Ahad, 4 Disember 2011

Sanggupkah Penyokong PAS ?

Keintiman pemimpin-pemimpin atasan PAS dengan pemimpin DAP semakin teserlah. Tanpa segan dan silu mereka berpelukan dan mempertahankan antara satu sama lain.

Ada yang sanggup mati mempertahankan Karpal Singh, ada yang sanggup berlari mambawa bendera roket dan ada yang sanggup tidur di atas jalan menghalang ketua Negeri yang juga menjadi Ketua Umat Islam demi mempertahankan kerajaan DAP.


Apa kata penyokong-penyokong PAS jika berlaku orang Melayu dihalau dari tempat tinggal dimana mereka berteduh dan tidur? Tiada rasa simpatikah dihati penyokong-penyokong PAS?

Tidak ada rasa bencikah walau sedikitpun di hati penyokong PAS jika yang menghalau ini adalah DAP? Apakah DAP lebih Islam dari Melayu yang tidak sealiran sokongan politiknya dengan anda?

Kedah Times sedih apabila Melayu dihalau keluar rumah, exco Melayu PKR dan PAS berdiam diri. 

Kepada penyokong PAS di Kedah, apa perasaan anda? Apa perasan anda apabila enakmen hiburan dihalang dari penguatkuasaan oleh DAP? Apa perasaan anda jika pusat hiburan dan maksiat tumbuh berleluasa tanpa perlupun ada lesen?

Ini adalah masa anda. Jika tidak mampu lakukna apa-apa, jangan salahkan orang lain kerana ini adalah masa anda.


ADUN DAP HALAU IBU TUNGGAL MELAYU DARI RUMAH!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 10:49 AM | |

ADUN DAP Sungai Pinang, Koid Teng Guan telah menghalau satu keluarga Melayu yang  tinggal di rumah pangsa Jalan Sungai tanpa peri kemanusiaan dan bersifat selaku seorang wakil rakyat yang sepatutnya lebih prihatin kepada permasalahan rakyat.

Alasan yang sangat kuat untuk menyebabkan keluarga Melayu yang diketuai oleh seorang ibu tunggal itu dihalau ialah kerana mereka tidak mampu membayar sewa rumah pangsa yang dimiliki oleh kerajaan negeri. (BLOG ANAK SEBERANG)

Jadahnya ADUN ini ialah, dia mewarisi sifat-sifat syaitan dan komunis yang dikembangbiak dalam DAP. Hanya dengan beralasankan pembayaran tidak dibuat untuk sewaan rumah yang diduduki, maka dia cuba menghalalkan perbuatan mengusir satu keluarga Melayu yang tidak berkemampuan.   Tetapi yang menariknya, para pemimpin Pakatan tentu sekali tidak akan mengakui perkara ini.

Dan seperti yang dijangka, kalau diajukan kepadanya, Guan Eng akan kelam-kabut menepis sambil memberitahu, ini semua adalah kejahatan konspirasi dan FITNAH UMNO semata-mata!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates