Sabtu, 10 Disember 2011

TU DIA SENARAI CALON BN DI KEDAH


Askolani

Dunia moden kini, yang sulit bukan lagi rahsia. Ini adalah 'versi' satu senarai calon BN Kedah dibeberapa buah kawasan. Belum tentu senarai ini menjadi senarai rasmi. Justeru nak percaya atau tidak bukan kami yang punya kerja.

Semuanya terpulang kepada anda, bezanya satu analisis boleh dibuat sama ada calon dikemukakan ini boleh menang atau pun tidak. Bak kata Dato Najib WINABLE CANDIDATE, dalam dunia ni mana boleh kita nak puaskan hati semua orang, betul atau tidak? Tambahan penyakit melayu termasuk la PAS ka, UMNO ka, Pkr tambah lagi, semuanya tak kena, ada saja yang tak betul apa yang betul kita pun tak tau...

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,Kita mulakan dengan beberapa kawasan parlimen dan DUN terlebih dahulu. Harap maaf ya, sebahagian nama kita tulis dengan panggilan manja, IKUT KEBIASAAN PANGGILAN SETEMPAT

PARLIMEN SIK: Dr Mansor (Timbalan Ketua UMNO Bahagian)
DUN Belantek: Tajuddin Abdullah
DUN Jeneri: Penghulu Mail

PARLIMEN BALING : Dato' Seri Jamil Khir Baharom
DUN Bayu : Cikgu Ismail Abu Bakar
DUN Kupang : Mee Che Hussain
DUN Kuala Ketil : Dato Azeez Rahim

PARLIMEN JERLUN : Dato Mukhriz Mahathir
DUN Kota Siputeh : Dato Haji Abdul Rahman Ariffin
DUN Air Hitam : CHOP USIMA

PARLIMEN KUALA KEDAH:DATO LAT SHARIMAN ABDULLAH
DUN Kubang Rotan : Haji Mansor
DUN Anak Bukit : Hashim Yahya toke susu kambing
DUN Pengkalan Kundor: Kak ta bini Jamil Idros/Dato Halim Said

PARLIMEN POKOK SENA: DATO DR MASHITAH HAJI IBARHIM
DUN Bukit Pinang : Dr Kadir (pakar perubatan)
DUN Bukit Lada: Dato Sahlan Ismail
DUN Alor Mengkudu : Ustaz Fadzil Hanafi
DUN Bakar Bata : IR Guntor Tobeng

AKAN BERSAMBUNG DI PERBINCANGAN SELANJUTNYA

15 comments:

akubekaspkr berkata...

Kes macam ni lah BN dok terlentang. Yang ada nama seronok, yang tak ada nama?????..."AKU JANJI"????
PIRRRRRAH< aku janji, sejarah sudah membuktikan, aku janji hanya di perhimpunan Agong.
Ada pula tu, cth, Kubang Rotan, nama ada org tak ada, YB Nasir (PAS) boleh bersedia angkat sumpah untuk penggal kedua.

Elok sangat kalau disambung lagi cerita senarai calun syok sendiri ni. Ramai2 boleh tengok antara kesedaran, keinsafan, kekalutan, halutuju perjuangan dan keampuhan orang UMNO.

Sekurang2nya Kedah Times sudah tentu dapat menigkatkan jualan 'Makcik makcik di warung tepi jalan'.

akubekaspkr berkata...

Sebagai orang yang pernah menjadi pembangkang kuat kepada BN, jujur saya katakan 30% drp senarai tersebut ternyata memberikan peluang baik kepada PR Kedah untuk terus memerintah.

Pada saya, Chop Usima memang winable candidate yang sepatutnya dibawa ke hadapan.

Tanpa Nama berkata...

DUN Bakar Bata tu dah jadik UMNO punya plak ka... Dr Kadir (pakar perubatan) tu yg mana... mamak kaliang yg bukak homeopathy kat Langgaq tu kaa..

asaikan Ah Le Su xdak.. aku xdak masalah utk POKOK SENA... tapi Hangpa dah ready kaa nak lwan Radhi Mat Din.. hehehe

Ah Cer Gas...

ingin tahu berkata...

Hai: cerita dipadang serai macamana pula.tolonglah ramal sikit.yg geli pun dah banyak niiii.Sapa dia calon tuuuu.

Tanpa Nama berkata...

Kekadang bengong. Askalani?. Beghinguih kooot budak nii... Kedah Time, profesional lah sikiiiit. Bagi muka hantu-hantu politik dok mengaghut buat paaaaa.....?

Tanpa Nama berkata...

Chop Usima aku rasa mmg winnable candidate...yg lain tu, aku tak pasti...

Tanpa Nama berkata...

dun kubang rotan mesti kalah kalau letak haji mansor tu. orang tak kenai pun. banyak lagi calon boleh menang yg ada & aktif sekarang ni. doktor zaki pun boleh, dia tiap2 minggu masuk seluruh pelusuk kampung jumpa dgn masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku Kubang Rotan,hanya Ahmad Hj Shafiee Seberang Kota yang paling layak dan boleh mengalahkan Yb Nasir, yang lain sok sendiri sajalah

Tanpa Nama berkata...

Dr Mansor parlimen sik ok. Orang baik dan mudah mesra tak besaran. Tajuddin di belantik juga ok,dia boleh menang masa tsunami dan rajin turun padang. Anak arwah rashid chik lebih patut duduk di kubang rotan, Dr Zaki Rashid orang baik yang banyak jasa macam bapak dia dulu jugak. Haji mansor ni sapa dia? pakai boh nama saja kot.. Ahmad Shafiee boleh jugak tapi umoq dah senja kot kanna. Tok Latt boleh di parlimen tapi boleh jugak di Kubang Rotan sebab dia orang kuat Syed Razak, orang kampong suka dan rajin turun padang. Jamil Deroih atau bini dia tak payah dah kut, zaman berganti-ganti ahli keluarga ni dah tak berapa diterima rakyat, lawyar Halimpun dah cukup winnable dah di pengkalan kundoq.

Chop Usima bagi parlimen la kanna, bidaih puak DAP kat parlimen, bagi dia Jerlun. Hantaq Mukhriz balik Kubang Pasu, tempat asai - kalau Tok Jo nak keratpun tak lut dah. Kubang Pasu letak siapapun insyaAllah menang dah, tambah pulak anak Tun Det. Chop duk negeri saja rugi, panglima tak bawak keluaq. Ustaz Jamil Khir tak payah lah bertanding, dah jadi senator cukup la dulu, jadi menteri agama, Tok Najib mesti sambung punya. rugi saja tak dapat pencen. PRU14 nanti barulah bertanding kalau nak.. Belajaq jadi ahli umno yang baik dulu.

Walau apapun, bagi yang dah sampai waktu luput tu, bagilah peluang pada rumusan baru, generasi kepimpinan baru Kedah. Luput bukan maksud lama. Barisan boleh menang

Tanpa Nama berkata...

Pendapat saya, orang agama mcm Datuk Jamil Khir dan Dr Mashitah tak payah bertandinglah, tumpukan pada usaha2 memartabatkan islam dan selesaikan isu-isu agama yg timbul.bila campoq aduk agama dgn politik ni dia jadi lain, nak berhujah atas satu2 isu pun terpaksa tgk dari aspek politik dan nak cakap lebih2 tak buleh sbb nak jaga seat.Popular tak semestinya winnable candidate.

Tanpa Nama berkata...

sbg anak kola yg duk dlm kubang rotan rasanya kalau nak letak calon kena bg yg aktif dgn org ramai...Dr Zaki anak Hj Rashid rasanya awai lg kut kalau nak jd jd calon YB.org kampung dia kat kola ni pon ramai yg dia tak kenai abih lagi.Dr Zaki nak ikut macam Arwah Hj Rashid mmg payah..Arwah dulu cukup mesra dan baik dgn semua org kola walau tua atau muda..Dr Zaki nak jumpa sembang dgn org kat kedai kopi pon payah.kena letak yg ada pengalaman lepas tu kena pandai amik hati orang kampung dan pandai bercakap dan berhujah.Dato Latt sesuai letak kat parlimen sbb dekat bertugas dengan PM.DUN Bakar Bata pon nak kena tukar calon ke..? ni yg pelik sikit..jgn letak calon silap dah laa..kalau silap pakai Azizan laa jugak MB..takdak org lain yg muda sikit kaa?

Tanpa Nama berkata...

kami orang dikawasan Merbau Pulas harap letaklah calon bersih sikit.

janganlah:terlibat sekandal dgn bini orang,anak dara orang,songlap duit orang ke.songlap duit gomen ke.

melayu/cina/india pun dok cakap macam tu jugalah.

kalau yg ada panau dan kurap alamat Ostat Zizan MB lagilah di Kedah ini.

Tanpa Nama berkata...

Calon2 ni ka....aduyai....ustad zizan lg la jd MB

Tanpa Nama berkata...

aa

Tanpa Nama berkata...

hang pa sapa nak kritik calon baru ni.biaq pi dorg la nak buat ape.kita tgk dulu mcm mana muka baru ni.dorg ni ada pengalaman.korg ni kritik je tau ,pakai OTAK skit bro

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates