Rabu, 14 Disember 2011

TERIMAKASIH

1. Kedah Times ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang mempromosikan laman ini. Statistik membuktikan yang sahabat-sahabat blogger banyak membantu kejayaan laman ini.

2. Sumbangan penulisan, buah fikiran dan lapuran terkini amat penting untuk menarik pelawat datang ke laman ini. Dengan itu Kedah Times mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Abu NAwas, Tok Pauh, Pakteh, CheNed, 1Melayu, Bapak3, Watan Bertinta, Sobri Sudin, Siberangan dan ramai lagi yang menulis serta memberi komen. Terima kasih banyak-banyak kerana sumbangan anda semua. Sukarela dan tiada imbuhan diperolehi ... termasuk Kedah Times.

3. Tidak lupa juga kepada pelawat-pelawat, pemberi Komen serta pengikut setia blog ini yang tidak jemu-jemu menjenguk untuk mendapatkan maklumat dan pandangan terkini. TERIMA KASIH. Begitu juga Kedah Times ucapkan terima kasih kepada KedahLa yang sudi mengulas atau menjawab tulisan blog ini walaupun jauh tersimpang dari isu sebenarnya. Terima kasih.

4.Kepada yang tidak jarang melawat atau masih menjadi pendokong blog ini, Kedah Times ucapkan terima kasih berbanyak.

5.InsyaAllah, dengan izin Allah SWT, PRU13 akan menyaksikan BN akan kembali ke tampuk pemerintahan. Kita berjuang untuk Aliff Baa Taa serta Aliif Mim Nuun Yaa. Kemenangan ini bakal membawa Kedah kembali ke landasan dimana ETG, GTP dan segala TPs yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dapat dilakasanakan sepenuhnya di Kedah.

6. TERIMA KASIH DAUN KELADI, Jangan lupa datang lagi, Jangan lupa Contribute artekil lagi, Jangan lupa Promote kepada yang belum temui.

1 comments:

1 Melayu berkata...

Terima Kasih dan many million Thanks kepada Rakyat Malaysia Seberang Laut yang tidak putus putus melawat Kedah Times,antaranya dari United Kingdom,Amerika Syarikat,Eropah,Arab Saudi,Mesir,Sudan,Yemen,Qatar,Syria,Dubai,Pakistan,Indonesia,Australia,Singapura ,Brunei dan banyak negara lagi.

1 Melayu berpeluang bertemu dengan beberapa orang penuntut Malaysia di Al Mansoura University ,Mesir pada bulan April dan Mei lepas semasa dalam perjalanan ke Libya,ada diantara mereka bertanyakan tentang siapa blogger Kedah Times dan mereka memang mengikuti perkembangan negeri Kedah melalui Kedah Times.1 Melayu hanya tersenyum dan menyatakan kepada anak muda Malaysia bahwa mereka mereka ini adalah Pejuang tulin Melayu,Agama dan Tanah Air dan mereka tidak bertuan kepada sesiapa pun .Mereka menulis dengan menegur perkara perkara yang tidak betul tidak kira siapa, baik di pihak Kerajaan atau Pembangkang.Yang penting bagi mereka ialah ALIF ,BA DAN TA MESTI DI SELAMATKAN.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates