Khamis, 22 Disember 2011

Robohnya MADRASAH atas nama Kompleks membeli belah

KedahTimes dibesarkan di kampung dan menetap dalam kelompok mereka-mereka di suasana Pondok sehingga selesai peringkat menengah.

KedahTimes diajar mengaji Quran dengan dengan sebaik-baiknya. KedahTimes menghadiri kuliah-kuliah agama yang diajar cara pondok. Dan sehingga kini KedahTimes masih meminati dan belajar stail lama tersebut kerana ianya adalah pelajaran dua hala. Bila-bila kita boleh tanya tok Guru.

Sifat 20 dan sifat-sifat Nabi menjadi kewajipan kita belajar dan memahaminya. Itu adalah asas yang mula-mula diajar selain dari membaca Quran dengan betul dan baik.

Cuma malangnya KedahTimes tidak ambil peluang untuk menghafal doa-doa, ayat-ayat tahlil dan hafalan untuk majlis-majlis.

Tapi orang PAS bijak dalam hal ini. Mereka mempergunakan sepenuhnya hafalan-hafalan seperti ini untuk menonjolkan bahawa mereka lebih Islam dari yang lain. Yang utamanya mereka nak tonjolkan bahawa penyokong UMNO tak layak atau tak mampu jadi macam mereka. 

Mereka bijak dalam menonjolkan kecantikan kulit dari kecantikan dalaman mereka. Inilah didikan PAS terkini.

Maka pernah KedahTimes dituduh tidak pandai mengucap dek kerana meneruskan pengajian dalam bidang akademik keduniaan. Bukan siapa tetapi adik beradik sendiri yang begitu kuat memegang ajaran PAS. Tapi bila KedahTimes hulur duit, mereka sapu juga!

Cuma KedahTimes masih terfikir tentang tanah wakaf yang hasrat tuanpunya asalnya ialah wakaf untuk pembinaan surau. Tetapi akhirnya tanah tersebut dijual atau diserah kepada orang kafir untuk dibina pusat membeli-belah. Apa hukumnya? Walaupun ada janji untuk membina surau lain sebagai ganti.

Dan apa akan jadi kepada niat asal tuan tanah yang mewakafkan tanah untuk meletakkan surau di atasnya? Sebalikya tanah dijual atau diserah tapaknya untuk benda lain. KedahTimes tak berani nak jatuh hukum kerana pengajian yang amat cetek. Mukim pihak berkaitan boleh memberi penjelasan.

Apakata jika waris atau pemilik asal tidak redha tanah diguna untuk benda lain selain untuk surau? Apakata tanpa diduga, pusat Karaoke atau restoren bukan halal terletak betul-betul di atas tanah tersebut sebagai sebahagian dari pusat membeli belah? Apa hukumnya?

Apakah pahala wakaf masih diterima atau yang menyerahkan tanah tersebut kepada pemilik baru menerima dosa berpanjangan hasil tindakan tersebut. KedahTimes tak berani hukum, mungkin penyokong-penyokong PAS boleh bagi hukumnya!

Jika Madrasah Salihiyah diroboh dan dibina semula yang baru di atas tapak yang sama, Kedah Times tidak mempertikainya, tetapi apa guarantee yang mengatakan tapak tersebut tidak akan wujud pusat maksiat di atasnya. 

Sebagai sebuah pusat membeli-belah, sudah tentu akan ada pusat-pusat tarikan untuk orangramai datang. Pusat karaoke, pusat snooker dan sebagainya. Bermakna niat wakaf tuan asalnya untuk tempat ibadat sudah tidak dipenuhi lagi.

Siapa yang bertanggungjawab? Kerajaan Negeri? MAIK ? atau MB sendiri kerana membenarkan tanah wakaf dijadikan tapak kompleks membeli belah.

Semua soalan ini Kedah Times tujukan kepada penyokong-penyokong PAS yang arif dalam hal agama. Bagi KedahTimes, penyokong-penyokong PKR tidak layak masuk campur kerana bagi mereka gay adalah dibolehkan. Ingat kaum Nabi Lut dimusnahkan kerana perangai suka sesama lelaki. Ini pegangan orang PKR!

Tidak dapat KedahTimes bayangkan apa akan terjadi kelak jika kerajaan yang tidak pandai mentadbir ini terdesak dalam mendapatkan sumber kewangan. Apakah Tanah wakaf kubur juga boleh mereka benarkan untuk bina komplek beli belah?

Apakah tanah wakaf pondok juga boleh dirobohkan untuk bina pusat karaoke?

Minta penyokong PAS jawab! Kalau KedahLa nak komen dengan jawapan ala budak-budak, silakan.

2 comments:

1 Melayu berkata...

YAB Al Ustz Dato Seri Azizan Razak berkata "Madrasah Solihiah akan tetap di roboh" keras bunyinya ,cukup keras.Mana perginya unit Amal Pas yang amat garang lagi digeruni hingga sanggup berguling diatas jalan raya menghalang kereta sultan perak ? kenapa tiba tiba dalam mempertahankan rumah ALLAH tiada seorang pun yang sangup kehadapan menyanggah Al Ustz Azizan Al Tiduri ! Memang hampas dan hipokrit punya pemuda Pas dan unit Amalnya,ingat NERAKA JAHANAM SEDANG MENUNGGU ANDA SEMUA !

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN PAS KEDAH SUDAH BIADAP! BERANI ROBOH RUMAH ALLLAH ...JUAL KAT KAFIR KRISTIAN..AMBEK DUIT ....SEDEKAH KAT ORANG LAIN...DUIT HARAM TU.! SUNGGUH BIADAP.......'

SAPA YANG SURUH JUAL TANAH WAKAF KHAS...SAPA YANG SURUH ROBOH RUMAH ALLAH....MEMANG MEREKALAH MAKHLUK PEROSAK DI DUNIA YANG PALING ZALIM MENGALAHKAN....FIRAUN DULU...

MAJLIS AGAMA ..DOK BUAT APA HAH? SLOGAN
HEBAT..AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR...TAPI DAH TERBALIK....MATLAMAT MENGHALALKAN CARA........


MEMANG PAS KEDAH SEMAKIN ZALIM..............MENYESAL PI SOKONG PAS ...DULU

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates