Khamis, 1 Disember 2011

Tak Reti main bola dikatakan Padang tidak rata

Tak reti main bola dikatakan kaki bangku.

Tapi PAS kedah tidak mengaku mereka kaki bangku sebaliknya menyalah padang yang dikatakan tidak rata.

Inilah suara-suara yang kedengaran di Wisma dan sekitar majlis Kerajaan Negeri. KCS asyik fokus hanya mengadakan program-program untuk sultan. Program untuk memajukan negeri Kedah tidak diambilberat.
Jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

Pelik bin ajaib kerana dulu mereka asyik menyalahkan UMNO atas saja keburukan atau kegagalan mereka. Kini jari sudah dihalakan kepada KCS pula.

Selepas 4 tahun memerintah negeri, kerajaan negeri masih tidak faham struktur pemerintahan kerajaan negeri.

MB dan exco-exco yang dipilih rakyat adalah pentadbir. Merekalah yang membuat polisi serta perancangan untuk dilaksanakan. Apa saja yang diluluskan di DUN dan juga mensyuarat EXCO, akan menjadi panduan serta arahan kepada pihak jentera perlaksanaan.

KCS adalah jentera. Mereka melaksanakan apa saja polisi atau keputusan yang dibuat oleh pentadbir. 

Jadi jika pentadbir tak buat apa-apa, maka jentera nak bergerak macamana?

Contoh, KHTP dalam masa 4 tahun tiada satupun HITECH investor datang melabur dengan nilai Bilion ringgit. Yang ada mungkin Saint Gobem yang datang kerana principal mereka ada di KHTP. Itupun pelaburan yang tidak melebihi 200juta.

Apa maksudnya? JK berkenaan tiada ada perancangan terperinci untuk dilaksanakan oleh jentera kerajaan. Exco berkaitan hanya bergantung kepada orang lain untuk membawa pelaburan tanpa ada perancangan serta tindakan sendiri untuk melakukannya sendiri.

Maka senyap sunyi KHTP. Yang ada hanya aktiviti 5S.

Begitu juga dengan kes penumbuhan pusat-pusat maksiat seperti Pub, karaoeke dan rumah urut. EXCO berkenaan menafikan ada lesen dikeluarkan tetapi pusat tumbuh macam cendawan. Disebabkan tiada halatuju atau perancangan, maka penguatkuasaan tiada dan pusat-pusat tersebut diwujudkan dengan sesuka hati oleh sahabat-sahabat mereka juga.

Nak cari pendapatan tambahan untuk negeri maka balak menjadi sasaran. Penebangan balak tak perlu penglibatan KCS kerana ban-ban balak boleh dianugerah kepada sesiapa saja yang MB nak. Kalau tebang sebatang dapatlah RM1, 2 Batang RM2, 10 Batang RM10, 100 Batang RM100 dan 100,000,000 batang dapatlah RM100 Juta.

Inilah yang dijual oleh kerajaan sekarang. Pendapatan tebangan balak bertambah. Nak heran apa, kalau tebang banyak, banyak lah pendapatan. Bukit Perak yang tidak pernah gondol dalam sejarah, kini dah jadi macam kepala yang rambutnya gugur. Barisan merah dimerata tempat. Air sudah tiada. Mangsanya ialah rakyat dikaki bukit.

Akibat tiada perancangan, polisi dan pelan tindakan yang baik, kerajaan sekarang sudah menjadi caca merba. Tiada pembangunan, tiada pelaburan asing dan tiada pendapatan baru untuk Kedah.

Yang sediahnya, jentera pula disalahkan kerana tidak berbuat apa-apa. Kalau kepala pun tatau nak buat apa-apa, janganlah harapkan ekor nak bergerak!

Terimalah wahai rakyat Kedah ... Ini pilihan anda.

Kerajaan yang tak mengaku ianya kaki bangku... sebaliknya dok salahkan padang yang tidak rata.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates