Islam Nik Aziz vs Islam Nasionalis

Isnin, 31 Januari 2011

1. Orang Islam di Malaysia patut meniru cara Kerajaan Singapura menggalakkan orang Melayu beragama Islam agar mengurangkan atau melonggarkan sedikit pegangan agama Islam mereka. Itu kata Lee Kwan Yew

2. Nik Aziz bersetuju agar orang Melayu Islam di Malaysia menerima cadangan Lee Kwan Yew agar pegangan mereka kepada ajaran Islam dilonggarkan. Ini Islam Nik Aziz.


3. Islam Nasionalis yang dibawa oleh UMNO khasnya membina masjid, menyediakan peruntukan untuk program agama Islam, menyediakan ekonomi Islam seperti perbankan, takaful dan sebagainya. Ini terbukti telah berjaya di Malaysia dan dipuji serta ditiru oleh negara Islam di dunia. Ini Islam cara yang dipraktikkan oleh Nasionalis.


4. Kita menunggu feedback atau komen dari pakar-pakar, ustaz-ustaz, alim ulamak dalam PAS memberi komen berkenaan persetujuan Nik Aziz dengan cadangan Lee Kwan Yew. Apakah mereka juga bersetuju supaya kita orang-orang Islam melonggarkan pegangan agama kita?

5. Apakah dengan melonggarkan pegangan agama Islam kita, maka 'hudud matlamat kami', "Negara Islam', 'membangun bersama ulamak' dan lain-lain lagi terpaksa dilupakan dan digantikan dengan slogan baru seperti 'DAP sahabat kami' atau 'Lim Guan Eng pemerintah ala Khlaifah Umar' dan pelbagai slogan yang menunjukkan akan kelonggaran pegangan agama kita?

6. Komen atau feedback dari 'MB sapa hang' yang memerintah Kedah mengenai saranan Nik Aziz dan Lee Kwan Yew ini kita nantikan. Atau MB memang tidak tahu yang Nik Aziz dan Lee Kwan Yew ada membuat cadangan ini?

7. Amat malang sekali dengan rakyat Kedah yang mendapat MB seperti ini . . . MB serba tak tahu. Malang lagi pengikut PAS yang menggantung atau menampal gambar Nik Aziz di dinding rumah dan cermin kereta kerana terpaksa melonggarkan pegangan agama Islam mereka.

8. Apa dah nak jadi kepada pengikut-pengikut PAS? Nak ikut Islam Nik Aziz ka atau Islam Nasionalis?

Nota : Perlu diingat yang Islam Nasionalis buka terma baru untuk Islam tetapi bermaksud Islam yang diamal dan dipraktikkan oleh seorang Nasionalis. Begitu juga dengan Islam Nik Aziz membawa maksud Islam yang difahami, dipraktik dan diamalkan oleh Nik Aziz.
Read Full 3 comments
Read Full 0 comments

Kerajaan Negeri Kedah Blok Capaian Internet?

Tajuk amat mengejutkan tetapi sebenarnya kerajaan Negeri tidak boleh blok capaian internet kerana kerajaan negeri tiada kuasa mengarahkan mana-mana pihak pemberi capaian untuk menyekat dari mana-mana pihak atau individu mengakses internet. Akses ke internet adalah salah satu sumber pendapatan ISP.

Pejabat, jabatan atau mana-mana syarikat boleh melakukan hadangan terhadap pekerja-pekerja dari mengakses internet melalui rangkaian dalaman mereka. Begitu juga pejabat kerajaan negeri, mereka boleh memblok mana-mana laman atau akses melalui 'gateway' yang mereka sediakan sendiri di Pejabat atau Bangunan.

Terkini, di Mesir telah dikatakan menghadang semua capaian internet kepada penduduknya. Kerajaan Mesir boleh lakukan hadangan ini dengan memberi arahan supaya ISP-ISP yang ada memnutup semua capaian/laluan internet. Maka terkedu-kedulah rakyat yang bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, e-bisness, blogging, twitter, facebook dan pelbagai lagi. Ini bermakna komunikasi melalui internet terhapus sama sekali. Tiada emel, tiada mesej atau audio atau video conference.

Apakah perkara yang sama akan atau boleh berlaku di Kedah? Sudah tentu tidak kerana Kerajaan Kedah tiada hak mengarahkan sebegitu. TAPI ianya mungkin berlaku di jabatan-jabatan atau GLC seperti di KTPC, BDB dan sebagainya.

Ada angin-angin menyatakan yang tindakan censorship sudah berlaku (bukan BLOK) di KTPC untuk capaian ke atas beberapa laman blog atau sosial. Jika ini benar berlaku, ianya sudah lari dari matlamat sebenar Kulim Hitech Park. Kulim Hitech Park adalah 'Future Science City'  yang diuruskan oleh KTPC tetapi capaian internet untuk pengguna di dalam KTPC di sensor. Jika di sensor laman porno, kira OK juga tetapi laman sosial atau news katanya di sensor oleh KTPC.

Apakah ini kegawatan yang sedang dirasa oleh pengurusan kanan KTPC hasil beberapa pendedahan oleh blogger berkaitan pembaziran dan penyelewengan yang berlaku?

Apakah ini hanya permulaan tindakan 'Little Hosni Mubarak' yang cuba menghalang staf-stafnya mendapat maklumat atau berita dari laman blog atau sosial. Atau halangan terus terhadap staf dari menghantar maklumat atau komen-komen ke laman-laman sosial, blog dan sebagainya.

Apakah sebab-sebab konkrit yang boleh pengurusan kanan KTPC beri (jika benar ada blockage/censorship) di atas laman-laman tertentu? Kenapa takut sangat?

'Hadangan/sensorship ini adalah untuk menghalang staf-staf dari menyalahgunakan internet pejabat untuk keperluan peribadi atau pihak-pihak tertentu' - inilah jawapan standar yang bakal kita dengar jika diminta pengurusan memberi penjelasan. Atau 'untuk menaikkan produktiviti pekerja supaya kurang berinternet pada waktu pejabat'.

KTPC sebagai Pengurus KHTP 'The Science City of the Future' melakukan sensorship ke atas laman-laman blog atau sosial; persoalan timbul apakah pandangan MNC atau pelabur luarnegara jika mereka mendengar tindakan ini.

Beginilah hebatnya little Mubarak di KTPC.  Cuba bayangkan jika Egypt diganti dengan KTPC, Hosni Mubarak diganti dengan Presiden KTPC dan sebagainya. Seluruh dunia akan membaca akan hebatnya Pengurus KHTP dalam menguruskan sebuah taman berteknologi Tinggi!

As protests intensify in Egypt, the country's government has reportedly banned more communication platforms, including Facebook and BlackBerry Internet Service.

Although neither ban has been confirmed, both services are inaccessible, according to buzz on Twitter.
"We are aware of reports of disruption to service and have seen a drop in traffic from Egypt this morning," a Facebook spokesperson told PCMag.
TechCrunch reported that it was unclear if all BlackBerry Internet services were blocked in Egypt. Some people could still use apps, the blog said.

Twitter has been blocked in the country for a few days now, the company confirmed Wednesday.

Facebook has been reported inaccessible 86 times in Egypt, according to The Herdict Report, a Harvard's Berkman Center for Internet & Society project that monitors the status of the Web around the world. Outage reports started on Jan. 26.
"From what we know about Egypt, filtering is done at the ISP level, which explains the sporadic reports of inaccessibility we've received," Laura Miyakawa, Herdict's project manager, said in a blog post. "Coupled with reports from Egyptians on Twitter, we're able to say that some degree of filtering has been happening, but we need more reports to make a strong determination."

These reports have coincided with mounting demonstrations in Egypt, many of which were organized via social-networking sites like Facebook and Twitter. Thousands poured into the streets of Cairo starting Tuesday to protest failing economic policies, government corruption, and to call for an end of the nearly 30-year rule of President Hosni Mubarak.
Social networks have also played an important role in the uprising in Tunisia that ousted autocratic President Zine el-Albidine Ben Ali earlier this month. Additionally, Twitter was an integral part of an uprising in Iran last year.









Read Full 2 comments

HAJI AZIZAN MB KEDAH MENGARUT LAGI ...

AloQStaQ baru dapat maklumat dalaman terkini dari sumber berdekatan dengan kepimpinan Kerajaan PAS Kedah, mengatakan bahawa Pakatan Rakyat Kedah semakin bimbang dengan situasi politik dan angin perubahan sokongan rakyat yang kembali menyokong BN/UMNO melalui kempen Gelombang Merah Berani Berubah !

TAHNIAH kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah serta Timbalannya kerana tak henti-henti berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO Kedah.

Masalah terbaharu Pakatan Rakyat di Kedah selepas keluarnya "hero Tamil" mereka (dahulunya merangkap panglima perang pencacai reformasi Anwar jubur) si GOBALA Padang Serai, mereka kini kelam kabut menyusun strategi untuk menangkis serangan propa & dakyah Gobala dari luar parti , pastinya Gobala mempunyai pelbagai modai untuk hentam Anwar, Pakatan Rakyat dan tempiasnya pasti kena jugak pada Kerajaan PAS Kedah ! 

Melihat keratan akhbar yang menunjukkan bahawa seolah-olah Gobala keluar PKR tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, ianya memang dusta sama sekali ! 

Haji Azizan yang sudah diketahui ramai sebagai seorang MB yang lembab dan lekeh, beliau cuba menidakkan ketakutan Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan PAS Kedah dengan situasi yang belaku kini di Kedah.

Padahal, memang PAS Kedah takut dan bimbang dengan keluarnya geng-geng (yang dahulunya) kuat menyokong Anwar di Kedah khususnya dari parti PKR. Atas sikap sudah hilang percaya kepada kepimpinan Anwar dan PKR , maka ramai dah yang angkat kaki ... 

Ditambah pula dengan keadaan politik dalaman PAS Kedah yang berpecah belah sesama mereka ... Sumber AloQStaQ dapat mengatakan PAS Kedah juga ada puak-puak ... Puak MB , Puak Anti-MB , Puak EXCO Berhaluan Kiri MB dan puak atas pagar (ni geng "tunggu & tengok saja"). Puak yang Haji Azizan paling tak suka adalah puak EXCO Berhaluan Kiri MB ... Puak ni lah yang dok cuba mengambil alih tempat kepimpinan Haji Azizan ...

Sudahlah beliau baru sahaja tiga tahun (tak sampai sepenggal lagi pun!) menduduki kerusi empuk sebagai MB, dah ada puak dalam PAS Kedah sendiri yang mencuba mendesak beliau berundur ... Ini yang menambah pedih !
Jadi, harapan melihat bulan purnama retak menanti belah di Kedah telah semakin kelihatan jelas ... isu Gobala keluar merupakan satu lagi masalah besar untuk Pakatan Rakyat di Kedah khususnya yang dipimpin oleh Haji Azizan ... Walaupun ianya adalah kerusi Parlimen, tetapi rakyat di dalam Parlimen Padang Serai yang memilih Gobala PKR pada PRU12 lalu adalah seramai  28,774orang ... Ianya bukanlah satu angka kecil yang patut dipandang enteng oleh Haji Azizan .... Kalau ramai tu yang berpaling tadah, Haji Azizan akan demam terkejut dan masuk wad di KMC pula (nasib baik ada jururawat tersayang di KMC sedia memberikan khidmat 1st class kepada Pak Haji Azizan !) ...


TAHNIAH BN MENANG DI TENANG ! Bersama kita kembalikan kekuatan BN untuk PRU13!


AloQStaQ
31 JAN 2011
12:25 Tghari


Artikel ni dipetik dari AloQStaQBlog . TERIMA KASIH.

Read Full 13 comments

TAHNIAH BN KERANA MEMPERTAHANKAN KERUSI TENANG

Ahad, 30 Januari 2011
Sebentar tadi SPR telah mengumumkan kemenangan untuk calon Barisan Nasional Mohd Azhar Ibrahim .

Berikut adalah keputusan rasmi.

BN - 6,699
PAS -2,992
Majoriti - 3,707 



Semoga dengan kemenangan ini akan berterusan sehingga ke Merlimau. Kami di Kedah-Times mengucapkan tahniah kepada petugas-petugas BN yang bertungkus lumus bagi mempastikan kemenangan besar kali ini. TAHNIAH YB AZHAR.





Read Full 3 comments

Sakit hati boleh dapat MC tak?

Khamis, 27 Januari 2011
Tempoh kempen sudah melepasi beberapa hari di tenang. Pelbagain isu-isu dibangkitkan serta dipatahkan oleh pihak masing-masing .. UMNO dan PAS.

Tetapi yang paling menderita adalah pelajar-pelajar yang memerlukan ilmu dari seorang Guru. Sebaliknya guru tersebut sedang bergaya memegang tangan isteri ke merata tempat di Tenang. Si Guru sedang berangan-angan untuk bersama isteri menjadi orang besar Tenang ... YB dan suami YB!


Tetapi kenapa si suami memohon Medical Leave atau dalam bahasa Malaysia nya ialah Cuti Sakit. Cuti sakit kah beliau jika kita lihat gambar-gambar beliau memegang tangan isterinya ke merata tempat di Tenang? Jika sakit, apakah penyakit yang beliau hadapi?

Kalau tengok cara pergerakan beliau, tiada penyakit fizikal yang beliau hidapi. Hanya penyakit 'Sakit hati' atau ' Sakit jiwa' kerana terlalu membenci UMNO.

Juga tidak lupa, siapa yang menjual atau mengeluarkan MC tersebut? Mungkin pihak hospital berkenaan boleh check dan beritahu rakyat. Jangan baling batu sembunyi tangan!

Kepada anak murid Cikgu, kalau ko orang fail periksa esok, pakai punggai cikgu tu dengan teloq kemughuk. Padan muka dia kerana tak ajar kami!
Read Full 8 comments

Sudah ditongsampah kah Hudud PAS?

Kedah Times telah begitu lama menyentuh tentang janji hudud yang jika mendapat kuasa sebelum ayam berkokok ianya akan dilaksanakan oleh PAS.

Rupanya ini semua hanya gula-gula pemimpin PAS untuk mendapat kuasa dan jawatan. Kita lihat di Kedah sekarang selepas PAS ambil alih pemerintahan, Islam dan hudud sudah tidak disebutkan lagi. Tiada lagi negeri Islam, tiada lagi hudud. Kemana pergi semua itu?

Jika ditanya kenapa tak laksana hukum Islam, jawapan mudah mereka ialah ini adalah pemerintahan Pakatan Rakyat, bukannya pemerintahan PAS.

Dulu di kampung semua berkaitan agama adalah PAS, tetapi kini semua berkaitan kuasa, duit, jawatan dan sebagainya adalah PAS. Projek KUIN dan KUIN, KTPC, BDB, Seri Temin, KCE, KTMSB, KIT, K-Keli, Kedah Agro dan sebagainya menjadi keutamaan PAS. Mana pergi negeri Islam, mana pergi hudud, mana pergi Islam matlamat kami?

Nampaknya penyokong tegar PAS di kampung-kampung dan tidak ketinggalan di pekan-pekan ditipu PAS. Jika dulu undang-undang Islam (terutama hudud) dan negara Islam menjadi asas perjuangan mereka, kini apa lagi asas yang tingggal? Adakah anada hanya berjuang kerana kebencian kepada UMNO? Atau perjuangan untuk mendapat kuasa?

Kepada penyokong PAS, anda semua sudah tiada apa lagi bersama PAS. Asas perjuangan sudah tiada, seolah-olah berperang tanpa tujuan. Jika mati pun hanya mati katak.  Kenapa perlu lagi bersama PAS? Hukum Islam, negera Islam sudah tiada lagi dalam agenda PAS dan Pakatannya.  Keluarlah. Marilah kita bersama menegakkan ALIFF, BAA TAA.

Hudud bukan ‘perkara pertama’ PAS jika kuasai majoriti Parlimen

Oleh Syed Mu’az Syed Putra January 26, 2011

LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

PAS menegaskan pendirian ini ketika MCA, komponen Barisan Nasional, membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di sini.

“Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

 “Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.

“Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Tambah Mustafa, BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan terus memainkan isu-isu perkauman bagi menimbulkan rasa kebencian pengundi kepada Pakatan Rakyat.

“Bila pergi tempat Cina, mereka akan kata DAP ikut telunjuk PAS, bila pergi ke kawasan Melayu, mereka akan kata PAS pula jadi tunggangan DAP.

“Ini politik perkauman, sehingga Soi Lek (Dr Chua) kata DAP akan turut serta apa yang akan PAS akan buat iaitu hudud, terus terang saya cakap Islam adalah dasar PAS dan tidak berganjak sejak dulu.

“Islam adalah dasar PAS, ia mesti diterima oleh semua baik PAS atau Umno...tapi kalau Umno nak guna separuh separuh, ikut dialah,” katanya.

Justeru, beliau meminta supaya BN menghentikan politik perkauman dibawa ketika berkempen kerana ia boleh memberikan suasana yang kurang senang dalam masyarakat berbilang kaum.

“BN patut hentikan politik perkauman ini, yang dibawa BN ini politik kebencian bukan politik sayang,” katanya.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.
Read Full 2 comments

Ekonomi Islam - Wajib Baca

Tokpauh Menulis:

Punca Ekonomi Melayu Tidak Meningkat

Orang Melayu (Islam) sering merungut bahawa kuasa ekonomi dipegang oleh bukan Islam, walaupun negara ini negara Islam dan majoritinya adalah umat Melayu Islam.

Maka bersidanglah intelektual Melayu untuk mencari puncanya.Buat apalah bersusah payah bersidang, puncanya mudah saja, apa saja semuanya salahkan kerajaan. Tak jadi kaya atau melarat sekalipun salahkan kerajaan. Malah jika tersepak batu ketika berjalan sekalipun, salahkan kerajaan.


Kenapa? Kerana dengan menyalahkan kerajaan, maka ekonomi orang Melayu akan meningkat. Lihatlah bertapa kedudukan ekonomi orang Melayu semakin hebat kini setelah menyalahkan kerajaan dengan begitu agresif semenjak Anwar Ibrahim menjadi pembangkang.

Inilah yang paling lunak didengar dan dapatlah orang Melayu pro-pembangkang tidur nyenyak.

Punca Sebenar Yang Tidak Mahu Didengar

Punca sebenar adalah sikap orang Melayu itu sendiri, tidak kiralah yang pro mana-mana sekalipun hampir sama. Bercakap soal ekonomi ilmunya setinggi langit ke tujuh, perkara-perkara kecil tidak main langsung. Soal koporat dan dana berbilion-bilion menjadi topik utama.

Tapi penyelesaiannya mudah sahaja. Iaitu amalkan prinsip SETIAP SEN WAJIB DIKITARKAN KEPADA ORANG ISLAM. Atau dalam kata orang putih, Buy Non-Muslims' Last.

Selama mana ada bekalan barangan atau perkhidmatan wujud dan dibekalkan oleh orang Islam, jangan sama sekali beli daripada bukan Muslim. Tak payah dicanang seluruh negara dan suruh orang lain, diri sendiri buat dulu.

Sebabnya,
Orang Melayu merupakan kelompok dengan kuasa beli yang banyak,
Jika wang itu dikitarkan kepada orang Islam, rezeki itu akan dimakan oleh orang Islam,
Peniaga Islam akan keluarkan zakat dan dikitar lagi kepada orang Islam,
Segala sedekat jariah dan jaringan ekonomi itu jika diniatkan atas membantu sesama Islam akan memberi ganjaran pahala yang berterusan,
Orang Islam adalah bersaudara, jika kita beli dari orang lain dulu itu bukan bersaudara namanya,
Akhirnya segala perniagaan peruncitan akan terpaksa diserahkan kepada orang Islam kerana itulah kehendak ekonomi,
Apabila perniagaan runcit dikuasai oleh orang Islam secara tidak langsung orang Islam boleh melangkah kepada perniagaan yang lebih besar seterusnya dapat menguasai ekonomi negara.
Umat yang menguasai eknonomi adalah umat yang juga akan menguasai politik, ketenteraan dan segala bidang ilmu.
Dengan itu, dapatlah umat Islam yang lain, yang tertindas dapat dibela.

Tiada guna kita memekak dipentas-pentas ceramah, tetapi pantang ada sedikit wang, kepada kafirlah kita belanjakan.

Tiada gunanya kita bersidang panjang-panjang, tindakan ekonomi sekecil inipun kita masih gagal laksanakan.

Belilah Produk dan Perkhidmatan dari Sesama Islam kecuali setelah pasti tiada pilihan.
Read Full 2 comments

Pentadbiran Islam Di Kedah

Enam minggu lagi, cukuplah tiga tahun PAS memerintah negeri Kedah. Semasa belum memerintah, berbagai janji ditaburkan kepada rakyat.

Soal tender terbuka sehingga kini tidak kedengaran sama sekali, malah tender terbuka yang telah dibuat pun dibatalkan dan lantikan terus dibuat, sehinggakan Mahfuz meletak jawatan dalam lembaga pengarah Kedah Sato. Itu bukan tender terbuka namanya, tapi tembelang yang terbuka.

Soal Islamisasi rakyat Kedah, yang kononnya dulu tidak cukup Islam tanpa pemerintahan PAS, tiada juga yang rakyat boleh lihat. Hanya pertambahan karaoke baru yang ditambahkan perkataan "Keluarga" bagi menudung kegiatan liburan yang semakin meriah di Kedah. Kalau dibawah BN ianya dinamakan hedonisma, dibawah PAS, dinamakan Hiburan dan Karaoke Keluarga.

Soal Kebajikan rakyat dapat dilihat apabila berlaku banjir besar dan kebakaran di Langkawi, dimana segalanya diserahkan kepada kerajaan pusat, cuma ditambah dengan "kalau nak buat kerja, buat cara Islam" oleh Ustaz Azizan.

Soal Air, apatah lagi, tidak cukup dengan kualiti air semakin rendah, harganya pula dinaikkan. Pakej kenaikan pula, 27 peratus kepada pengguna besar, dan hadiah kenaikan 100% kepada pengguna berpendapatan rendah. Jika ini dibuat oleh BN, namanya Firaun dan Mahazalim, tetapi jika dibuat PAS, ini namanya Kebijaksaan Pemimpin Islam.

Tetapi ada satu soal yang tidak lupa dan dibuat dengan begitu pantas oleh PAS, iaitu meletakkan kroni dalam seluruh pentadbiran termasuklah dalam GLC-GLC yang tidak membuat keuntungan waima satu sen patah pun. Tentulah kita ingat nama-nama seperti Yusrin, Che Had, dan ratusan nama lagi yang diletakkan untuk mengaut duit tanpa menyumbang apa-apa selain dari keceluparan mulut mereka yang mengherdik sana sini seolah-olah agensi kerajaan negeri adalah harta milik penuh mereka.
Dengan hanya ada beberapa bulan lagi yang tinggal, nikmat yang dirasai amat menggiurkan sehingga Ustaz Azizan berura-ura tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan PRU 13, agar hayat kerajaan beliau dapat diperpanjangkan beberapa bulan lagi. Sependek itupun, nilainya jutaan ringgit kepada kroni-kroni beliau.

Walau sebijak manapun strategi, dan sehebat mana pun kebobrokan pemimpin dan kroni PAS dalam mengaut hasil untuk diri sendiri. Walau sehebat manapun ia dilindung atas nama Islam, ingatlah Allah maha bijaksana, dan janji Allah SWT tentang syurga neraka dosa dan pahala adalah benar.

Rakyat mungkin boleh di tipu, mungkin sejuta tahun lagi, tetapi adakah anda fikir Allah SWT tidak mengetahui kepura-puraan anda semua.....




Read Full 1 comments

GEMPAR : GUNUNG MAT CINCANG MELEDAK

Rabu, 26 Januari 2011
Ini petikan pendedahan yang di ambil dari blog GunungMatCincang..

Ia selari dengan pendedahan kami berkenaan individu yang memegang rekod Guiness Malaysia sebagai Individu paling kerap keluar negara....
*****************************************************************

OH..KTPC…!! PATUT LE RUGI !! kah.kahh..kahhh

INI gambar trip kakitangan KTPC ke MaritimaFrance.

Apa misi mereka ke sana?

Apa kaitan KTPC dengan Industri maritime?

Besar sungguh Projek yang dibawa oleh Annuar safar kawan baik Hj Sobri Cucu Azizan Razak ke KTPC.. .

Jom tengok gambar mereka bersantai…..!!











Soalnya apakah kaitan KTPC/KHTP dengan industri maritim.

Kah..kahh..kahhhh……

A= Melancong perabih duit Rakyat.
B= Untuk bertemu dengan Razak Baginda.
C= Untuk berbakti pada rakyat yang menyokong mereka.
D= Untuk bersiar-siar selagi ada kuasa..
E= Bersantai selagi ada kuasa.


CONFERENCES AND EXHIBITIONS JUNE-DEC 2010

City Exhibition From To LEAD KTPC 2 SUBSIDIARY SUBSIDIARY INCUBATEE OR VENDOR COMPANIES

REP 1 REP 2
K Lumpur MIHAS 23-Jun 27-Jun AMIN - SHAHRIL -


Cairns AABI/BAIA 12-Sep 15-Sep THAMS - - -



Moscow CeMAT 28-Sep 1-Oct AWANG ASK - - Teknologam



Hannover Biotechnica 5-Oct 7-Oct THAMS ASA AMIN ZAB



K Lumpur PSMB 19-Oct 20-Oct SI - SBMY SHAHRIL



Las Vegas AAPEX 2-Nov 4-Nov THAMS ASA ???? - Funfiek Teknologam



Orlando I/ITSEC 29-Nov 2-Dec THAMS ASK - - Boustead



Ooty APIN Workshop 29-Nov 1-Dec AWANG IA SBMY SZO



Paris Maritima 8-Dec 11-Dec THAMS ASA ZA - Boustead



Paris Microbiota 14-Dec 15-Dec AMIN ASA ZAB -


Name: MR ANNUAR MOHD SAFFAR

MR AHMAD SHIRAZ KAMARUDIN


Flight Confirmation:-


06Dec MH1161 Penang / Kuala Lumpur 1935 2030

06Dec MH20 Kuala Lumpur / Paris 2340 0620* 07Dec
12Dec MH21 Paris / Kuala Lumpur 1200 0725* 13Dec
13Dec MH1138 Kuala Lumpur / Penang 0915 1005


WARRANT TICKET / FARE


For Mr Annuar :- ( Pen - Kul - Pen / Business Class )

Air fare: RM 16,930.00
Airport taxes: RM 1,113.00
Total: RM 18,043.00 Per person


For Mr Ahmad Shiraz :-

Air fare: RM 16,690.00
Airport taxes: RM 1,113.00
Total: RM 17,803.00 Per person


Name: MR MUHAMMAD FAUZI ABDUL KADIR

MR AHMAD MAHMUD
MR ABDUL RAHMAN OTHMAN
MR ABDULL AMID ABDULL MAJID
MR MOHD ISNIN ISMAIL
MS HAMIDAH ZAINON


Flight Confirmation:-


06Dec MH1161 Penang / Kuala Lumpur 1935 2030

06Dec MH20 Kuala Lumpur / Paris 2340 0620* 07Dec
12Dec MH21 Paris / Kuala Lumpur 1200 0725* 13Dec
13Dec MH1138 Kuala Lumpur / Penang 0915 1005


Per Person

Air fare: RM 5090.00
Airport taxes: RM 980.00
Total: RM 6070.00


Note:

After ticket: Change subject to RM 250 reissue fee
Unused Ticket : Refund subject to RM 350 penalty
Partial Ticket : NOT refundable

Novotel Gare Montparnasse - ## Confirmation E96-052Z / E96-03B8

17, Rue du Cotentin
75015 Paris

In- 07Dec Out- 12Dec Total- 5 nights


06 Superior Rooms x RM 1180.00 x 05 nights = RM 35,400.00



Should you need any further information, please do not hesitate to contact us.


Thank you.


BestRegards,

May Choong
BestStar Travel Centre Sdn Bhd
Unit T.02-U.05-1, Jalan P 9 E/1,
Precinct 9, 62250 Putrajaya
Tel: +603 8888 0554
Fax:+603 8888 0552
Email: event@beststar.my


MEMEX 2010
Proposed flight: (by Etihad Airways)
EY411 26NOV KUL-ABU DHABI 2020-2345
EY418 02 DEC ABU DHABI –KUL 0250-1400

Proposed Hotel : PARK INN ABU DHABI YAS ISLAND


Package rate

5 NIGHTS TWIN SHARING : RM4488/PAX

Package includes:

- Return air ticket from Kuala Lumpur-Abu Dhabi-Kuala Lumpur
- Kuala Lumpur Airport Taxes, Insurance Surcharge & Fuel Surcharge
- 5 nights accommodation with daily breakfast


Kah..kahh..kahhh....

KTPC rugi RM53juta..!!!!

...............ada lagi cerita plan-plan le!!
Read Full 5 comments

Lim Guan ENG : Penasihat Soal Halal

Tidak ada yang lebih memalukan kepada Parti "Islam" PAS apabila soal halal haram pun dilantik Guan Eng sebagai penasihat. Sudah kontang sangatkah ilmuan dalam PAS sehingga "Khalifah Umar Abdul Aziz ini dilantik sebagai penasihat Halal Task Force?

Atau adakah ini tanda keterbukaan PAS dalam menerima kaum kafir harbi sebagai sahabat, sehingga soal yang khas untuk umat Islam pun perlu dilantik  Kafir berada di atas sekali? Malah Mufti yang duduk didalam Panel Penasihat pun berada dibawah Lim Guan Eng.

Carta Organisasi di bawah memperjelaskan segalanya..bagi mereka yang mahu berfikir....


Kedahtimes:
Sebagai Umat Islam, kami pun tumpang malu dengan gelagat PAS yang cempera dengan "keterbukaan" sehingga tidak lagi tahu sempadan. Sia-sialah perjuang Dato' Maharajalela bergadai nyawa membunuh JWW Birch yang cuba mencampuri hal ehwal Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu apabila PAS menggadainya dengan penuh bangga.
Read Full 6 comments

Ceramah ka Cemarah?

1. Nampak ejaan tu hampir sama. Tiada Beza. Tapi kalau kita tatap gambar sebenar barulah kita dapat membezakan kedua-duanya.

2. Mazlan Alimin berceramah kepada siapa? Pengundi hantu ka?

3.Apa tajuk ceramah dia? 


4. Kenapa tiada ada pendengar di hadapannya? Apakah semua bakal pengundi sudah ghaib .... ghaib pulang ke rumah ke atau ghaib menjadi pengundi hantu.

5. Inilah hakikatnya. Bukan semua orang bersetuju dengan apa yang kita perjuangkan. Tipu sekali mungkin orang boleh percaya lagi, kalau berkali-kali menipu .... nahas kita.
6. PAS sudah parah di Tenang. Mazlan Alimin sudah jadi ce .... marah. 

7. Terimakasih House of PK kerana membawa gambar ini.
Read Full 2 comments

Tenang sedang bergolak!

Selasa, 25 Januari 2011
Kita lupa sekejap tentang politik Kedah. Kisah kegagalan pengurusan kanan KTPC yang baru timbul selepas PAS memerintah negeri Kedah. Kita lupa sekejap kisah Pokka bertukar yang sering bertukar warna yang sekarang telah dilantik menjadi VP di KTPC. Kalau nak baca lebih detail, sila rujuk Onar di Kedah.

Kita bagi rakyat Kedah yang memangkah PR pada PRU lepas berfikir sekejap. Apakah mereka sudah membuat satu kesilapan atau peduli apa dengan pemilihan mereka pada PRU yang lalu? Kedah nampak sejahtera tetapi pergolakkan politik dalaman amat dahsyat, bermula dari jawatan nombor satu sehinggalah kepada sekecil-kecil jawatan Pengurus di KTPC. Hebat pemerintahan terkini.

 Di Tenang, mesin fitnah dan propaganda PAS dan PR bekerja 24 Jam sehari. Tidak tidur memikirkan bagaimana nak mempengaruhi rakyat supaya mengundi calon mereka. Calon yang comel lotee nampaknya sudah menjadi seperti patung barbie. Nak jawab soalan pemberita pun tidak boleh, dikawal rapi. Nak buat PC pun terpaksa menghafal skrip yang diberi.

Inilah PAS atau Parti Aslam Semalaysia. Letak kopiah putih diatas kepala, tapi dalam kepada penuh dengan jentera-jentera yang bekerja kuat untuk menghasilkan fitnah.

Propaganda politik mereka sudah tiada batasan lagi. Ia sudah menjangkau dari hal barang naik sehingga kepada yang dah masuk kubur, semuanya dijadikan isu sensasi. Itulah PAS, tidak akan ada PAS jika tiada isu. PAS ibarat mayat hidup jika tidak ada isu yang dikeluarkan.

Dalam PAS sedang hebat menghancurkan kesatuan orang Melayu, sahabat baiknya PKR semakin hancur.  Ramai ahli PKR Labis keturunan Cina ambil keputusan memasuki MCA. Itu belum kita ambil kira Melayu yang secara senyap-senyap keluar dari PKR. Sebab itulah agaknya PAS melarang Anwar pergi berkempen kerana mereka tahu di sana sudah tiada penyokong atau ahli PKR.

Kedah Times juga agak hairan kenapa suami kepada calon PAS ke sana sini tanpa risau yang beliau mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik. Tidak rasa bersalahkah beliau meninggalkan anak murid selama seminggu tanpa mencurah ilmu kepada mereka. Dalam masa seminggu, ilmu yang boleh dicurahkan tidak terkira banyaknya dan bakal membentuk generasi baru yang berilmu, sebaliknya beliau memilih untuk meninggalkan mereka dan bersama dengan mesin-mesin fitnah PAS. Tidakkah beliau rasa BERDOSA walau sedetik pun?
Bagaimana pulak dengan pengikut-pengikut PAS yang tanpa segan dan silu membawa bendera roket yang terangan menolak Islam? Tidak rasa berdosakah mereka?

Kenapa Cikgu Mala  memilih perjuangan yang kotor ini? Walhal beliau sudah memilih satu perjuangan suci sebelum ini dengan mendidik anak bangsa menjadi orang yang berilmu dan baik. Ingatlah cikgu, ilmu yang cikgu curahkan itu kan sentiasa menghasilakan ganjaran pahala untuk cikgu jika ada anak murid yang mempraktiknya dengan ikhlas dan baik. Tapi nampaknya Cikgu Mala memilih jalan yang kotor untuk berjuang. Selamat berjuang ... selalunya jika berjuang secara kotor tidak akan berjaya!

'Character Assassination' dan 'Politik menghalalkan cara' menjadi pilihan utama mesin-mesin propaganda PAS ini. Tetapi yang peliknya mereka sudah tidak mahu menerima bantuan PKR yang lebih advance dalam hal ini. Apakah PAS sudah tamat berguru dengan PKR? Atau PAS merasakan mereka sudah boleh menjadi mandiri dalam mempraktik cara politik sebegini? Kalau ini realitinya, Kedah Times dapat merasakan yang pakatan rakyat bakal menjadi pakatan rebah menjelang PRU 13 nanti. InsyaAllah, UMNO hanya perlu kosisten dalam memberi penerangan dan servis kepada rakyat.
Tenang hanya akan tenang jika PAS, PKR dan DAP tiada disana. Ayuh pengundi Tenang, tendang mereka keluar dari Tenang. Baru hidup anda semua Tenang. Dan bertenanglah dalam memilih wakil anda. Tenang dalam menanti hari mengundi. Pilih yang terbaik, jangan pilih kerana kesian. Cikgu Mala yang mengharapkan kasihan saja dari anda semua!
Read Full 5 comments

Harga Barang Di Kedah Boleh Turun

1. Pakatan rakyat selalu menjanjikan bahawa jika mereka memerintah, maka harga barang terutama minyak akan mereka turunkan. Janji sebegini tentulah manis dan sedap di dengar, semua orang handak dengar dan mempercayainya.

2. Adakah menurunkan harga barang termasuk minyak sesuatu yang mustahil, sehingga kerajaan pusat tidak berbuat demikian? Jawapannya tidak mustahil. Semua barang boleh diturunkan harganya sebagaimana janji Pakatan Rakyat kepada rakyat. Ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

3. Harga barang tidak mungkin diturunkan dengan memaksa peniaga menurunkan harga dengan sendiri kerana mereka perlu menjual diatas harga kos. Kos sesuatu barang termasuklah kos upah pekerjanya. Contohnya, kita tidak boleh memaksa kerajaan negeri menurunkan cukai tanah kerana kos pentadbiran negeri perlu dibayar sebahagiannya dari hasil cukai tanah.

 4. Untuk menurunkan cukai tanah, antara kos yang perlu dikurangkan ialah gaji menteri besar, dan sudah tentu kita maklum bahawa MB belum melakukannya lagi, sehingga hari ini. Jika cukai tanah diturunkan, maka berlakulah defisit, dan defisit yang berterusan bermaksud negeri menuju kearah kebangkrapan. Ini tidak mungkin berlaku didalam perniagaan.

5. Betul kata pakatan rakyat, setiap barang boleh diturunkan harganya dengan begitu mudah iaitu dengan memberi subsidi. Persoalan besarnya ialah siapa yang akan memberi subsidinya?

6. Di Kedah, harga minyak boleh diturunkan sehingga Sepuluh Sen atau kurang se liter. Tidak ada masalah langsung untuk itu dilakukan. Malah tidak mungkin kerajaan pusat akan menghalang harga minyak diturunkan. Cuma hanya ada sedikit masalah sahaja, iaitu siapa yang hendak membayar subsidi sebanyak RM1.90 kepada  pengusaha minyak bagi setiap liter yang dibeli oleh rakyat Kedah pada harga sepuluh sen seliter?
7. Secara umumnya semuanya boleh diturunkan, tetapi adakah PR pernah menyebut siapa bakal membayar subsidi ke atas barang yang diturunkan harga tersebut.

8. Cakap cukup senang, nak laksana banyak pula alasan . . . . kerana tak boleh nak buat la tuu.
Read Full 4 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates