Jumaat, 30 Disember 2011

Permandangan Indah dari Menara Alor Setar

Jika tuan-tuan dan puan-puan melawat atau menaiki menara Alor Setar, permandangan buruk Kompleks Tunku Yaacob dapat dilihat dengan jelas.

Madrasah Salihiyah yang berada disebalik bangunan tersebut juga nampak serba sedikit.

Ketidakenakan pemandangan bangunan Tunku Yaacob ini bakal dihapuskan dan diganti dengan sebuah kompleks bernama Aman Sentral. Dan pihak-pihak di Menara Alor Setar sering bercerita tentang keindahan yang bakal dilihat hasil pembinaan Aman Sentral ini.

Menara bakal menjadi lebih terkenal dengan adanya kompleks perniagaan ini. Kawasan berdekatan Menara akan lebih 'live' dengan adanya kompleks ini.

Ini diwar-warkan oleh mereka-mereka di menara ini.

Tetapi apa yang tidak diceritakan kepada pelawat Menara ialah Madrasah Salihiyah yang bakal menjadi mangsa roboh oleh kerakusan developer yang ingin membina Aman Sentral tersebut. Sepatahpun tidak disebut tentang Madrasah Tersebut.

Sepatahpun tiada kempen untuk mempertahankan Madrasah tersebut.

Nak tahu kenapa?

Pengurus Besar Menara Alor Setar penyokong kuat PKR!

5 comments:

paktam@ berkata...

>akan menjadi nostalgia sedih untuk diingatkan untuk tahun 2011..walaupun yg perintah kedah...puak pas yg mengaku lebih ISLAM dari puak-puak kabilah yg lain!!!
>tahun 2012 perlu diterbalikan sejarah itu!!!!!!!
>woi...hampa paham ka puak2 warlord umno ????????

Tanpa Nama berkata...

la ni kedah di perintah oleh tentera setan maka jadilah KEDAH SETANTERA

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya rasa memang bangunan Kompleks Tunku Yaakub patut dirobohkan kerana menghodohkan pandangan..dan mencacatkan pemandangan Bandaraya Alor Setar ..difahamkan dah dua rangka tulang manusia dijumpai dlm bangunan tersebut...heeeheeee seram...

Tanpa Nama berkata...

jgn mlampaui batas dlm bgi komen..hampa smua sapa nk kata kt Ustaz Azizan dan org yg memerintah Kedah la nie cam2?!..hampa taw dak ilmu agama Ustaz Azizan stakat mna?nk banding dgn hampa 2?!!!!!jgn mlampau..skali lgi,jgn mlampau nah!!

Tanpa Nama berkata...

salam ,KURANG PANDAI tol puak umno ,,,,nak bangkang/cari salah Ustaz Azizan dengan bangkitkan isu surau salihiah ... oihh ,,,ade pon situ ade ke puok2 umno g solat ???? dei tanggachi ,,,mb kte tukar surau tu kt tmpat lain lg strategik ,lagipun shopping complex tu buat tok cntikkn pandangan ,plus ,,masjid bru juga akn dbna bsblahan dengan shopping complex tuu ...haaaa..ada ka shopping sblah msjid sblum ni ??? xda kn ....dlu bangunan buruk tu terbiar bkurun ,umno xamik tindakan apa2 pon ......biar je plancong dtg kedah tgok bankai bangunan yg usang tuuu ....HIDUP USTAZ AZIZAN

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates