Jumaat, 23 Disember 2011

Projek Mee Segera Bermula

 1. Panik dengan Gelombang Merah rakyat Kedah yang melanda negeri, kerajaan negeri kini baru bangun dari tidur dan mimpi indah yang panjangnya empat tahun.

Gambar Oleh Mediakedah
2. Kalau memandu di Negeri Kedah sekarang ini, berhati-hatilah, jangan terkejut dengan sekatan-sekatan yang dibuat sehingga berlaku kesesakan kerana mee segera baru tertumpah. Setelah empat tahun, ribuan tayar motosikal dan kereta barai dimakan lubang jalan-jalan negeri, kini jalan mula diturap sekerat-sekerat untuk menunjukkan bahawa kerajaan negeri memperbaiki jalan. Kenapa sekerat-sekerat? Kerana duit dan habis beli mercedes, camry dan jalan-jalan makan angin secara istiqomah sepanjang 4 tahun.

3. Bukan rakyat tidak tahu, bertahun lamanya rakyat sengsara akibat jalan berlubang, walaupun peruntukan penyelengaraan jalan turun dari kerajaan pusat sebanyak RM150 juta. Itu belum dikira bantuan tahunan perkapita yang dihulurkan kerajaan pusat membabitkan nilai lebih RM300 juta lagi. Dan itu belum termasuk duit balak yang dikatakan terlebih pendapatan hasil "ketelusan" (ketelusan atau pembotakan gunung?Ini kena tanya Sanusi Setpol). Semua ini masuk poket kerajaan negeri, dan Ustaz Azizan buat diam saja.

4.Sudahlah duit itu kerajaan pusat yang bagi, kerajaan negeri yang hanya sebagai pelaksana saja. Tapi ditangguhkan dan diciluk sehingga prasarana terbiar, yang menanggung adalah rakyat Kedah.

5. Sudahlah projek mee segera, turap jalan pun sekerat-sekerat saja untuk wayang. Awat ingat rakyat Kedah buta ka?

5 comments:

BeribesaQ berkata...

Projek mee segera mula di niagakan....
Jalan Sungai Lembu, bukit selambau...sungai lalang sedang bermula...siap di tengah...di pangkal berlubang...cuba ikuat jalan tersebut...yang dah siap di persimpangan ke bukit selambau..tak sampai 500 meter, dah mula rosak...manakala menghala ke sungai lalang , dalam pembinaan....nampak macam kelam kabut je....ada pulak duit depa baiki jalan....untuk berniaga balak dan rumah hiburan,.....

Tanpa Nama berkata...

Jalan pun macam kote bengkok je.

Tanpa Nama berkata...

PAS kata UMNO kaki seleweng tapi sebenarnya PAS alah Parti Amalan seleweng.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS jujur dan amanah sebab dia bagi tau guna duit kerjaan pusat bayar gaji kakitangan kerjaan negeri.

Tanpa Nama berkata...

hang x tau apa hang cakap, lebih baik diam saja dari dok fitnah orang. Tuhan ada hang tau

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates