Khamis, 15 Disember 2011

TU DIA SENARAI CALON BN DI KEDAH-Bahagian 2


Askolani

Bahagian pertama seperti disiarkan alhamdulilah mendapat respon yang baik, dan suara pandangan akar umbi dari pengundi setempat wajib Tok Najib dengari.

Seperi yang Askolani katakan ini bukanlah list muktamad, akan tetapi satu senarai list dari satu versi, sebab zaman sekarang ni banyak sangat versi dan perkara sulit yang tidak lagi sulit. Dan banyakpihak mengaku ada akses pada PM. Sama ada list ini jadi kenyataan ataupun tidak hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.

Cumanya Askolani tidak mahu memaparkan list yang dikeluarkan oleh PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH sendiri, sebabnya jika ikut senarai dalam list berkenaan ternyatalah UMNO NEGERI MASIH SYOK SENDIRI. Contohnya semua KETUA UMNO BAHAGIAN di 15 Bahagian di Kedah terpilih sebagai calon walaupun sebahagiannya dah banyak kali rakyat tolak, TAKDAK TRANSFORMASI langsung..

Walau apapun senarai dari list ini diharap dapat diulas, dikaji dan diteliti dan diberi cadangan yang lebih mantap jika perlu ada penambahbaikan, tujuannya kita mahu pucuk pimpinan mendengar denyut nadi dan suara hati pengundi.

Ok kita sambung senarai calon seterusnya:

PARLIMEN KUBANG PASU : Dato Noh Dahaya (D.0)
DUN BUKIT KAYU HITAM : BANG DIN (Setiausaha UMNO Bahagian)
DUN JITRA : DATO ZAINI JAAFAR

PARLIMEN MERBOK : DATO MOKHZANI TUN MAHATHIR
DUN TANJUNG DAWAI : MI JANGGUT
DUN BUKIT SELAMBAU : TAJUL URUS

PARLIMEN PENDANG : DATO OTHMAN ABDUL
DUN SUNGAI TIANG : DATO ADZMI DIN (CEO SADA)
DUN TOKAI : PAK TAM pegawai seranta

PARLIMEN LANGKAWI : DATO RASLI BASIR (SUK KEDAH SEKARANG NI)
DUN KUAH : NOR SAIDI NAYAN
DUN AIR HANGAT : MAT RAWI ABDUL HAMID

PARLIMEN SUNGAI PETANI : PROF SYED ARABI AIDID
DUN PANTAI MERDEKA : Mat AKHIR SHAPIE

PARLIMEN PADANG SERAI : Blur (kelam tak jelas calonnya)
DUN MERBAU PULAS : Blur (kelam tak nampak sapa)
DUN LUNAS : Zulkifli Nordin

PARLIMEN KULIM/BANDAR BARU: AZIMI DAIM
DUN BANDAR BARU: Aziz Sheik Fadzir

Nanti kita pakat sambung lagi.. Selepas ini Askolani akan keluarkan pula list atau senarai calon PAS dan PKR serta DAP di Kedah. Khabarnya USTAZ TAIB AZAMUDDIN, DR ISMAIL, PAHROLROZI dan MAHFUZ OMAR antara calon yang digugurkan sebab mereka semua dilihat saingan pada USTAZ AZIZAN.. Tunggu paparannya nanti.

39 comments:

akalil berkata...

Othman Abdul kat Pendang?? Hat tu lagi tk boleh pakai..dh berapa lama dia tk aktif kt pendang..masa pemilhinan perwakilan pon dia nk masuk bertanding D7..padahai bekaih Ketua Bahagia..dok hingaq nk pencen..mai dok kacao lagi ka??..biaq betoi????

Tanpa Nama berkata...

nampak macam menarik, ada kcs dan professional, tapi kebanyakkan macam dah tak ada modai sebab tak ada orang muda dan banyak recycle. half transformation. parlimen padang serai bagi pada umno insyaallah boleh menang..

boleh tak buat bandingan calon bn dan calon pas/pkr bagi semua tempat baru dapat lihat rakyat akan condong ke mana. rakyat bukan fikir macam orang umno saja. Pas/ pkrpun akan letak calon winnable jugak. kita lihat siapa yang lebih winnable

Tanpa Nama berkata...

Gaba piii lah.... kena tak kena?

1 Melayu berkata...

Cadangan Balas :

PARLIMEN MERBOK : DATO MOKHZANI TUN MAHATHIR ATAU MEJ JEN DATO JAMIL KHIR BAHAROM

DUN TANJUNG DAWAI : DATO AZMI DIN(CEO SADA) ATAU HAJI AZMI RAHIM (LAWYER MI RAHIM)

DUN BUKIT SELAMBAU : PROF DR ISMAIL DAUT (TNC UNIMAP)

PARLIMEN KUBANG PASU : DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR

DUN JITRA :DATO MUKHRIZ TUN MAHATHIR ATAU PAK TAM (KETUA PEMUDA KUBANG PASU)

DUN BUKIT KAYU HITAM:DATO ZAINI JAPAR

PARLIMEN SUNGAI PETANI : DATO K ATAU DATO AZIZAN RAHMAN

DUN PANTAI MERDEKA :SDRA FISOL@SHON(PENSYARAH UUM/KETUA PENERANGAN PEMUDA SP)ATAU LAWYER AN @ZAINAL AZHAR

Rani berkata...

Kami akan tentang habisan jika Tajul tidak diberi tempat kawasan Parlimen Merbok nanti.Beliau banyak jasa pada rakyat Merbok.Tajul ada vision dan wawasan Melayu sesuai dengan I malaysia.

Jangan niaya dia.

Counting Agen berkata...

Parlimen Padang Serai: Chong Ah Boy Lawyer

Merbau Pulas : Asmadi bin Talib


Lunas : Dato Ganesan

anak merbok berkata...

Rani,Tajul Urus dah di beri peluang dah ! Senator pun dah ! calon pun dah!tapi dia kalah teruk (majoriti Tan Sri Zam pada PRU 11 ialah 15,000 + ,Tajul kalah 3,000 + maknanya 18,000 + undi hilang ).Bagi peluang pada orang lain pula.UMNO Bukan hak milik Ketua Bahagian sahaja,semua ahli ada HAK masing masing,Rani pun boleh ! Dato Mi Janggut pun banyak jasa pada Merbok ,tapi dia kalah ,cukup lah ,bagi chance pada orang lain yang lebih muda dan masih sihat untuk berkhidmat pada Rakyat.Percayalah kalau kedua dua mereka iaitu Dato Tajul dan Dato Mi Janggut di calon semula ,dua dua akan lingkup.Rakyat mahu muka baru terutama sekali anak muda !

Tanpa Nama berkata...

Untuk DUN Merbau Pulas,Asmadi abu Talib boh pagi pukui 11.00 dah tau dah.
Orang yang dijangka mampu menang ialah Bakri atau marlia......mereka orang lama.

Tanpa Nama berkata...

Mi Din jadi MB jenuh buat duit la adik dia li. aku rasa tak boleh pasai Mi Din ni merak buih. Jadi Mi sangui boleh la kot

Counting Agent berkata...

Tanpa Nama.

DUN Merbau Pulas sesuai Asamadi Talib.Belau Ketua Pemuda yg dianggap layak sama ada dari kelulusan dari USM sebagai pendidik.Sdr Bakri tak layak kerana macam cerita tak elok yg kita dengar.Kurang bersih.Marlia pula lagi cepat kalah.Sebelum penamaan calon lagi.

BN Menang Kedah Senang.

Tanpa Nama berkata...

dia mana layak baru setahun jagong dalam bahagian
dah nak jadi wakil rakyat.

kassim berkata...

Dun Tokai kalau hampa letah S.Gazali Yaacub bos Zakat ada harapan ,

Tanpa Nama berkata...

Pasai pa DUN Sg Tiang Suraya Yaccob tak tersenarai dia ok apa...

Tanpa Nama berkata...

Untuk DUN Merbau Pulas,aku setuju cikgu Madi sebab di calun yang bersih.Tak dak skandal.Boleh diterima oleh Pemuda ,Pu3 dan cawangan.kalu Bakri semua kita tau.Ada skandal dengan bini orang.Lagi pun kami belah Bagan Sena dah tau perangai dia,dok usong bini orang kehulu kehilir.Takut nanti boh pagi petang dah kalah. Begitu juga dengan Marlia.banyak skandal dia dulu yang akan terbongkar jika dia dicalunkan.Gambaq dia dengan boy frend dia pun akan terbongkaq.Bekas laki dia ada banyak maklumat tentang dia.Lagi pun masa dia jadi wakil rakyat dulu banyak janji yang dia tak buat.Dia sombong.Bubuh dia pun tak leh menang.calun yang paling layak ialah Ketua Pemuda.....

Lawyer Fairuz berkata...

Mokhzani dah tak relevant dal am politik dan adalah lebih baik beliau menumpukan pada bisness dia Kencana Petrolium yang sedang rancak berkembang di dal am dan diluar negara..Lagi pun biarkan Mukhriz saja yg aktif politik takkanlah sampai tiada langsung rakyat Malaysia yang layak utk bertanding di Parlimen Merbok sehinggakan terpaksa pilih sampai dua orang anak Tun Mahadhir. Saya tidak bermaksud Mokhzani tidak layak cuma peranan dia sebagai anta ra Melayu terkaya di Malaysia yg berjaya dlm bidang perniagaan teruskanlah membina empayar perniagaan dan berilahlah peluang2 pekerjaan yg lebih banyak anak bangsa kita yang masih ketinggalan jauh dlm bidang economy.

Ir.MOHD . SHAKIR. berkata...

Muka baru Merbok dari kalangan professional ialah Dato Zubir Dan Professor Ismail Daud jika bole berilah peluang pada mereka.Kalau kita berfikiran secara positif kekayaan kedua- dua mereka dal am kerjaya masing- masing haruslah diambil contoh sebagai idola kepada anak2 bangsa kita yang in gin berjaya dal am bidang- bidang yang diceburi .Tidak perlu saya ulas lanjut tentang jawatan yang dipikul mereka sekarang ini kerana difahamkan Dato Zubir sendiri berjaya memertabatkan sebuah kolej milk GLC yang hampir lumpuh sekarang ini telah berjaya dikenali dan tahun depan akan mendapat university status walaupun tak sampai dua tahun beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi syarikat.
Begitulah juga Prof .Dr Ismail telah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Universitii Malaysia Perlis yang julung- julung kali nya berjaya dipegang oleh anak kelahiran Merbok.
Marilah kita berfikiran secara terbuka dalam membuat analisa dan tidak terikat dgn agenda diri yang sempit demi untuk mencapai hasrat mengaut sedikit keuntungan diri yang akhirnya merugikan anak bangsa sendiri.

Dato Mohamad Ali Rayan berkata...

Calun yang paling layak untuk jawatan MB adalah Dato Azmi Din ......calun pilihan semua golongan rakyat.

Osman UMNO Merbok HQ berkata...

Calun kitar semula.....yang kalah lebih baik under diri dan beri laluan pada MUKA baru yg munkin bila dibagi tanggungjawab dpt mempamirkan bak at yg selama ini dok terpendam saja.

Rambu Merbok berkata...

Dari sumber- sumber yang boleh dipercayai Dato Azmi dah sah jadi MB Kedah jika BN dap at menawan semula dari PAS.

Al Watan berkata...

Di Padang Serai memang dah tak ada calon.Pimpinan yang ada kini semuanya ada sekandel dulu dan kini.Macamana mereka boleh jadi pemimpin UMNO Padang Serai.Ini semua angkara politik wang.Padang Serai sudah jadi kubu PAS PKR dan DAP.Antaranya puncanya>

1,UMNO Padang Serai amat lemah dan kucar kacir.
2.MCA Padang Serai jugsea lemah yg dipimpin tokoh yg tak matang lagi kedekut kata orang Cina.
3.MIC Padang Serai juga lemah berpecah-pecah.Nak cerita pun banyak sangat.
4.PPP Padang Serai hiudup segan mati tak mahu.



5.Gerakan Padang Serai dah gulung tikar.Banyak ahlinya masuk DAP.
6.IPF sekutu BN di Padang Serai pun berpecah.Sebabnya berebut jawatan juga.

Itulah puncanya BN lemah di Padang Serai.
Pahit tetapi benar.

Awing Dam berkata...

SAY NO TO RECYCLE. CANDIDATE........................

Awing Dam berkata...

Mokhzani kaki enjoy tu tak perlu aktif politik lagi.Bagi adiknya Mukhris sajalah main politik takut nanti org kata macam Lim Kit Siang ,Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang memonopoli jawatan politik kepada anak bini masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

piiii rah.DUN Merbau Pulas Cikgu Madi bersih.Sekandel dia lagi teruk.semua pakat belemuih macam selut.pelingkup umno padang serai.

Tanpa Nama berkata...

Rilek la tu bukan muktamat lagi..

Tanpa Nama berkata...

Calun baru yang umurnya dah masuk 60 thn keatas Elul under diriiiii .Biar org muda dan muka2 baru diberikan peluang.

Tanpa Nama berkata...

Mi janggut Dan Tajul kedua2nya dah tak relevan Dan tidak layak lagi nak jadi calun.Tiada transformasi jika melantik mereka jadi calun.Kedua-duanya mempunyai penyokong masing-masing dan biarlah MUKA baru menggantikan mereka .

Tanpa Nama berkata...

Mi lawyer tak berapa sesuai kerana TERLALU KEDEKUT DAN BERKIRA Wang ringgit walaupun berkemampuan dan mempunyai firm a guaman sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan pandakan kekawan di atas.Cuma pandangan ku ialah biaq la calun yg kt kemukakan nanti tak ada masalah,sama ada moral, hutang atau keluarga. Aku tak mau bila bubah saja nama, 1000 mcm masalah timbul.Waktu itu nak buat apadah, contohnya kes di Permatang Pasir ,Permatang Pauh dulu. Pening kepala kita nak tutup kes tu.Aku rasa yang dok geli tu kalau ada masalah lebih baik la unduq diri.....

Tanpa Nama berkata...

senarai diatas semua tak betul, yg terbaru. parlimen kubang pasu -mukriz, merbok - mokhzani, langkawi, -mahathir, sungai petani- marina, kulim/bandar baru- siti hasmah, adun bukit selambau- tajul, pantai merdeka- sahanim , MB mahathir khalid... ada maklumat baru saya akan salurkan lagi,.. tk

zol berkata...

kami mengharafkan semua calon bn pendang biarlah boleh menang jangan dok seronok je

Tanpa Nama berkata...

rasanya saudara salah percaturan calon calon BN d atas..x relevan dan buyers

Tanpa Nama berkata...

Untuk Parlimen Pendang, DUN Sg. Tiang Dan Tokai...Harap bagi muka Baru la...dah cemuih dgn calon recycle. Peg. pelajaran Pendang. Cikgu Lan..lebih layak dari yg lain.InsyaAllah..kaum guru dan bekas murid akan sokong.....MAJ.

Tanpa Nama berkata...

pirahhhhhhhhhhh......klau tajul jadi calon merbok, mmg aku takkan undi dia tp klau mokhzani gerenti.........

Tanpa Nama berkata...

paling lawak ayat yg cg madi x dk skandal.haha.madi halim bakri marlia 4x4 la jwabnya.suma nafsu kuat

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Salam perjuangan..hrp semua ahli UMNO d negeri Kedah berhentilah dari menyebarkan spekulasi2 yg kita xtau btoi ka slhnya..klu ikut hati,kita tentu ada calon favourite msg2..bkn senang nk puaskan hati semua org..org ni nk org nuu jd calon..org nuu plak nk org ni,jenuh!!!yg penting,pakat sama2 bersatu utk memenangkan semua calon BN/UMNO yg akan dicalonkan di Parlimen n DUN d kedah..kita kena percaya dkt kredibiliti PM d dlm menentukan calon yg akan bertanding d kedah..apa2 pn kita kena ingat satu ja,tumbangkan kerajaan PAS dulu...!!!

Tanpa Nama berkata...

cikgu madi p cita kt org kta kompom dy calon.riak perasan.kta baik ngn ats la.kita pkiaq.pm nk calon yg boleh mnang.pas taw dh.law dun merbau pulas boh madi.bakri.marlia.halim.tok det kompom pas kekal dun m.pulas.jd kita pkiaq.wlaupun atas baik ngn kita tp dy taw kita x bleh mnang parti ngn isu pnoh.atas x kan pilih kita.najib juga ada agensi dy yg dok trun d bwah tengok bakal calon yg bleh mnang..lani x brpa hari njib nk bg watikah dh.nk tengok madi,halim,bakri yg kompom 2 mengelupuq cmna.ak bkn pa.ak nk b.n mnang.ak dh 62 taun dh.ak maw ank cucu ak rasa mcm mna kita rasa kepimpinan yg sedia ada skrang.ak drah umno selamanya.ak berdoa spaya najib pilih calon m.pulas yg berjiwa politik ikhlas.wasallam

Tanpa Nama berkata...

dato adzmi din paling layak untuk menjadi MB kedah. Beliau bukan lah berasal dari keluarga yang senang. so beliau faham apa keperluan org yang memerlukan dan boleh adapt dlm kehidupan org susah. dato adzmi juga merupakan pegawai KCS yg bermula dari bawah. so beliau mahir tentang selok belok pentadbiran negeri kedah. Calon terbaik untuk penduduk sg. tiang dan bakal MB kedah. walaupun x berserban, beliau mempunyai pendidikan agama yg tinggi dan berasal dari keluarga yg tinggi taraf agama. kedah perlu pemimpin macam dato!

Tanpa Nama berkata...

CALON BALING, KEDAH YANG KAMI NAK :

DUN BAYU : PAKLANG MI (TERBAIK SEBELUM NI PON)
DUN KUPANG : BAGI LA ANAK MUDA YANG BIJAK PANDAI CKIT (ORANG BARU)
PARLIMEN BALING : DATO' AZEEZ (MASHITAH KAMI XMAUUUUU)...

TERIMA KASIHHHH

Mustaqim berkata...

Rasa saya yg mencalunkan wakil2 BN Kedah tetap geng Khairy Jamaluddin sebab gang beliau yg paling banyak dipilih! Jelas yg Tun Det nasihat tidak didengar oleh PM Najib! Akan hancurlah 100% dengan wakil2 KORUP semacam Azeez Mamak, Aziz Mamak, Khairul Baling barua Azeez Mamak, Johari Baharum, Mahdir Khalid dan terutamanya Prof Dr Ismail Daud yg paling dibenci sendiri oleh UMNO Merbok! Malah sepatutnya Ir Karim Ali yg lebih berwiwaba tidak pula dipilih!

PM Najib menipu rakyat Kedah dgn menyatakan 49% muka baru ttp yg keluar bukan baru cuma muka lama tak terpilih di PRU12 seperti Marlia A Latif dan lain2 serta kebanyakannya barua2 Azeez Mamak dan khudam Khairy Jamaluddin!

PAS akan ketawa besar dgn calun2 BN yg rata2 Bodoh, Korup, Kaki Zina macam PAS dan tidak mesra Rakyat Kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates