Ahad, 25 Disember 2011

United Malay No Otak

United Malay No Otak, Umporno, Umngok. Inilah ungkapan pejuang-pejuang PAS dan PR. Ini disusuli dengan ungkapan kebencian melampau seperti penghinaan hitam metalik diceramah-ceramah bagi membangkitkan kebencian.

Dari blog tukartiub
Ungkapan-ungkapan  yang penuh dengan kebencian ini sekarang sudah makan tuan. Populariti blog-blog pembangkang sudah merudum, malah blog-blog pro kerajaan menguasai senarai  majoriti 100 blog terpopular. Dalam Facebook juga, Anwar hanya mencapai 300,000 likes, sedangkan Najib mencapai 900,000 likes, iaitu 3 kali ganda Anwar. Anwar jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Tun Mahathir dengan 1.5 juta likes.

Harakah yang terkenal dengan "hanya berita Umno", sudah jatuh jualannya sehingga 25% sahaja daripada edaran asal. Malah kedudukan Mustafa Ali kini terancam akibat prestasi buruk Harakah.

Retorik berlebihan tentang demokrasi, kebebasan dan hak hak sivil hanya sesuai apabila menjadi pembangkang, dan bukan pemerintah. PAS dan PR sudah jadi kerajaan di Kelantan, dan kini juga kerajaan di Kedah. Namun PAS tidak belajar ini, mereka tidak belajar bahawa rakyat ingin melibat mereka laksanakan apa yang mereka janjikan dahulu. Bukan rakyat tidak tahu, PAS yang menghasut pelajar menentang AUKU adalah kerajaan negeri yang menggantung 5 pelajar KUIN sehingga kini, dan memecat pensyarah kerana menyokong pelajar.

Sebenarnya umum sudah naik muak dengan retorik berlebihan sehingga menghina lawan yang dipakai PAS dan PR. Melainkan penyokong taksub PAS, majoriti masyarakat tidak dapat menelan gambaran buruk terhadap BN sehinggakan tidak ada satu pun yang baik dibuat BN.

Sedangkan rakyat memerhati, BN melalui Dato' Najib tidak pernah kehabisan idea untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Satu demi satu inisiatif ETP dan EPP dilancar dan semuanya menyentuh kehidupan setiap golongan rakyat.

Sedang PAS dan PR yang tertinggal bas masih menjaja "Cincin Berlian Rosmah", Najibtuya, Umporno, Umngok,  United Malay No Otak, dan ribuan lagi gelaran "kreatif" mereka, rakyat semakin muak dan mereka semakin syok sendiri...


Maksud Ayat:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Hujuraat: 11)


3 comments:

Tanpa Nama berkata...

ITULAH...KEBENARANNYA

RAKYAT SUDAH MUAK DAN JEMU DENGAN DAKYAH KEPALSUAN PIMPINAN PAS....SEJAK BERKAHWIN DENGAN DAP DAN PKR...

SEMUA NYA SUDAH ROSAK ....PRINSIP TELAH DIGADAI..HANYA KERANA POLITIK SEMPIT DAN KEBENDAAN..

ITULAH UJIAN ALLAH MEREKA KEPADA PIMPINAN PAS...KERANA KUASA MEREKA TELAH TERPEDAYA DENGAN SETANDAP..DAN IBLIS PKR...

MARILAH SAMA SAMA KUBURKAN PAS DAP PKR....

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR
TERLAJAK MEMILIH KUTU....JAWABNYA KUBUR...

Tanpa Nama berkata...

Semua ciri munafik yang disebutkan hadis ada pada mereka ... bercakap bohong ... siang malam penuh pembohongan ... tidak amanah ... duit diberi senggara jalan ... tak buat dan kalih ke tempat lain...kami tau kemana...janji...sakat ceramah dengan air liur sapa pun boleh...orang berakal dan beriman pasti tahu siapa mereka melainkan puak-puak yang akalnya di kepala ...mereka jual Islam semahu-mahunya dengan harga yang cukup murah (ada ayat Ayat Al-Quran tentang ini)... mereka jadi lebih cina dari cina...lebih siam dari siam...lebih segalanya...tetapi mereka marah kalau orang jadi lebih melayu dari melayu kerana mereka kata fasist...yang mereka tak pulak fasist...ya Allah...tologlah jangan turunkan bala kepada bumi Malaysia ini dek kerana kelaku buruk golongan penjual agama ini...

Tanpa Nama berkata...

menipu je keje lembu2 umno ini

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates