Khamis, 22 Disember 2011

Sumpah saya tak makan duit Balak

Diberitahu bahawa ada seorang orang besar di Wisma bersumpah mengatakan dia tidak ambil atau makan satu sen pun duit balak di Sik.

Tapi menurut Pakteh di blognya orang besar tersebut telah tukar pintu pagar rumahnya kepada yang lebih besar. Dan menurut Sobri Sudin, keretapun dah jadi Estima sekarang. Betul atau tidak tuanpunya kena jawab.

Tapi balik tentang cerita duit balak tu menarik juga. Dulu KedahLa jawab memang betul balak diambil di projek Keli-K, begitu juga pasir. Sebabnya projek Keli-K bungkus. RM400 Ribu lagi hancusss. Tapi tak pa kerana KedahLa kata duit Balak dan pasir akan cover. 

Uikssss... kata permit balak tidak dikeluar, kenapa balak pula yang diambil. Pelik bin ajaib. Kata mereka semua permit balak yang ada adalah dikeluarkan masa BN perintah dulu.

Tapi projek keli-K tu projek siapa? Bela keli tapi yang dijual adalah balak? Pergggh magik kerajaan negeri sekarang.

Ok. Balik kepada saya tak makan duit balak Sik walau satu sen pun. Hahahahah Gelak Kedah Times. 

Mungkin benar dia tak makan duit balak di Sik tapi duit balak di Baling? Pendang? Padang Terap? Apa cerita?


Katanya tiada permit dikeluarkan ketika mereka memerintah. Semua permit BN yang keluarkan.

Hahahahaha jangan jadi bodoh dan memperbodohkan orang laaa. Balak anugerah apa cerita? Botak bukit Inas, botak bukit Perak sapa sapu? 
Ladang rakyat apa cerita? Bukankah ladang rakyat juga kena tebang pokok? Tu bukan pokok balak ka?

Sejahtera la rakyat Kedah ooooi.

P.S : Dengar cerita ada tumbuk menumbuk sesama sendiri di wisma? Betul ka?

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Depa tak makan Duit balak cuma kebas jer...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates