Masalah KEDA bukan sedikit. Sangat banyak dan sangat kalut. KEDA sudah menjadi sarang orang-orang PAS. KEDA sudah jadi tempat bermasalah dan 'pembunuh upahan' bagi orang UMNO yang datang minta bantuan. Malah KEDA dikatakan tempat berkumpulnya segala macam hasad dengki dan perangai buruk orang Kedah!
Itu adalah persepsi yang diberikan oleh mereka yang pernah berurusan dengan KEDA sekalipun dari segi zahir, KEDA banyak membantu golongan miskin tegar. Selama ini, gelembung busuk di dalam KEDA tidak banyak yang terlepas keluar. Tidak banyak rahsia yang berjaya dipecahkan. Bukan kerana tidak ada, tetapi kerana sifat orang Kedah yang tidak mudah buka rahsia.
Namun apabila Nur Dini menyaman KEDA, maka nanah dan kohong dalam KEDA mulai terburai. Ahmad Bashah yang jadi Pengerusinya, nyata 'tidak ada' kuasa. KEDA sudah jadi salah satu sayap PAS dalam agensi Kerajaan Pusat di Kedah.
Ini email yang diterima dari Ngah61. Memandangkan tiada apa-apa yang cacat celanya, maka email berkenaan tidak langsung diubah, disunting, ditacap, mahupun disapu ke bawah karpet!
EMAIL:
Semalam adalah hari ulang tahun KEDA ke 30. KEDA sepatutnya dikenali dan gah sama sperti FELDA, FELCRA atau sekurang-kurangnya sama dengan MADA. Tetapi apa yang ada pada hari ini adalah KEDA sebuah agensi Kerajaan yang dah hilang 'magis'. Rata-rata pekerjanya sudah tidak bersemangat kecuali yang bernombor 5 teratas. Ngah bukan pekerja KEDA tetapi anak saudara kepada salah seorang pekerja KEDA yang bakal pencen tak berapa tahun dan hari lagi.
Terkejut kerana saudara Ngah balik dan menangis kerana katanya orang-orang lama KEDA berhadapan dengan situasi pencen dengan hati yang sedih.
Sedih kerana hampir 30 tahun berkhidmat dengan KEDA sepenuh hati akhirnya KEDA megah berdiri sebagai sebuah piramid yang tingginya setinggi busut jantan. Paras pinggang pun tak ada.
Apa yang pentadbiran KEDA buat selama 10 tahun ini? Kegagalan demi kegagalan tadbir urusnya telah melingkupkan KEDA.
Tentang politik yang caca merba tak perlu diulaskan. Ngah sendiri punya kad ahli UMNO dan anak-anak ngah semuanya UMNO. Bila nak minta bantuan, rata-rata kenalan berkata janganlah minta pada KEDA kerana KEDA hanya untuk bukan UMNO. Terbaru yang Ngah dengar adalah tugas penting membawa Kedah ke tangan UMNO adalah digalas oleh PKR. Mengapa CEO KEDA tak sensitif perkara ini? Bila dirisik tanya maka terhamburlah kata-kata di kalangan pekerja-pekerja KEDA bahawa bos KEDA selalu menapak ke Kuala Lumpur. Hanya sehari dua berada di Kedah.
Kisah-kisah gelap KEDA berlegar luas di kaki-kaki lima bangunan UMNO. Rata-rata pekerjanya dari pekerja sehingga pemandu meluahkan kecewa sesama mereka sambil meludah. Inikah organisasi yang sihat?
Ngah mengutip cerita lagi. Kata mereka, KEDA sekarang ditadbir oleh pelakon-pelakon wayang opera. Yang mereka nampak cara menaikkan KEDA adalah melalui program-program hiburan, sukan dan progam tempelan yang hanya memeriahkan KEDA di atas suratkhabar tetapi bila jejak kaki ke dalamnya, sampah dan kekotoran sudah cukup menampakkan bahawa KEDA sudah tidak punya apa-apa.
Khabarnya Dato' Bashah terkehel gusi dan gigi berlapik nada dan percakapan bagi menjaga hati pentadbiran KEDA walaupun dalam hati dipenuhi kepanasan. Masakan tidak. Senyuman di muka tetapi gumpalan hati mengejek berkata Dato bodoh bercakap ada dalam hati-hati mereka. Bila keluar sesama sendiri, mereka bergelak ketawa dan mengejek.
Rata-rata pekerjanya bila ditanya berpendapat sekurang-kurangnya Dato' Bashah yang mereka kata bodoh itu bercakap lebih banyak isi dan sampai ke dalam hati keluarga KEDA berbanding CEOnya yang bercakap seperti kereta hilang arah dan enjin tersumbat. Siapa yang bodoh sebenarnya?
Ngah bukan sehari dua ini kenal Dato' Bashah dan sebab itu Ngah rasa agak keterlaluan panggilan bodoh dilemparkan kepada Dato Bashah. Semalam telah membuka lembaran pemikiran dan kesedaran baru kepada KEDA. Menjadi seorang CEO dan pemimpin adalah berbeza kriteria, semangat dan pemikiran. Sekurang-kurangnya Dato' Bashah memberi imej bersih dan jelas tentang kualiti YB UMNO daripada CEOnya yang jelas mengambarkan bahawa pegawai Kerajaan hanya layak bersuara dalam lingkungan meja mesyuarat sesama pekerja mereka. Jauh sekali mennyentuh tentang ekonomi dan sosial masyarakat.
KEDA akan terus malap untuk masa-masa hadapan.
Ngah61



























