Melayu perlu mengingati Sejarah

Sabtu, 30 April 2011
Tun Dr Mahathir dalam ucapan perhimpunan perkasa di Stadium Suka Menanti Alor Setar petang tadi mengingatkan semua orang Melayu supaya tidak melupai sejarah. Ingatan itu ditambah lagi dengan kata-kata yang bangsa yang paling bodoh ialah bangsa yang dijajah beberapa kali kerana tidak mengingat Sejarah sendiri.

Disamping itu beliau menyeru umat Melayu yang mencakupi 60% penduduk Malaysia yang telah menjadi minoriti kerana berpecah tiga supaya kembali bersatu. Bersatu seperti di zaman cadangan penubuhan Malayan Union oleh British dahulu.

Beliau juga mengingatkan bukan Melayu supaya memberi sedikit ucapan terimakasi atas apa yang telah dikorbankan oleh bangsa Melayu. Berilah peluang kepada BN pada PRU akan datang.

Tun Dr Mahathir mengakhiri ucapan dengan satu pantun:

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang dilupa juga.

Ianya ditujukan kepada bukan Melayu ...
Read Full 8 comments

Reformasi Vs AntiReformasi

Kedah Times terpegun dan terlalu sayu membaca tulisan GAP dibawah. Kalau mengikut tulisan GAP ini, dia juga adalah musuh kumpulan Anti reformasi yang mana Kedah Times berada bersama beberapa sahabat lagi seperti Bapak3, bigdog, Norlela, kuntakinte, cucuqkodoq(Pang5Husin), Nihaz, AAA, RioDejenerio dan lain-lain lagi. Mereka-mereka ini masih ramai yang aktif mempertahankan perjuangan Alif Baa Taa. 

Dan Alhamdulillah sekarang ini sudah ramai pendokong-pendokong Reformasi telah bersama kita memperjuangkan Aliff Baa Taa. Inilah Kekuasaan Allah dengan sifat PekuasaNya. Dia meletakkan Tun Dr Mahathir dalam keadaan yang sihat untuk melihat dan menyaksikan bahawa orang yang beliau tatang dan didik dulu adalah apa yang dikatakannya pada December 1997. 

Maka benarlah kata-kata Tun yang orang yang tidak bermoral tidak layak menjadi pemimpin negara. Alhamdulillah, Allah sedang memperlihatkan kepada semuat umat siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

PERMOHONAN MAAF GAP KEPADA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.


sejak 2 september 1998 atau lebih tepat hari anwar dipecat aku sudah berada dalam kem reformasi atau sebut ADIL. kemudiannya ia beralih kepada penubuhan parti keadilan nasional dan akhirn sekali pkr.

anak muda dan darah muda. gelojak amarah aku mula berpihak kepada anwar sejak dia dipecat.

2 september 1998 hari bermulanya sokongan tidak berbelah bahagi aku kepada anwar. banyak foto yang aku simpan, insyaallah tiba masanya akan aku keluarkan satu persatu.

foto yang melibatkan penglibatan aku (dan rakan) berjuang jiwa dan raga demi untuk perjuangan anwar.

asalnya dulu, aku pelajar yang cukup pro kepada dr mahathir. pada zaman belajar dahulu, setiap ucaptama dr mahathir akan aku simpan sebagai koleksi bacaan.

namun dek kerana darah muda pemecatan anwar membuatkan aku sedikit keliru.

aku dihasut untuk menyertai perjuangan anwar hanya berlandaskan kepada satu kaset sahaja, kaset yang disebarkan di seluruh pelosok tanahair yang merakamkan perbualan pemecatan anwar ibrahim sewaktu mesyuarat MT yang terakhir.

kerana aku bekerja shif, maka aku mampu memberikan hampir 70% masa,tenaga,wang ringgit demi untuk perjuangan anwar.


fanatiknya politik taksub kepada anwar hingga ke tahap karier kerja pun sanggup kami jadikan taruhan.

tanya pada kami, apa yang kami tak sanggup buat demi anwar ibrahim ? segalanya aku sanggup offer demi reformasi, demi anwar ibrahim.

demonstrasi,arsenik,konvoi kamunting,kesas highway, prk lunas,indera kayangan,ijok, pilihanraya sarawak (tahun 2002) yang ada diantara kami hampir ditetak dengan pedang samurai oleh puak BN,kongres,demo, ceramah,bawak karung kutip duit ceramah,jadi MC ceramah, jadi tukang jaga jalan masa ceramah,beli cd ceramah untuk diedarkan kepada rakan,kereta bertampal logo justice 4 all hatta tampal satu persatu sticker anwar sakit kat tiang lampu pun kami buat.

fanatik tahap melampau. semuanya kerana dah ditarbiyah oleh semangat anwarisme.

dulu, bagi kami dr mahathir adalah manusia yang paling tidak demokratik dan kejam. biarlah aku menulis jujur kali ini. jujur yang paling jujur. bukan nak mendedahkan aib atau kelemahan, sekadar nak bagitahu rakyat betapa silapnya aku membuang masa hampir belasan tahun menyokong perjuangan anwar yang akhirnya terbukti palsu.

MANA DATANGNYA NAMA 'GERAKAN ANTI PKR' ?

nama ini dah wujud sejak 2004 sewaktu raja petra melupuskan web FAC (free anwar campaign) dan mewujudkan laman barunya malaysia today.

aku tukang komen paling tegar dalam malaysia today, bersama-sama dengan rakan bloger mat saman kati (dulu anwarista sekarang dah tarik hand brake).

waktu itu aku pakai nama gerakan anti pas, aka GAP. pasal aku benci dengan perangai hipokrit pas.

aku sokong anwar kerana projektori imejnya yang islamik dan pro melayu. ini asal asas semangat anwarista aku.

dr mahathir digambarkan sebagai pemimpin zalim. pelbagai fitnah dan gelaran kami beri kepada tun mahahir dalam semua web pembangkang yang wujud ketika itu, terutamanya web malaysia today.

anwar melontarkan ide dan benih fitnah kepada kami. di sini terletaknya daya usaha kami untuk spin dan burukkan pimpinan dr mahathir.

mesej dan propaganda yang anwar sampaikan kepada kami, kami telan hidup-hidup. tanpa ada rasa terdetik untuk berfikir apatahlagi untuk argue (persoalkan) fakta yang dibentang.

proses politik yang berat sebelah ini (one sided) telah berjaya melahirkan gerombolan anak muda yang condong kepada fahaman anwarista.

buktinya, pada tahun 1999 atau lebih tepat semasa pilihanraya telah wujud hampir 650 ribu pengundi baru yang muncul selepas pasca reformasi.

nasib baik lah daftar pemilih baru ini tidak sempat digazetkan, jika tidak berkemungkinan kerajaan umno/bn sudah tumbang pada pilihanraya 1999 !

masa berlalu. harapan kami hancur luluh selepas tewas teruk pada pilihanraya 2004.

pkr tinggal sebatang kera, sebatang kara di parlimen. wan azizah wakil tunggal pkr di parlimen manakala dominic ng menjadi calon tunggal pkr untuk dun padungan di sawarak.

arakian teruk kena dengan BN sekalipun, semangat perjuangan kami tak pernah padam. lesu tak menghalang kami untuk terus bergerak. moral down tiada dalam istilah kamus kami.

kerana kami mengharapkan tatkala anwar bebas, maka kegemilangan politik pkr akan bersinar semula.

anwar bebas dari penjara namun selama 2 tahun pasca dia bebas, anwar langsung tidak melakukan apa-apa.

apa anwar tak menghargaikah perjuangan orang yang di luar penjara, bisik hati kami.

anwar telah mengecewakan hampir separuh penggerak reformasi selepas dia keluar dari penjara.

expectation (jangkaan) kami adalah mengharapkan agar selepas pulang dari munich, anwar akan memacu semula momentum semangat petang 10 september di dataran merdeka.

enjin movement politik aku mulai kendur.

hilangnya anwar rupanya punyai maksud. dia memasang strategi politik baru. 

politik lama anwar yang dia perjuangkan iaitu pertahan hak islam dan pro melayu sudah dibuang ke longkang. anwar yang nampak pada hari itu adalah anwar yang baru.

baru kerana anwar menyokong pemurtadan lina joy ! di sini bermulanya renggang politik aku dengan pkr.

apa sudah jadi dengan anwar ? dulu dialah pejuang islam sekarang tidak lagi.

stage kedua aku putuskan hubungan sama sekali dengan pkr apabila peristiwa padang chetty klang berlaku.

apa dia peristiwa padang chetty klang ? peristiwa dimana anwar hadir di hari perarakan kumpulan hindraf yang menyambut gembira pembebasan 'salah tapi bebas' mahkamah sesyen klang terhadap 6 puaka hindraf.

saat itu di mata aku anwar sudah lari dari perjuangannya.
anwar bukan lagi ultra melayu. 
anwar bukan lagi bekas presiden abim yang hebat.
anwar bukan lagi bekas timbalan presiden umno.

saat itu aku melihat anwar sebagai penyundal agama dan bangsa.

sungguh sia-sia perjuangan aku mendokong reformasi.

kalau orang macam aku yang 12 tahun menyokong anwar, tanpa dia kenal siapa aku pun boleh merasa kesal cuba kamu bayangkan pula apa perasaan dr mahathir yang puluhan tahun 'menatang minyak yang penuh' terhadap anwar.

keputusan pilihanraya 2008, akhirnya telah menyedarkan aku bahawasanya dr mahathir adalah betul.

anwar ibrahim adalah puaka politik bangsa. lahanat dap menang kerana anwar ibrahim. janji puaka bangsa ini yang menyebabkan cina dap menyokong agenda politik baru anwar ibrahim.

waktu itu aku dah mengaku silap. aku jugak yakin anak muda yang seangkatan dengan aku pada zaman reformasi pun berfikiran yang sama.

flow dan perjalanan sejarah puaka pakatan anda telah ketahui.

anwar dipecat antara sebabnya adalah kerana masalah moral .

anwar dipecat kerana masalah moral.
anwar dipecat kerana masalah moral.

sebab anwar dipecat adalah kerana masalah moral.

masa hari anwar dipecat, aku kata dr mahathir telah melakukan fitnah. tapi hari ini...semua tindakan dr mahathir satu persatu ditunjukkan kebenarannya.

khianat bangsa.
khianat agama.
khianat negara.

masa anwar dipecat dr mahathir kata anwar ada masalah moral. kata dr mahathir dia(anwar) telah melanggan pelacor.

2 september 1998 aku langsung tak percaya..tetapi hari ini ia telah dipertontonkan di depan mata.

ianya mengambil masa hampir 13 tahun untuk rakyat mengetahui kebenaran cerita dr mahathir.

aku kini menjadi penulis blog sepenuh masa, nama blog ini gerakan anti pkr.

gerakan anti pkr wujud selepas pilihanraya 2008. wujud kerana anwar menyokong lina joy murtad. wujud kerana anwar menyundalkan hak agama dan bangsa lalu diperjudikan  nasibnya oleh anwar ibrahim.

3 minggu lepas video seks anwar keluar. hari ini full version klip video itu sudah tersebar.

walaupun nama blog ini gerakan anti pkr, namun bagi aku ia masih kosong dan terasa kekurangan.

aku sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan aku sepanjang berada dalam kem anwar. maka cara menebus kesilapan ini adalah dengan mewujudkan blog GAP. 

alhamdulillah blog ini sudah berada di tahap yang sewajarnya  sepertimana yang aku kehendaki namun satu perkara lagi masih tertinggal.

aku sudah banyak kali bertembung secara fizikal dengan tun dr mahathir. namun atas dasar keterbatasan dan faktor keselamatan tun, maka agak sukar untuk orang kebanyakan macam aku  mendekati tun dr mahathir.

hari ini hari jumaat.

aku tak tahu bila lagi aku berpeluang untuk berjumpa secara dekat tun dr mahathir.

apa pun sebagai anak muda, aku wajib bercakap jujur dalam hidup. sepanjang kesilapan 13 tahun dalam pkr banyak perkataan  kurang enak  telah aku lemparkan kepada tun dr mahathir.aku telah silap dan aku harus mengakui kesilapan lama aku.

BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WB AYAHANDA TUN DR MAHATHIR DAN KELUARGA.

saya, dengan nama pena blog gerakan anti pkr menyusun sepuluh jari memohon jutaan ampun dan maaf di atas kebiadapan saya melabel ayahanda tun dr mahathir dan keluarga sewaktu saya berada dalam pkr.( selama 12 tahun).

maaf kan saya . ayahanda tun ,segala cerita  ayahanda mengenai anwar ibrahim akhirnya telah dipertontonkan oleh ALLAH SWT akan kebenarannya.

maaf kan saya. dosa saya selama  ini cukup banyak kepada ayahanda tun.penyesalan ini luar biasa dalamnya.penyesalan ini takkan bisa padam selagi saya tak dapat cium tangan ayahanda tun dan melafazkan permohonan jutaan ampun dan maaf.tolonglah maafkan kesilapan saya wahai ayahanda tun..

dengan perasaan rendah diri, sudilah kiranya ayahanda tun memaafkan kesilapan dan keterlanjuran saya. sekali lagi ayahanda tun..maafkan saya.wasalam.
Read Full 0 comments

HIDUP MELAYU

Jangan lupa hari ini pukul 3 petang bersama Tun Dr Mahathir di program PERKASA di Stadium Suka Menanti. Ekspo perdagangan sempena program ini telah bermula semalam. Datanglah beramnai-ramai hari ini .

MELAYU WAJIB BERSATU MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA. HIDUP MELAYU HIDUP 1BUMI.


Read Full 1 comments

Sumpah dan Sesumpah


Budak-budak kecil masa dulu jika ditekan supaya mengaku yang dia melakukan kesalahan atau terlibat dengan sesuatu, maka dengan secara otomatik bersumpah yang dia tidak melakukan atau terlibat akan sesuatu pertuduhan itu. "Chek sumpaah tak buat", "aku sumpah depan hang ni yang aku tak dak disanapun masa tu", "tobat aku sumpah yang aku tak curi duit hang", "demi Allah, aku tak pernah pi sana pun", dan bermacam-macam jenis sumpah yang dibuat untuk menyakinkan yang kejadian atau mereka tidak terlibat atau melakukannya.
Yang anehnya, pendengar atau mereka yang berada bersama dengan yang bersumpah seolah-olah otomatik menerima sumpah tersebut. Mungkin akibat dari keinsafan atau keikhlasan yang bersumpah.

Kini Datuk Eskay bersumpah yang beliau berada dalam video seks dan Anwar Ibrahim adalah orang kedua yang menjadi pelaku. 

Video tersebut sudah dilihat oleh ramai orang. Tingkah laku kegelabahan Anwar menjawab soalan pemberita sudah kita nampak.

Kelaku hodoh perangai penyokong tegar PKR sudah boleh kita lihat hatta dalam masjid pun mereka beraksi macam di kaki lima.

Pelbagai jawapan tak logik menuding jari kepada UMNO sudah kita dengar. Dan tidak tahulah apa lagi selepas ini.

Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa Anwar tidak kata " Demi Allah saya bukan dalam video tu" atau " Saya sumpah saya bukan pelaku dalam video tu" atau " Saya sumpah dengan nama Allah yang bukan saya dalam video tuu" atau "Toooobat itu bukan aku".

Sebaliknya jika ditanya, beliau naik angin ..... kenapa?
Read Full 1 comments

Setiausaha Agung atau Presiden KFA ?

Bolasepak Kedah agak berceramuk sejak kebelakangan ini. Selepas pemberhentian jurulatih Ahmad Yusof secara senyap-senyap (pada mulanya beliau diberi tugas lain tetapi diam-diam kontrak beliau ditamatkan), jurulatih baru dilantik dan prestasi agak naik sedikit.

Mungkin disebabkan keadaan KFA atau pasukan bolasepak Kedah yang agak yo-yo ini, YB Datuk Mahfus dikatakan berminat untuk melibatkan diri dalam KFA. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Apakah jawatan yang YB Mahfus berminat? PResiden atau Setiausaha Agung?

Kalau Presiden, bermakna YB kena jatuhkan MB Kedah dan kalau SU Agung maka Dr Hamdan kenalah berundur atau diganti. Untuk Presiden, selalunya jawatan itu otomatik diberi kepada MB dan jika MB tidak berminat, maka orang lain bolehlah dicalonkan. Tapi nampaknya MB Panas Baran kita tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan jawatan itu.
Apakah Mahfus sedang merancang untuk dirinya menjadi MB? Seterusnya Presiden KFA? Itu Kedaha Times tak berani nak jawab!

Atau beliau hanya ingin jawatan SU agung KFA sahaja? Tetapi nampaknya agak susah kerana SU Agung ini selalunya orang kuat MB samada Exco atau individu penyokong kuat MB. Kalau dilihat dari segi politik PAS, MB dan Mahfus ibarat anjing dan kucing. Satu suka tidur tetapi apabila dikejutkan berkaitan sesuatu isu, maka dengan pantas dia bangun dan menyerang. Satu lagi meronda kesana-sini berlagak pandai walhal habukpun tiada. 

Lagi satu, jika MB dan Mahfus tiada masalah, kenapa mensyuarat PAS kawasan Pokok Sena, Husam pula yang dipanggil untuk perasmian? Heheh masing-masing kem la katakan. Hebat PAS sekarang ni!

Kembali kepada KFA, pada 26 April 2011 malam di restoren MAMA dekat Tol Alor Setar Utara tu, Mahfus buat mesyuarat apa? Yang datang mensyuarat bersama beliau tu kebanyakan berbaju hijau KFA atau sekurang-kurangnya berbaju yang ada tulisan berkaitan bolasepak Kedah. Ada perancangan hebat ka?
Read Full 0 comments

Hebat! Kedah Bakal Membangun Seperti Putrajaya Di Bawah Pentadbiran PAS.

Jumaat, 29 April 2011
Pritttt! Isu video seks Raja Rimba telah selesai dengan sebahagian besar dari rakyat negara ini sudah menontonnya. CheNed yakin, bukan aksi lucah yang ditonton kita tetapi satu fakta yang kita kena tengok secara rasional untuk menilai sejauh mana kebenaran, kesamaan dan siapa pelakonnya.

Berbaliklah kita pada isu politik Kedah. CheNed nak ajaklah kita semua pakat-pakat himpun 'success story' atau kejayaan kepimpinan PAS selama 3 tahun ini. Pada CheNed ada puluhan gambar-gambar perbezaan di masa pemerintahan BN dan juga pemerintahan PAS.

Antaranya sudut menarik bangunan-bangunan perniagaan yang dulunya menjadi kilang-kilang percetakan kecil di Kuala Muda tetapi selepas PAS perintah sudah jadi tempat biak tikus, lipas dan dikunjungi cicak. Ada lagi! Bar-bar dan juga restoren-restoren yang berkonsepkan pub-pub yang bercambah yang boleh didapati di merata ceruk negeri Kedah ini. Sejahteranya Kedah. Tahniah Ustaz!!!

CehNed nak tunjuk tetapi CheNed nak tunjuk sekali dengan pelan dan lokasi baru tapak pembinaan Kerajaan Negeri Kedah yang akan dijadikan seperti Putrajaya.

Duit? Siapa kata Kerajaan Negeri tak ada duit? Balak dah ditebang secara berleluasa tu takkan tak jana pendapatan hasil negeri? 

CheNed juga nak ajak kita semua pakat tengok di tempat dan bandar kita. Kalau boleh mailah kita bincangkan dan nyatakan apakah kesan kejayaan PAS perintah Kedah dari kita dengar dan baca saja. Atau kalau rasa nak bagitahu kejayaan pemerintahan PAS secara segera, bolehlah letakkan nama samaran, gambar kalau ada dan juga nama tempat yang adanya perubahan tersebut dalam blog ni. Amacam? Berminat tak? Jom sertai CheNed.
Read Full 3 comments

Papa Jahat Minta Semangat Nurul Izzah. So Pity!!


Mana nak letak air muka ahli keluarga Anwar Ibrahim? Jantan ini jugalah yang satu ketika dulu pernah melaungkan reformasi. Berapa ratus ribu rakyat negara ini yang sanggup berkorban untuk dia tetapi hari ini pengorbanan untuk salah laku seksnya telah terbukti hanya sia-sia. Anwar Ibrahim, tak pernah rasa bersalah dan tersenyum gembira, puas untuk melakukan seks dengan sesiapa sahaja dia suka kerana perbuataannya itu akan dipusingkan sebagai satu perbuatan konspirasi politik.

Hari ini Anwar bukan lagi imej yang bersih seperti 20 tahu lalu tetapi lebih hanyir dari seorang yang meletakkan zina teratas dalam hidupnya.



p/s: Bila dah takleh cakap terpaksa minta tolong sokongan anak dan isteri. Kasihan keluarga lelaki ini. CheNed!

Read Full 0 comments

Sana Video Penuh, Sini Video Klimaks



Kalau penuh sangat, layan dulu yang ini.

Klik sini
Read Full 1 comments

Video Seks Penuh Anwar Ibrahim



Kepada yang masih belum melihat video part II, Kedah Times sekali lagi muatkan disini.
Watch live streaming video from padijantan at livestream.com
Read Full 0 comments

PANAS!!!Klip Video Seks! Pelaku Lelaki Tersebut Adalah Wanita??????

Khamis, 28 April 2011

.

Satu hari di Balai Polis Bukit Aman

Mata-mata : Datuk Anderwer. Kami buka keterangan ini untuk Datuk nak cakap apa-apa pun. Sila Datuk.

Mr Andewer : Saya punya keterangan adalah sangat ringkas. Lelaki yang bogel itu bukan saya.

Mata-mata : Datuk pasti?

Mr Andewer : Mestilah saya pasti. Sebabnya pertama perut saya kempis saja. Cuba kita mainkan lagi sekali 2 klip video tersebut. Saya akan tunjukkan yang lelaki itu bukan saya.

Klip video pertama dimainkan.

Mr Anderwer : Lihat! Gambar terlalu samar-samar. Lelaki itu bijak berlakon seperti saya. Anu saya tak pernah naik sejak saya sakit tulang belakang. Waima tengok sesiapa pun yang bogel.

Mata-mata : Bolehkah kita mainkan klip yang kedua?

Mr Anderwer : Boleh.

Klip video kedua, dimainkan.

Mr Anderwer : Nampak tak? betapa boroinya perut lelaki itu? Tengok perut saya. Kempis saja.

Mata-mata : Saya nampak ada bezanya. tetapi saya betul-betul terpegun dan puji bentuk anu lelaki itu. Bagaimana boleh tegang walaupun dua kali pancut. Tentu lelaki itu mempunyai rahsia yang semua lelaki nak bila bersenggama.

Mr Anderwer : Hah! Mana saya ada ilmu apa pun. Saya sentiasa pastikan anu saya sentiasa bersih dan setiap kali setiap pagi, saya akan urut dengan minyak lintah. Tiap-tiap hari saya jungkit kasi tegang. Itu saja rahsianya.

Mata-mata : Tetapi bagaimanakah boleh bertahan? Saya kagum itu.

Mr Anderwer : Dah main dengan yang tak berapa handal melayan. Saya kurang sikit.

Mata-mata : Jadi Datuk mengakulah Datuk orangnya?

Mr Anderwer : Eh! Bukan-bukan!. Lelaki itu bukan saya. Kamu telah cuba pesongkan keterangan saya.

Mata-mata : Habis! Kita bercakap pasal anu siapa?

Mr Anderwer : Anu CheNed. Tak percaya cuba tanya dia.

CheNed : Cheh! Harami betul. Aku tengok video tu saja. Lagi satu mana aku hadiri keterangan antara Datuk dengan encik polis.

Mata-mata : Tangkap orang ini.

CheNed : Encik polis! Saya bukan lelaki. saya perempuan. Tidak Encik polis. Saya tak salah!

Mata-mata : Tangkap!

CheNed : Tidak! Tolong! Tidak..TIDAK!!!

PakChak : Ned! Bangun oii..Yang hang dok terjerit tidak tidak tu apahal?

HAH!!! Rupanya CheNed bermimpi taksat. Fuh! Lega!!! Gara-gara dengar berita sambil mengantuk tentang individu yang disyaki lelaki yang melanggani pelajar kolej hadir memberi keterangan hari ini di Balai Polis Bukit Aman.

Mimpi siang hari. Tak betullah tu. Bukan CheNed..LEGA!!!!!


Read Full 0 comments

Apabila Ahmad Bashah dan Ustaz Perongoih Kecut Pada Azmin dan Karpal

Nampaknya ketakutan politik lebih menghantui pemimpin-pemimpin "berani" Kedah kita ni. Apabila melibatkan soal kepentingan Melayu seperti program Perkasa yang akan diadakan pada 30 April ini, pemimpin-pemimpin Melayu sendiri kecut telur, takut dilabelkan sebagai pro Melayu.

Dato Seri Ustaz Azizan dan Dato Ahmad Bashah, kedua-duanya yang sudah memberi petunjuk awal bersetuju menghadirkan diri dalam program Perkasa Kedah tersebut, tiba-tiba tarik hand brek dan cuci tangan, malah Ustaz Azizan menyalah media cyber kononnya memutarbelitkan kehadiran beliau.

Apalah yang ditakutkan sangat dengan Azmin, Lim Kit Siang, Karpal dan Chua Soi Lek tu, ini bukan program politik sampai semua hal nak kena buat pertimbangan politik. Ini soal kepentingan bangsa Melayu, Soal umat Islam. 

Pemimpin Melayu, tak kira dari parti mana pun perlu berani, dan tidak diikat dengan  tali-hidung dan sendung politik yang suka-suka dicacakkan dimana-mana oleh PKR, DAP mahupun MCA.

Cuba tengok Tun Mahatir, dah pencen pun masih tidak endah dengan serangan politik asalkan beliau jelas memperjuangkan bangsanya.
Read Full 5 comments

Solat Hajat PAS.

Kedah Times merasakan yang ramai rakyat diseluruh negara berterimakasih kepada PAS kerana mengadakan beberapa siri solat hajat untuk memohon Allah memusnahkan musuh-musuh Anwar Ibrahim. 

Solat hajat sepatutnya dijadikan langkah untuk memohon kebaikan daripada Allah kepada hamba-hambanya.

Berduyun-duyun penyokong-penyokong PAS dan PKR menuju ke stadium untuk bersembahyang hajat memohon kepada Allah untuk kemusnahan orang lain, walhal Allah menyuruh sembahyang hajat itu kepada kebaikan akan agamanya dan dunianya kepada perkara sesuatu yang susah atasnya. Ini disebut dalam kitab Hidayatussaalikin.

Solat Hajat dikerjakan ketika menyatakan keinginan, kehendak atau keperluan kepada Allah. Sesiapa yang merasa terdesak dalam suatu urusan mahupun merasa perlu dalam kemaslahatan dunia atau agamanya, maka hanya dengan menyerahkan segalanya kepada Ilahi akan membuahkan nikmat terhadap segala yang dihajati.

Maka hari ini Allah telah mengkabulkan apa yang dihajati mereka. Tetapi bukan atas kemusnahan kumpulan atau  jemaah lain, tetapi menonjolkan apa yang sebenarnya dilakukan oleh orang-orang dikalangan mereka. Secara terus boleh kita katakan yang Allah menunjukkan siapa sebenar Anwar Ibrahim kepada semua yang menghadiri sembahyang hajat tersebut.

Selepas solat hajat, dijamu kata nista
dan caci mencaci.
Persoalannya adakah mereka (yang bersolat hajat) boleh menerima petunjuk Allah SWT ini? Jika niat atau nawaitu sembahyang sudah tidak betul, maka amat susah untuk mereka terima petunjuk Allah, sebaliknya pelbagai alasan diberikan.

Apakah mereka menunggu sehingga ada bala atau kemusnahan dari Allah SWT, baru mereka mahu menerima kebenaran?

Jangan kita dimasukkan dalam golongan yang dimurkai dan orang-orang yang sesat!

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam 

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

Tunjukkilah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat  


“Orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka” ialah Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orang-orang yang beriman serta beramal salih. Dan jalan mereka, selain daripada beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa. Itulah dia 

As-Siraatu’I Mustaqiim” (jalan yang lurus).

Menurut Hadith Nabi Muhammad s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak 
Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut:

“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.

"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat. 
Read Full 2 comments

Padah Anwar Nikmati Seks Tanpa Selimut

Patutlah CheNed tertanya-tanya sebab apa tempoh hari waktu ahli dan penyokong parti PAS dan PKR buat sembahyang hajat besar-besaran untuk membersihkan Anwar Ibrahim dari fitnah video seksnya, Nik Aziz selaku penceramah yang paling agung dan ditunggu-tunggu hanya bertakbir Allahuakhbar 3 kali kemudian baca doa terus duduk? Gamaknya Nik Aziz pun dah tengok video klip lucah Anwar yang berjumlah hampir 23 minit tersebut. 

Ini baru 4 minit dengan 2 slot tayangan pun dah membuatkan sebahagian besar mencarut-carut tengok batang balak Anwar yang tak kenal haram halal inikan pula 23 minit.

Hari ini siapa yang paling berpuas hati CheNed nak tanya? Adakah penyokong Pro Kerajaan aka UMNO? Atau blogger UMNO? Ini bukan soal gembira atas aib Anwar yang ditunjuk sau persatu tetapi lebih kepada pengajaran yang cukup bernilai untuk Nik Aziz, Haji Hadi Awang dan seluruh umat Islam untuk tidak main-main dalam hal-hal ugama. 

Berapa banyak nasihat yang blogger  bebas dan pro Kerajaan kata jangan ikut cakap Anwar. Jangan terikut diperbodohkan dan digunakan Anwar. Klip video pertama, belum ditontonkan, Anwar masih tega berdiri depan pakcik-pakciki, makcik-makcik kata dirinya difitnah. Klip video adalah konspirasi. Palatnya mulut Anwar menipu sana sini dalam stadium. Ditangkap gambar orang Anwar duduk bersembang dengan Nik Aziz tetapi gaya Nik Aziz seperti kecewa sangat. Apa lagi yang boleh CheNed kata melainkan hari ini siapa yang terang-terang mempergunakan agama kalau bukan Anwar. Kuda tunggangan Anwar adalah PAS.

Yang seronok berhenjut-henjut, bergoyang-goyang sana sini adalah Anwar. Hari ini satu negara melihat aksi bogel hingga masih jelas nampak batang balak Anwar dan wanita Cina yang bogel. Anwar akan rasa malu? Takkan adanya rasa malu. Tetapi yang patut malu dan patut diam untuk tempoh setahun 2 tahun ini adalah PAS.

PAS diperbodohkan oleh PKR. Siapa PKR? Yang keluar dari UMNO untuk bela Anwar. Salah UMNOkah? Hari ini bukan detik kemenangan bagi UMNO tetapi satu pengajaran yang cukup tajam dan teramat baik dari Allah kepada kita. 

Mana Chegu Bard? Mana MP Sungai Petani? Haram masih kata bukan Anwar. Kalau CheNed ni jumpa kedua-duanya, CheNed cepat-cepat beli telor buruk baling kat muka wakil rakyat ini. Beginikah sifat pemimpin? Bercakap benar jauh sekali. Nau'zubillah. 

Sah! Seburuk-buruk UMNO, hanya gaya elit tetapi untuk mempermainkan agama dan membawa budaya songsang hingga tak kenal jantan betina secara terang tidak pernah ada dalam kamus UMNO. 

CheNed memang nak masuk PAS tetapi CheNed terpaksa tarik 'handbreak' dan pilih UMNO walaupun tak daftar ahli UMNO. Sebabnya UMNO buruk disebabkan PAS dan PKR yang menokok tambah isu rasuah, sombong, kejam, sekular dan sebagainya. Tak malukah hampa?


Read Full 2 comments

Batang Paip Klasik Milik Isterinya Dah Dikongsi

Tumpang kata..Dari CCZ, Sanggulmelayu.

Amboi sakan bang Nuar no..Ni CCZ nak tumpang semangkuk bicara tentang seks di usia 60an. Gamam CCZ sebab hari ini CCZ dah nyahaktifkan Sanggulmelayu tup-tup keluar video seks model Ky Jelly dan jam ini. Jadi cari punya cari jumpalah dengan Kedahtimes. So, apalagi? CCZ pun ringan tulang kirimkan e-mail untuk lepaskan gelora di jiwa sebagai bekas blogger. Tapi taklah sama gelora jika dibandingkan gelora yang reda  Bang Nuar yang lepaskan kain untuk pakai seluar dalamnya yang macam guni buah nangka. Hehehehehe..

Nak kata apa lagi? Suruhlah PAS buat sembahyang hajat lagi. Main-main sangat soal agama mereka ni. Allah dah tunjuk pada kita semua hari ini siapa Anwar. Tak kira jantan, betina, Melayu dan semua bangsa dia balun. Nasib baiklah Nik Aziz, Lim Kit Siang tu dah tua. CCZ percaya kalau mereka ni awet muda macam 40 tahun dahulu, tentu Anwar pun jeling-jeling juga.

Tengoklah banyak kali lagi pastu suruh Anwar buat sumpah muhabalah. Tak dan nak angkat sumpah, toleh ke tempat lain saja, mesti mamat ni blah. 

Punyalah jahatnya Anwar ni sampai terang-terang hari ini dia pergunakan PAS. Nak tunjuk dia baik, patah balik pada PAS. Nak bela diri, minta PAS buat solat hajat. PAS pun apa lagi. Dan, dan ikut cakap Anwar. Maklumlah..orang tua kuatnya bukan kepalang!!!Takkanlah seluar dalam sarung nangka tu pun adalah konspirasi UMNO? 

Hari ini Azmin marah-marah sebab tertekan sebab perangai Anwar yang suka pancut merata-rata. Hah! Sebelum nak pangkah PKR atau PR, baik tanya dulu pada diri sendiri. Nak undi untuk selamatkan agama, bangsa dan negara dengan undi parti yang selalu permainkan agama dengan parti yang dok angkat  suami 'anugerah Tuhan' yang buat maksiat tanpa rasa takut walau sedikit pun. Syukur sebab UMNO sedar peri pentingnya media cyber. Hari ini terang-terang PAS dan PKR wajar ditolak sebab satu dah lari perjuangan dan satu lagi sememangnya sia-sia. Tak percaya lagi? Fikir-fikirkanlah..

p/s : Puji tang kotak kecil yang dibuat untuk tutup batang paip klasik Anwar. Kalau bukak, alamatlah..Wan Azizah makan tak lalu sebab sedihkan kelakuan Anwar, wanita lain makan tak lalu sebab geli geleman. Cheh!!!!
Read Full 5 comments

Batang Balak Termahal Di Malaysia

Rabu, 27 April 2011
Salam dari CheNed..Untuk tidak ketinggalan dalam isu hangat video klip suami 'Anugerah Tuhan' yang tersangatlah loqlaqnya..

Tengok betul-betul tau kemudian panggillah puak berdengung yang dok tak percaya jantan batang balak ni adalah Anwar..

Kedah times masukkan juga gambar-gambar yang di capture oleh Parpu Kari, jika video kali di remove. Utk pengetahuan semua video part II ini telah di remove oleh You Tube. Tetapi ada pihak yang sudah 'save' terlebih dahulu. Kedah Times pun sempat melalukan benda yang sama. Heheh nak lari kemana anwar ooooo.





Ingat karipap ingat Anwar, ingat lanun ingat PAS k..


Read Full 6 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates