Khamis, 15 Disember 2011

PERINCIKAN KRITERIA WINNABLE CANDIDATE


WATAN BERTINTA

Demi memudahkan usaha UMNO/BN menggerakkan jenteranya dan punyai fokus yang jelas demi matlamat mencapai kemenangan dalam PRU ke-13 nanti, maka satu permintaan tulus ingin dikemukakan kepada pucuk pimpinan
khususnya Perdana Menteri 1MALAYSIA.

Pertama; perincikanlah apa itu winnable candidate dan kriteria winnable candidate supaya 'yang geli' nak jadi calon akan berkurangan dan 'yang kubur sudah kata mari dan rumah kata pergi' tidak ada niat dan hati untuk mempromosikan diri bagi dipilih lagi

Kedua, jika ikhlas dan jujur dan calon yang dicalonkan itu tidak mempunyai liabiliti besar yang boleh mengundang kontroversi, maka umumkan dan arahkan segera calon UMNO/BN untuk DUN dan Parlimen turun ke kawasan dan berkampung di tempat yang bakal ditandingi, jangan lagi seperti dulu semua pengumuman dibuat saat akhir.. Zaman ini menuntut transformasi kita kena lebih berani.

Itulah sahaja dua permintaan yang luhur dan kepimpinan tertinggi parti seharusnya mempunyai azam politik dan kebolehlaksanaan yang tinggi untuk merealisasikannya..

UMNO/BN PENJAMIN SURVIVAL BANGSA DAN NEGARA.

PAKATAN PEMBANGKANG PEROSAK DAN PENGHANCUR TAMADUN NEGARA

2 comments:

Suara akar umbi pro BN berkata...

bukan soal tua atau muda.Muda pun kalau bercelaru dengan betina.judi tak layak cuma alim kucing nak buat apa.Kelayakan pun tak ada.Menang pun dulu kerana wang politik tak terpakai juga.Tua pun kalau ada pengalaman tapi penuh dengan daki dan kurap sana sini pun masaalah juga.Soal dekat dengan kubur sebenarnya muda pun kalau ajal sampai nati juga.Tua pun kalau ajal jemput pergi juga.

Jangan letak soal tua atau muda.Kalau ambil ukuran tua maka UMNO itu sendiri pun sudah tua.Maka nanti penmgundi muda atau tolak kerana ukuran tua.

Jangan buat kerja makan diri sendiri.Bila tua kita tolak.Maka kalau pengundi kata UMNO pun dah tua nak jawab macamana.Nampak sangat dalam UMNO ada jurang muda dan tua.Sebanarnya semua perlu ada.Asal calon bersih beriman bertakwa amanah.Itulah ukurannya.

Kalau tua atau muda semuanya haprak lingkup lah umno.Kenapa pembangkang tak berapa kalut pun fasal soal umur ini.Dalam UMNO sahaja yang kalut.

Semua ada pengaruh.Tua pun ada pengaruh.Muda pun ada pengaruh.Jangan gelojoh noooo dalam sola calon.Silap-silap bungkus pula.Kedah dah kering kontang nak cari calon yang kaliber.Muda pun tak ada.Yang tua ada pun macam tak ada nilai pasaran dalam politik di Kedah.Banyak rekod tak berapa baik.Inilah cakap-cakap merata tempat.Adakah pimpinan UMNO Kedah dengar semua ini.

Jadi Dato Najib kena teliti betul-betul dalam nak pilih calon ini terutama di Kedah.

pengundi nak pangkah sahaja bila tiba masanya.Jangan ingat pengundi buta kayu macam dulu lagi.

RM 100 dan RM 500 dah eloklah jasa BN pada rakyat.Cuma jangan pandang ringan latar belaknag calon.Takut yang dikejar tak dapat

Semoga dato Najib dapat mendenagr suara dari bawah ini.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn pandangan YB DATO SHAHRIR SAMAD, MP JOHOR BHARU, kali ini ADUN atau MP yang melebihi umur 60 tahun eloklah berundur secara sukarela..Tahniah Dato Shahril, dunia baru perlukan pendekatan baru, kalau muka lama juga, alamatnya dok tang tu jugak, zaman la ni zaman IT dah tapi depa dok ghebang dan ceramah kedai kopi lagi

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates