Selasa, 13 Disember 2011

SEPUPU AZIZAN BUAT HAL LAGI..


SUN NO SEE Md GELAP

Jiwa Azizan lebih dari orang UMNO.Tang ni saya sokong. Sepupu dia, penasihat utama iaitu DATO HAJI PUAT HAJI MOHD ALI yang juga Pegawai Kewangan Negeri diberi kuasa luluskan projek selenggara jalan negeri guna duit kerajaan pusat dan serah projek pada kontraktor yang dulunya 'mantan' Bendahari UMNO Jerlun. Walhal STDC ada, Bina Kuari ada, PKB ada kenapa tidak diberikan kepada SLC, bolehlah keuntungan disalur balik dalam akaun negeri.
Sebagai balasan kontraktor berkenaan membaik pulih rumah lama PUAD di Jalan Kuala Kedah, dengar kata kosnya berjuta.

Apabila landasan berkembar projeknya giat dijalankan, justeru flyover dibeberapa kawasan harus dibina misalnya melewati Masjid Jalan Sultanah. Ada satu lagi rumah DATO PUAD disitu, jadi kontraktor terpaksa menebang pokok mahagoni yang ada didepan rumahnya, namun pokok tersebut sebenarnya ditanam oleh MBAS dan terletak dalam kawasan rezab jalan. Tapi dengan kuasa dia selaku sepupu MB, kontraktor diarah bayar sejumlah RM150,00 pada dia.

Khabarnya projek SULIH yang dah jadi projek kalih DATO PUAD lah bermati-matian pertahankan dan brief AZIZAN bahawa viable projek tu, walhal DATO PUAD dah kena kencing dengan MERAPOH.

Demikian juga projek K-KELI, dan investment tebang balak di PAPUA NEW GUINEA. Dua-dua projek ni rugi.. rugi.. duit rakyat hilang, projek K-GELI (RM400 ribu). Tebang balak di PAPUAN NEW GUINEA hilang RM8 juta, Akashah mana pi dah? HILANG dengan duit rakyat RM8 juta.

USTAZ.. USTAZ, saya puji ustaz cukup baik, tetapi penasihat Ustaz semuanya punahsihat dan jadi pelingkup kerajaan PAS.. Saya kesian kat USTAZ, dah la mata kian blur, tak nampak orang dah.. hanya cam suara saja, makin penat, jantung tak berapa kuat lagi, kalau sepupu USTAZ dok buat kelaku dan kerja begini, habislah USTAZ.. Ustaz bukan sahaja jadi bahan maki dan dimarahi penyokong PAS, malah rakyat satu Kedah. Walau macamana pun USTAZ saya akan tetap sokong dan undi USTAZ dalam pilihanraya umum nanti, itu sudah pasti.

Saya akan balik ke Sungai Limau kampung saya untuk undi ustaz.Tapi saya undi ustaz saja, calon PAS yang lain kita pakat tolak ustaz, sebab macam ustaz kata depa semua BODOH, BANGANG dan tak pandai buat kerja. Macam ustaz selalu merungut, lepas PRU nanti serah balik kerajaan kat BN, senang sikit, ustaz tak payah pening kepala melayan perangai bahlol lembu-lembu pakai lebai ni ustaz. Ustaz jangan bimbang, kebajikan sepupu USTAZ, DATO PUAD tetap terjamin.. Dia boleh terus jadi PEGAWAI KEWANGAN NEGERI sampai mati, dengan syarat kerja secara FREE.. Sebabnya duit negeri dah banyak dia ambik ustaz, dia tipu ustaz keliling, TAK BOLEH PAKAI PUNYA SEPUPU!!!!!

DATO PUAD TAK PA, dia dan bini dia DATIN CHE BARNI (macam BARNEY pula bunyinya) siapapun kerajaan yang naik mereka berdua tetap kekal sebagai PEGAWAI TINGGI KCS.. Apa la nak jadi Kedah
LA NI..Ish..ish..ish

Nota: Kedah Times terima luahan ini dari seorang pengirim Anon. Atas kesungguhan beliau maka Kedah Times siarkan juga keluhan ini. Tiada kaitan dengan Kedah Times.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai orang awam yang selalu berulang alik di Jalan Sultanah yang kebetulan projek landasan berkembar KTMB sedang dilaksanakan di lokasi tersebut ingin memberi ulasan ke atas fakta yang diberikan yang sama sekali tidak benar dan tidak ada kena mengena dengan Dato Fuad. Di sepanjang Jalan Sultanah sebelum dimulakan kerja-kerja pembinaan landasan berkembar tidak terdapat langsung pokok mahogany yang kononnya didakwa ditanam oleh MBAS. Mana mungkin pihak kontraktor landasan berkembar membayar gantirugi pokok berkenaan sebagaimana yang didakwa.

Tanpa Nama berkata...

jawab dulu isu projek SULIHH, siapa yang beria-ria pertaankannya dan brief MB Azizan, bukankah DATO FUAD?. Dan beranikah Dato Fuad menafikan bahawa projek renovate Sri MENTALON BERNILAI RM5juta beliau beri pada kroninya, setelah beriya-riya meyakinkan MB, dan bukankah juga projek selenggara jalan negeri Dato Fuad juga yang beriya-iya memberikan pada kontraktor yang sama meskipun dokumen kontrak SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI tidak bersetuju untuk tandatangani.Sebagai pegawai kerajaan beginikah amanah yang dilaksanakan?, dulu begitu kuat menyokong UMNO, sekarang beralih alih hanya kerana imbuhan dan jawatan, dan beranikah DATO FUAD menafikan beliau sering menggunakan kemudahan dan hak istimewa selaku CEO KEDAH INVEST untuk urusan peribadi di KL, mislanya melawat cucu tetapi guna tiket kapal terbang yang dibayar KEDAH INVEST, lain kali buat kerja buat KERJA CARA ISLAM. Sebagai sepupu AZIZAN MB dia kena jaga air muka dan maruah sepupunya, jika dia buat silap, tentulah MB AZIZAN yang akan turut menanggungnya, ini tidak adil pada MB AZIZAN yang cukup baik dan tidak bersalah dan boleh menjejaskan integriti kerajaan PAS di Kedah sendiri. AZIZAN perlu buat pilihan sama ada nak pertahan sepupunya atau nak jaga kepentngan rakyat dan dana awam milik rakyat Kedah??????.Tolong jawab isu-isu ini

Tanpa Nama berkata...

MMg betul. Byk penasihat-penasihat Ustaz yg bagi maklumat tak betul kepada Ustaz. Pentadbiran negeri lingkup sbb mereka-mereka ni lah.Apa yg berlaku pada zaman BN berlaku juga pd zaman PAS. Duit kerajaan negeri byk hilang pasal mereka ni.

Ustaz patut check balik pegawai KCS yg yg tak berhemah. Juga CEO-CEO GLC kerajaan negeri yg "berlakon" tunjuk baik dan pandai buat kerja, padahal byk projek yg dibuat merugikan malah sebahagian perbelanjaan masuk dlm "poket" sendiri melalui sykt kroni.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates