka membantah, berdemo ataupun buat apa sahaja kerana sekali Azizan mengeluarkan arahan jangan siapa engkar.

Pada Azizan bantahan berkenaan tidak penting dan hanya menyusahkan cita-cita beliau untuk meletakkan satu-satunya mercu tanda pemerintahan beliau iaitu Aman Central berkenaan.
Pada Azizan juga, Melayu daripada PAS akan menyokong beliau biarpun beliau meroboh sebuah madrasah. Ini kerana pada Melayu PAS, apa sahaja yang PAS buat adalah betul.

Maka Azizan mencipta alasan projek itu perlu manakala sebuah surau baru akan dibina dengan lebih luas di kompleks Aman Central itu dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina di tempat lain atas runtuhan Madasarah Al-Salihin berkenaan.

Mengenali Azizan yang hanya pandai berjanji, adakah kali ini janji Azizan itu boleh diterima pakai. Jikalau benar pemaju akan mendirikan sebuah surau yang besar di kompleks Aman Central itu, kenapa Azizan tidak
tunjuk lukisan pelan surau berkenaan.

Orang ramai menantikan bukti surau di kompleks Aman Central itu besar dan boleh diguna setiap masa.

Azizan juga mungkin lupa bahawa semasa pemilik tanah itu mewakafkan tanah berkenaan niat beliau hanya satu iaitu menjadikan tapak itu untuk kegunaan ibadat umat Islam beribadat.

Pasti tidak pernah terniat mewakafkan tanah itu untuk tujuan komersil.

Kenapa mengkhinati niat wakaf hamba Allah berkenaan. Jangan biarkan waris hamba Allah berkenaan menangis atas sikap buta tuli kerajaan PAS Kedah.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

MADRASAH SALIHIN NI KENAPA NAK DIROBOHKAN? SEPATUTNYA DIKEKALKAN UNTUK WARISAN DAN JUGA WAKAF BERTERUSAN SEHINGGA KIAMAT . KATANYA WAKAF TANAH INI TELAH BERUSIA LEBIH 100 TAHUN LAMANYA...KENAPALAH ZALIM KERAJAAN KEDAH SKRANG? TAK DA TANAH LAIN KER NAK BUAT SHOPPPING COMPLEX NI..................ADAKAH KERANA TERLALU TAMAK WANG...SURAU ORANG ISLAM TELAH DIKORBANKAN.....KENAPAKAH GEREJA ..TOKONG CINA DAN JUGA KUIL HINDU DI PERKASAKAN? KENAPAKAH ? KENAPAKAH...GEREJA YANG BERDEKATAN TIDAK DIROBOHKAN DAN DIBUAT DI ATAS SHOPPING COMPLEX....ITULAH KEBODOHAN DAN KEJAHILAN PEMIMPIN ISLAM ITU SENDIRI....TIADA IMAN TIADA ILMU AGAMA KAH? DI MANAKAH ..KEINTELEKTUALAN ORNAG ORANG ISLAM YANG BERILMU DI KEDAH? DIMANAKAH ..BUTAKAH..PEKAKKAH...ORANG AGAMA? DI A MANA ULAMAK KEDAH? DI MANA TUAN GURU PONDOK DI KEDAH...KENAPA DIAM SERIBU BAHASA....

Ahmad berkata...

Masjid Zahir punyalah dekat jalan kaki ja, lebih baik imarahkan Masjid Zahir

Tanpa Nama berkata...

fahamkan dulu konsep ibdal dan istibdal dalam waqf...kalau faham secara umum memang la nampak salah ja...
lg satu isu ni dah dapat approval drpd jabatan mufti...so xyah la nak question banyak-banyak...

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut logik pun dah banyak surau tu dapat. Dapat surau lebih besar dalam shopping complex, mesti lagi ramai yang guna surau tu. Pastu dapat lagi surau baru kat tempat lain. Lebih banyak pahala Si Pewakaf tadi dapat. Alhamdulillah. Jangan dipisahkan antara Islam dan ekonomi serta kehidupan harian.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates