TUNJUKKAN AKU SATU BLOGGER CINA YANG SOKONG BN

Jumaat, 30 September 2011
PancungRapat hari ni nak memancung belia-belia Cina.

Nama pun pancung, mesti pancung sampai rapat...takdak lapik-lapik punya.

Kalau hangpa tengok kemeriahan blog politik, sahih hangpa nampak, punya la banyak blog-blog budak Melayu yang kerja dia dok hentam kerajaan BN. Tapi semenjak Tun Dol letak jawatan, aku nampak lebih banyak meriam dok tala balik kat pembangkang. Nampak ada keseimbangan la antara pro dan kontra orang Melayu. Boleh nampak la politik orang Melayu, termasuk dalam cyber pun tidak berdasarkan perkauman.

Kalau hangpa perhati tengok pula dalam blog-blog dan forum kaum Cina, lagi sahih hangpa nampak punya la dok gasak kerajaan BN 24 jam sehari, 365 hari setahun. Dan dalam setiap posting depa pasti depa dok sindir orang Melayu. Cuma beza yang ketara ialah, takdak nampak satu pun blog atau forum puak-puak ni yang pro BN.

Pasai harga kereta, minyak enjin, spare part kereta dan apa saja isu... dan kalau boleh, bulu depa hak tak dan cukur pun, depa nak tuduh kerajaan BN punya salah, dan kalau tak hentam BN tak hentam Melayu sekali, tak cukup Malaysian katanya. Nak jadi Malaysian, kena boleh cakap orang putih sikit-sikit dan yang penting mesti hentam kerajaan.

Tengok benda-benda macam ni aku heran la juga, ada satu parti yang namanya Gerakan, dan satu lagi parti namanya MCA, depa ni buat apa? Buat tempat nak tadah jawatan dari kuota kaum saja ka? Dah dapat jawatan taraf Menteri walaupun tak menang kerusi parlimen, kena la sedag sikit. Belajar la berterima kasih, jangan dok jadi tukang tuntut ikut selera chauvinis DAP saja. 

Belia-belia Cina kena diberi kesedaran, bahawa tok nenek moyang depa mai tanah Melayu dulu tu bukan la sebab nak bangunkan Tanah Melayu, tapi depa dulu nak cari kehidupan yang lebih baik. Maknanya, duduk bawah kerajaan yang diperintah Cina di China tu lebih teruk keadaannya. Kalau tak percaya, pi la pindah balik dok sana kat Negara China nun, tempat yang tak buruk dan dajal macam Malaysia ni. Awat dok tunggu? Mau apa lagi kat sini?

Orang Melayu kena sedar la, jangan dok ikut Melayu Haprak yang dok kempen bagi DAP menang tu, hancur bangsa. Belia Cina lagi dok syok kata Melayu boleh diperbodohkan, belia Melayu  pakatan masih dok perasan kata depa tu berfikiran terbuka konon.

PancungRapat
Read Full 0 comments

Kenapa PAS Tidak Mungkin Berpadu dengan Umno?

Halangan PAS Untuk meninggalkan PKR serta DAP dan mempertimbangkan perpaduan dengan UMNO bukanlah dari akar umbi. Ia juga bukan dari pemimpin tertinggi PAS, tetapi halangan sebenar adalah golongan cari makan dalam PAS.

Golongan profesional yang dikatakan profesional dalam PAS kebanyakannya merupakan golongan loser didalam bidang pekerjaan mereka kerana tidak mampu bersaing akibat dari ketaksuban dan kejumudan fikiran mereka. Namun apabila PAS berkuasa, golongan inilah yang paling kuat melobi dengan menjual jawatan profesional mereka agar dapat masuk kepentadbiran negeri dan glc-glc.

Jika berlaku penyatuan, prestasi mereka di GLC akan dinilai dan mereka akan terpaksa bersaing intelektualiti dengan profesional dari parti bukan pas, yang mana pada waktu ini, sentimen politik tidak boleh digunakan lagi untuk mengauta kepimpinan. Maka harapan cerah profesional-profesional ini akan hilang jawatan dan nikmat.

Jadi, mereka ini akan gunakan apa saja isu, termasuk sejarah kononnya dianiaya Umno untuk menolak perpaduan.

Golongan ini adalah anak didikan Anwar Ibrahim sebenarnya yang menyamar menjadi tok-tok lebai PAS yang pada suatu masa dulu hanya naik atau kaya kerana menjadi kroni Anwar. Yang sahihnya mereka adalah loser yang tidak dapat bersaing dari segi intelektual, kepandaian serta kebolehan dalam apa saja bidang yang mereka ceburi, kecuali bidang bodek serta mengipas pemimpin.

Kini PAS dipenuhi dengan golongan loser penyokong Anwar yang sedang bersedia untuk membaham mana-mana pemimpin demi survival mereka. Dan PAS bakal berkubur jika mengikut cara politik mereka ini!

Read Full 2 comments

Dulu Lain Kini Lain

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Persoalan yang mula-mula bermain difikiran setiap rakyat Kedah sebelum PAS memerintah semasa kempen PRU 12 dimana mereka mencanangkan keseluruh pelosok Negeri Kedah dari Barat Ke Timur dan Utara Ke Selatan bahawa merekalah yang layak memerintah Kerajaan Negeri Kedah. Mereka tidak mengamal rasuah, akan laksanakan undang-undang mengikut Islam, terdiri dari para Ulamak yang berpendidikan tinggi, pemimpin berintergriti, menjaga kebajikan rakyat, sentiasa mengamalkan kesederhanaan dan banyak lagi.

Pemimpin PAS paling lantang di Kedah ialah Mahfuz Omar, Ustaz Azizan, Amiruddin, Pakrolradzi, Ahmad Yahya dan tak cukup dengan itu dipanggilnya ulamak rock mengadakan konsep ceramah dan banyak lagi daripada golongan penyokong PKR.

Kini setelah bermula episod memerintah Kedah, pertama kali kesalahan MB Kedah ialah memakai bow tai. Kalau dahulu mereka mengecam habisan pemimpin BN yang memakai bow tai. Pemimpin BN yang paling popular iaitu Kadir Sheik Fadzir yang amat hebat dikecam mereka. Tetapi apabila MB Kedah dikecam hebat, maka mereka mengeluarkan fatwa bahawa tiada menjadi kesalahan dalam hal agama. Persoalannya mengapa orang lain pakai mereka mengatakan mengayakan pakaian serta mengikut pakaian kristian.

Pergolakan kedua terus berlaku apabila kantung kewangan Kedah mula kering dimana MB Kedah mengugut akan menebangkan semua pokok-pokok balak termasuk dalam empangan yang menjadi tempat tadahan air untuk minuman dan pertanian jika Kerajaan Pusat tidak membantu hal kewangan.

Kalau dahulu pemimpin BN dikecam kerana bermain golf hingga melupakan tanggungjawab terhadap negeri dan lali dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhan iaitu jahil. Bila PAS memerintah kalangan pemimpin mereka leka dengan permainan golf ini kerana bertaraf elit dan isteri-isteri mereka pun mulalah bergaya dan berfesyen seluar ketat, berkaca mata hitam dan adakalanya azan berkumandang menandakan sudah tiba waktu solat tetapi mereka masih kusyuk mengerjakan solat golf.

Perkara yang paling ketara mereka bangunkan billbord dipasang hampir pelusuk Negeri Kedah. Persoalannya mengapakah perlu dihabiskan wang untuk billboard ini sedangkan ianya amat berfaedah digunakan untuk menguruskan infrastruktur sediada seperti jalan raya, pembersihan, pengurusan sampah dan sebagainya. Mungkin itu saja jalan mudah dan kepakaran Pemimpin PAS Kedah untuk mengaut keuntungan cepat.

Kalau semasa zaman MB Kedah iaitu Dato' Mahadir Khalid dikecam kerana menghabiskan wang rakyat dengan menyewa jet eksekutif untuk urusan jabatan. Tiba-tiba MB Kedahpun menyewa sebuah jet eksekutif ke Negeri Brunei kononnya untuk menyampai jemputan sempena hari KDYMM Tuanku Sultan Kedah.

Begitu juga mereka kata MB Kedah dulu bazirkan duit berkereta jenama mewah. Belumpun Dato Dir Khalid panas pungkur tiba-tiba Kedah diperintah oleh PAS dan ianya kini digunakan oleh MB PAS Kedah tetapi beliau rasa malu menggunakan kereta jenama Malaysia, justeru itu dalam kekawangan kewangan Kerajaan Kedah membeli Toyota Camry dalam menggantikan Perdana yang dikatakan low class atau kualiti. Tak lupa MB dengan Merc 350 nya.

Persoalannya apakah ini tidak menggunakan wang rakyat.

Gelombang kepanasan mula terasa apabila banjir mula melanda pertama kali PAS memerintah dimana kawasan yang dipenuhi ahli2 PAS ditenggelami air di kebanyakan kawasan Gunung Keriang dan Padang Hang.

Anehnya ADUN BN daripada Kuala Nerang dan lain kawasan turun membantu sehingga terpaksa mengharungi kawasan-kawasan ADUN PAS. Akhirnya mula Amirruddin menghantar sebuah Van lambang PAS untuk menunjuk merekalah yang membantu tetapi hakikatnya muslihat sahaja.

Bermula titik tolak itu diperlihatkan perangai pemimpin PAS sebenar; ditonjolkan pembohongan dan penipuan sebenar mereka. Tidak cukup dengan itu Pemimpin PAS mula memainkan sentimen merampas tabika Kemas, dewan-dewan serbaguna yang dibina BN tanpa perasaan dan berperangai seperti haiwan yang tiada ada belas ehsan.

Semua Syarikat GLC diambil alih oleh pemimpin PAS yang mengaku mereka kononnya Pakar Ekonomi dan Ahli Perniagaan terkemuka didunia ini. Kedah Event diberi kepada Adullah Osman bekas KCS Kedah sebagai CEO. Beliau pernah menjawat jawatan di PTG Kedah dizaman BN (Ahli PAS)  di Bahagian Pengambilan Tanah dimana setiap syarikat perumahan dan pengambilan perlu mendapat kelulusan bahagian ini.

Diera MB Kedah dibawah pemerintan BN, seorang pemimpin PAS dari DUN Bukit Pinang ligat mengatakan Kerajaan BN amalkan rasuah. Tetapi beliau lupa bahawa semasa beliau menjawat jawatan KCS Kedah terlibat di bahagian tanah dan PTG sebagai Pendaftar Surat-Surat Hakmilik banyak melakukan amalan jelik terhadap pemaju Perumahan, Pemaju perumahan yang paling popular masa itu dikenali senagai Apek Cayment, Penguamcara, syarikat berurusan dengannya. Malangnya BN yang dapat nama angkara mereka. Justeru itu tidak hairan kerana ini semua kebanyakan pekerjaan mereka sebaliknya dipalitkan kepada BN. Kita lihat budi baik pekerti pemimpin PAS ini semasa menjawat jawatan awam yang melakukan perkara tidak senonoh dengan staff perempuan dan hinggakan dibawa kemuka pengadilan. Beliau paling suka pada perempuan bertubuh besar dan matanya sentiasa terbeliak dan diselindung disebalik ketayap putehnya.

Amirudin dengan isteri keduanya yang dikatakan kekasih lama. Dikatakan yang isteri masih bersuami selepas mereka bercinta dan berkasih semula. Akhirnya hancur sebuah rumahtangga. Bukan rumahtangga sahaja yang runtuh tetapi KHTP sudah ditinggalkan jauh dari segi pelaburan baru. Ini adalah dibawah jagaan beliau.

Perlbagai kerenah yang dulunya mereka jadikan peluru untuk hentam pemimpin-pemimpin BN menjadi kebiasaan kepada mereka kini. Hukum-hakam Islam hanya dikenakan ke atas kepada orang UMNO. Kepada mereka semua boleh ....



Read Full 3 comments

Jawapan kepada Budget Kedahlanie

Budget 2012 bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Sudah berbunyi pelbagai insentif dan kejutan bakal diberikan dalam budget ini. 

Dan yang paling ketara kedengaran ialah bonus 2 bulan yang diminta kesatuan pekerja awam. Itu yang menjadi harapa semua kakitangan awam. Cuma Kedah Times nak peringatkan kepada kakitangan yang masih dok bangkang, fikirlah ... jangan asyik dok bangkang terhadap kerajaan yang memberi bonus dan segala kemudahan.

Ini budget 2011 yang disiarkan blog-blog pro Pakatan pada tahun lepas. Kita bakal tunggu bagaimana pulak budget mereka untuk 2012. 

Untuk itu kita ingatkan kembalik apa janji-janji budget bodoh PR.


Antara item bajet 2011 alternatif yang disediakan oleh blog pro pembangkang yang tak ikhlas berblog selain hanya nak umpan pembaca kepada iklan-iklan spam-nya. Baca sini atau ikutilah dibawah :

Apa yang penduduk Malaysia mahukan dari belanjawan negara 2011. Mereka mahu supaya:

Harga bawang putih yang naik RM9.50 sekilo diturunkan pada harga baru RM1.60 sekilo.

IPCMC alat untuk mengawal aktiviti polis tetap diadakan supaya keadilan dilihat dilaksanakan.

Ombudsman - jentera menilai dan menerima aduan orang ramai terhadap penjawat awam dan politikus di Malaysia dikuatkuasakan kewujudannya serta merta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah kawalan Perdana Menteri.

Hakim-hakim akan dilantik oleh satu jawatankuasa khas parlimen. Peruntukan diberikan dalam belanjawan untuk Jabatan Kehakiman. Bebaskan badan ini dari cengkaman eksekutif.

Konsep baru insuran kenderaan diwujudkan di mana pengguna tidak akan dibebankan dengan premium yang mencekik darah.

Harga susu, ikan, tepung, ayam, gula, cabai, sayur-sayuran, roti dan keperluan dapur dimansuhkan cukai jualannya serta merta sama seperti yang dilakukan terhadap barangan kelambu, seluar dalam, minyak pewangi dan sebagainya.

Duti impot kenderaan akan dikurangkan 70% sama seperti di negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara yang dipimpin oleh manusia bertamadun.

Jalur lebar akan dibekalkan percuma kepada masyarakat di kampung-kampung sebagai agenda mencelikkan mereka yang buta IT.

Kadar baru tol dengan penurunan 40% berkuatkuasa serta merta.

Semua sekolah agama rakyat akan dibiaya percuma termasuk bayaran utilitinya ditanggung oleh kerajaan.

Semua menteri dan penjawat akan diwajibkan mengistiharkan harta berkuatkuasa pagi 01 Januari 2011.

Hak asasi akan diperluaskan lagi selari dengan kehendak rakyat dan NGO.

Peguam Negara diberi peruntukan untuk mengkaji perlembagaan Reid bagi digantikan dengan hukum hudud.

Tambang pengangkutan awam diturunkan 40% sesuai dengan kekayaan minyak negara bagi memudahkan orang kampung menikmati kemudahan kapalterbang, keretapi, bas, lori dan lain-lain lagi.

SPR juga diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen.

Pembiayaan untuk mendapatkan hak pendidikan diberikan percuma sehingga ijazah pertama.

Kementerian kesihatan dirombak dan masyarakat diberikan rawatan kelas pertama secara percuma tanpa perlu menunggu lama.

Hapuskan segera 'menternak' rasuah di PDRM, Pejabat Tanah, JKR, Jabatan Kastam , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Imigresen.

Kembalikan kebebasan media dan hapuskan akta-akta dracula.

Cuti bersalin yang baru. Cuti yang diumumkan sama seperti jumlah sebelum ini.

Kecilkan saiz kabinet Malaysia dan perkhidmatan awam.

Hapuskan cukai bahan-bahan binaan rumah supaya pembeli dapat menikmati harga rumah pertama yang lebih rendah.

Turunkan kadar pinjaman rumah dan kenderaan penjawat awam pada 1%.

Inilah diantara apa yang rakyat harapkan tetapi tidak dapat.
Read Full 2 comments

Agenda merosakkan Melayu dan Islam

Khamis, 29 September 2011
PKR yang sudah sah menjadi dalang dalam segala kerosakkan yang sedang dan bakal dilakukan ke atas orang Melayu dan Islam.

Kini dalam PAS sudah menular agen-agen yang sedang dan bakal merosakkan lagi Islam dan umat Melayu. Khalid Samad dengan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kristian, kini Mat Sabu dengan agenda merosakkan sejarah Melayu dan Tanah Melayu serta Islam.

Mari kita tonton video ini.
Read Full 0 comments

Malaysia Kini Sentiasa Konsisten.......Dalam Berbohong

Petikan artikel dari Blog Zulkifli Noordin dibawah menjelaskan berkenaan pembohongan terbaru dari Malaysiakini yang ditermakan sebagai putar belit. Ianya berkenaan kononnya Dr. Asri memohon maaf kepada Anwar kerana memintanya bersara.

Sebenarnya, Malaysiakini bukan tidak faham dan tersilap papar, sebaliknya itulah amalan "istiqamah" Malaysiakini, iaitu bohong tetap bohong. Malaysiakini menggunakan alasan pemberitaan dari perspektif berbeza, walhal, kandungannya bukan soal perspektif, tetapi pembohongan yang nyata.

Antara contoh sebelum ini ialah, apabila wartawan mereka ditahan kerana menceroboh bilik media di PWTC (kerana masuk tanpa kebenaran), tapi laporan Malaysiakini adalah "Wartawan Malaysiakini dihalau". 

Ceritanya serupalah perompak sedang yang merompak dipukul oleh tuan rumah, maka dia akan buat cerita bahawa "saya di pukul ketika masuk kerumah". Memanglah betul  dipukul, memanglah betul awak masuk kerumah, tapi kenapa tak cerita awak merompak.

Sudah banyak kali pembohongan Malaysiakini terpaksa dibetulkan oleh tuan empunya badan, tetapi pernahkah sekali anda membaca permohonan maaf dari Malayskini? Tidak pernah sama sekali.

Malah, sudah banyak kali apabila terbukti berita yang disiarkan Malaysiakini didapati merupakan satu pembohongan, jangankan meminta maaf, Malaysiakini akan senyap dan berlalu dari isu tersebut tanpa rasa bersalah pun, malah seolah-olah misinya usdah tercapai..iaitu berbohong.

Cuba fikirkan berapa banyak pembohongan yang dibuat dalam kes-kes seperti kes kematian Teoh Beng Hock, yang mana simati tidak lagi dapat kembali memperbetulkan penipuan oleh Malaysiakini. Pembohongan seperti ini akan terus diambil sebagai benar dan menjadi fitnah yang boleh membawa bencana politik yang dahsyat.

Terbukti, Malaysiakini begitu konsisten berbohong..

Putar Belit Lagi
Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Salam 2 all.

Media portal pro pembangkang MalaysiaKini cuba memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri Zainul Abidin dengan membawa tajuk berita dalam siarannya semalam 09.11.2010 dengan tajuk "Asri mohon maaf cadang Anwar 'bersara'. Isi beritanya pula menyatakan "bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memohon maaf atas pandangan sebelum ini yang mencadangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya "bersara politik."

Sedangkan kenyataan Dr. Asri sebenarnya jauh daripada yang dilapurkan. Malahan Dr. Asri tetap dengan ketegasannya menasihatkan Anwar supaya berundur daripada politik, malah sudah menjadi "dinasour PKR" pun.
Sebenarnya Dr. Asri telah membuat surat terbuka kepada Anwar semalam, yang kenyataan penuhnya teman lampirkan dibawah. Bagi yang berminat, boleh layari sendiri laman web www.drmaza.com.
Malah teman cuba memastikan kesahihan lapuran MalaysiaKini tersebut dan menghubungi Dr. Asri sendiri. Ini saya lakukan kerana ALLAH memerintahkan kita umat Islam supaya berhati-hati dengan berita daripada fasik, apa lagi kalau kafir (surah Al Hujurat: 6). Dan Dr Asri, yang sedang berada di Tokyo, menghantar sms pada jam 11.16.32am 10.11.2010 kepada teman saperti berikut:

"Saya tidak pernah tarik balik atau menyesal dengan kenyataan mencadangkan dinasour-dinasour politik termasuk DSAI bersara. Surat terbuka saya jelas dalam ini. Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau kecil hati. Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini".
Nah, begitu pendapat seorang ulama', penuh dengan adab dan kesopanan. Tetapi sayang ada pihak cuba mengambil kesempatan dan memutarbelitkan kenyataan Dr. Asri. Sebenarnya inilah politik kotor yang diamalkan: pembohongan dan cakap tak serupa bikin. Dan ini jelas daripada lapuran media portal pro-pembangkang ini. Kalau ini pun pak-pak jangoat badut ingusan masih buta tak nampak, memang jelaslah jiwa mereka sudah "summum bukmum 'umyum fahuum".

Semoga ALLAH menyelamatkan kita daripada bahana fitnah di zaman fitan ini.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Zulhijjah 1431
10 Nov 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Dari laman web "www.drmaza.com")

SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI

Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan ‘digunakan’ itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.

2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang ‘pemikir politik’ yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian ‘tidak mesra kerajaan’ dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu ‘pengunduran DSAI’, saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai ‘instinct’ tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.

3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak ‘garang’. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.

4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.

5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.

6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.

7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.

8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata ‘andaian saya salah!’. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.

9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.

Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.

Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m
Read Full 0 comments

Itu Bukan Anwar. Itu Jin Anwar. Anwar Hanya Ada Wan Azizah

Wan Azizah nampaknya bakal menerima pujian dan kutukan dari suaminya sendiri.

Pertama, kerana akhirnya Wan Azizah berjaya juga kemukakan bukti jam Omega milik suami 'Anugerah Tuhan' ada padanya.

Kedua, Wan Azizah pasti akan dicemuh hebat kerana kelalaian menyimpan jam Anwar merata-rata. Itulah ganaz sangat dalam bilik tidur. Habis barang-barang tenggelam dengan 'spender besar' Anwar saja.

Dan mungkin PAS terutamanya Nik Aziz akan tersenyum girang sebabnya jam Omega anwar sudah dijumpai. Anwar memang telah difitnah. CheNed nak ucapkan selamat ditipu lagi oleh Wan Azizah sekeluarga. Keadilan untuk anu Anuwar bakal dicapai.

Ingat ye. Tak lama lagi selepas beberapa video Anuwar didedahkan, jam omega akan ditunjukkan oleh Azizah.

Pendapat CheNed, Jam Omega boleh dicari di merata tempat, di seluruh dunia dan boleh ditiru-tiru. Tetapi kemaluan Anwar Ibrahim tak boleh dibeli di mana-mana pasar malam atau negara mana pun. Kurnia Allah pada setiap insan yang bergelar lelaki.

Andai kata hanya sepasang jam tangan sebagai bukti Anwar bukan lelaki 2 kali pancut, makanya siapa yang rakyat tonton dalam video tersebut?

Hantu raya Anwar kot...

Tak habis-habislah nak nafi. Satu keluarga dah jadi contoh tak baik bagi semua lapisan masyarakat. Dari dulu sampai la asyik menipu dan bercakap bohong saja. Tak penat ke? Kalau tolong bela suami, suami hargai dan sayangi tak apalah juga tetapi bela punya bela, suami sontot depan belakang lelaki dan perempuan mana yang dia suka. Dapatkan keadilan untuk dirimu sendiri wahai Wan Azizah.. Barulah kita tengok samaada keadilan yang dilaung-laungkan oleh suami kamu itu releven.
Read Full 0 comments

Menyokong PAS menentang kerajaan adalah BERDOSA!


Isu Berdosa Menyokong PAS : Ini Jawapan Saya!

Saya ditanya oleh seorang rakan, mengapa saya mendakwa bahawa menyokong PAS untuk menentang kerajaan UMNO/BN yang memimpin pada hari ini merupakan perbuatan dosa. Maka, saya menjawab secara spontan - "Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya menentang pemerintah Islam, sekali pun terdapat kezaliman dalam pentadbirannya. Selagi pemerintah Islam tersebut mengerjakan solat dan tidak menyuruh rakyat mensyirikkan Allah, maka adalah wajib bagi rakyatnya untuk taat dengan pemerintah Islam yang sedia ada, sekali pun mereka zalim. Perbuatan para pemimpin PAS yang menghina, mengaib, mencari-cari dosa pemerintah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam UMNO/BN adalah perbuatan zalim dan akan diadili oleh Allah kelak. Ini bukan cara dan kaedah Islam. Lantaran itu, saya pertahankan kenyataan saya tersebut dengan hujah-hujah saya di bawah ini. Semoga Allah membukakan hati kita kepada kebenaran.

1. Kebanyakan daripada pejuang-pejuang Islam atau para pemimpin parti politik Islam yang bergerak cergas dalam sesebuah negara yang diperintah oleh umat Islam sangat tidak suka untuk membicarakan hadis ini, iaitu hadis yang berbunyi, Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

2. Seringkali apabila golongan pejuang-pejuang Islam ini membincangkan hadis di atas akan mengemukan hujah-hujah yang dangkal serta jauh terpesong daripada kebenaran bagi menghalalkan perbuatan mereka yang menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintahan umat Islam yang sedia ada – kononnya atas nama menegakkan perjuangan Islam tulen menurut tafsiran mereka. Dakwaan golongan ini lagi – pemerintahan Islam yang sedia ada, masih belum benar-benar Islam dan cara terbaik adalah menjatuhkan pemerintahan Islam itu, walau dengan apa-apa cara sekali pun! Kenyataan ini adalah kenyataan yang tersasar daripada roh Islam dan tuntutan sunnah Rasulullah.

3. Di Malaysia sebagai contoh, kerajaan UMNO/BN yang dituduh zalim oleh Parti Pembangkang merupakan sebesar-besar fitnah – dan tidak pernah dalam sejarah kerajaan pimpinan UMNO/BN memukul belakang serta merampas harta benda rakyatnya. Hatta sekali pun kerajaan UMNO/BN merampas harta dan memukul belakang rakyatnya – Islam tetap menyuruh agar rakyatnya taat terhadap pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim pada setiap zaman. Apakah pernah kita mendengar Imam Ahmad bin Hambal yang diseksa di penjara mengerahkan para pengikutnya agar melakukan pemberontakan menentang kerajaan al-Makmun yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk? Walaupun secara terang-terangan al-Makmun telah melakukan kezaliman terhadap agamanya sendiri.

4. Perlu diingat, Imam Ahmad diseksa dan dipenjara dalam tiga zaman kekhalifahan, iaitu semasa Khalifah al-Makmun, al-Mu’tashim dan al-Watsiq – seksa yang diterima oleh Imam Ahmad jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan PAS pada hari ini. Namun demikian ternyata, Imam Ahmad tetap berpegang teguh dengan sabda nabi di atas.

5. Pernah terjadi ketika Khalifah al-Wathiq menyatakan bahawa al-Quran itu baharu (makhluk) dan Allah tidak dapat dilihat di akhirat, maka datanglah sekumpulan ulama fiqh dari Baghdad kepada Imam Ahmad untuk mengajaknya menentang al-Wathiq. Mereka berkata, “Sesungguhnya perkara ini telah tersebar dan telah menjadi besar”. Lalu Imam Ahmad bertanya, “Apa yang kamu mahu?”, Jawab mereka, “Kami tidak lagi menerima kepimpinan dan penguasaanya.” Maka Imam Ahmad berbahas dengan mereka dengan berkata, “Jangan kamu keluar daripada ketaatan, jangan kamu pecah belahkan urusan orang Islam, jangan kamu tumpahkan darah kamu dan darah orang Islam lain bersama kamu. Perhatikan pada akibat perbuatan kamu dan bersabarlah sehingga perkara ini selesai. Ini (menderhaka) adalah bersalahan dengan athar yang memerintahkan kita supaya bersabar menghadapinya, Rasulullah s.a.w bersabda…(seperti mana hadis di atas).”

6. Begitu juga dengan riwayat hidup Imam Abu Hanifah, beliau ditangkap dan diseksa kerana menolak jawatan Pengetua Sekretari Gabenor yang ditawarkan oleh Yazid bin Hurairah al-Fazzari yang merupakan gabenor Iraq pada ketika itu. Imam Abu Hanifah dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu. Lima belas hari kemudian beliau dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari kemudian, gabenor menawarkan menjadi kadi, Imam Abu Hanifah tetap menolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan.

7. Namun demikian, Imam Abu Hanifah tetap dengan pendiriannya. Sampai beliau dibebaskan setelah cukup 110 kali cambukan. Akibat daripada pukulan itu, muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja dilakukan bagi menghina Imam Hanafi.

8. Soalnya – apakah ada kita mendengar Imam Abu Hanifah mengerah para pengikutnya agar melakukan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan Gabenor Yazid? Seksaan yang dialami oleh Imam Abu Hanifah di atas jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz – dan adakah kita mendengar Imam Abu Hanifah menghasut para pengikutnya agar memberontak, mencerca, menghina dan memburukkan pemerintahan Yazid pada ketika itu? Jawapannnya – tiada.

9. Apakah ada kita mendengar sejarah hidup Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Ghazali, Imam Ibn Taimiyyah, Imam Malik dan Imam Syafie menyeru para pengikutnya agar mencerca, menjatuhkan dan mengaibkan pemerintah Islam pada zaman mereka? Walaupun semua orang tahu, pada zaman para imam tersebut tidak kurangnya kezaliman yang dilakukan oleh para pemerintah terhadap ulama dan rakyat jelata – bahkan tidak terperi lagi penyelewengan akidah yang berlaku pada zaman mereka, termasuklah pengaruh fahaman Muktazilah yang mewarnai pentadbiran kekhalifahan pada saat itu. Tetapi, kita tidak pernah mendengar walaupun pun sedikit bukti yang menunjukkan para imam di atas menyeru kepada rakyat dan para pengikutnya, agar melakukan pemberontakan, demostrasi, memburukkan pentadbiran khalifah, mengkafirkan khalifah/pemimpin Islam, mengapi-apikan rakyat agar membenci khalifah dan menjatuhkan kepimpinan Islam – sekali pun mereka dizalimi oleh pemerintah! Inilah sebenarnya jalan yang ditempuh oleh para ulama muktabar dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim.

10. Dalam sebuah hadis, Wail bin Hujrin r.a meriwayatkan, katanya : Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah SAW ; Wahai nabi Allah, bagaimana pendapat anda, jika para penguasa bangun meminta hak mereka atas kami dan mereka menahan hak kami? Apakah yang anda hendak perintahkan? Rasulullah bersabda : Dengar dan taatlah, mereka hanyalah akan menanggung apa yang dipikul ke atas mereka dan kamu akan menanggung apa yang dibebankan ke atas kamu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim) Jelaslah, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam berhadapan dengan pemerintah yang didakwa berlaku zalim. Bahkan, Islam mewajibkan rakyat agar taat kepada pemerintah, sekali pun mereka zalim, bagi menghindari mudharat yang lebih besar.

11. Namun demikian, ketaatan tersebut ada batasnya. Sekiranya pemerintah menyuruh rakyatnya melakukan maksiat atau menentang Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan dalam soal itu. Hal ini sudah dijelaskan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan berkata; "Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau pun yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya, Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan sesuatu daerah melalui penguasa walau pun jahat. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat Asy-Syu'ab).

12. Ulama-ulama salaf sangat tegas dalam soal ketaatan kepada pemerintah, sekali pun pemerintah itu seorang yang zalim. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa melepaskan ketaatan daripada pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa punya hujah (alasan) (Riwayat Muslim. Kitabul Imarah Syarah Nawawi), dan sabda Baginda lagi, “Tiap-tiap orang yang berkhianat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianat si Fulan (terhadap pemimpin) (Riwayat Muslim dan Turmizi). Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar r.h, " Dalam hadith ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan di larang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya. (Lihat Fathul Bari Jilid 13 halaman 68).

13. Bahkan dalam hal ini Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah pernah berkata, “Orang fasiq sekiranya mereka memerintah supaya mentaati Allah, maka tidaklah haram mentaati mereka dan kewajipan itu tidak gugur disebabkan oleh perintah itu datangnya daripada orang fasiq. Begitu juga halnya sekiranya orang fasiq itu bercakap benar, maka tidak harus beliau didustai. Kewajipan mengikuti kebenaran tidaklah gugur kerana sesuatu perkara itu diperkatakan oleh orang fasiq”

14. Malah, hujah al-Hafiz Ibnu Hajar di atas dikukuhkan lagi dengan kenyataan Ibnu Abi Hatim r.h yang berbunyi , "Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahwa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya, bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita , bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab, Jangan! Biarkan mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi ! Al-Jamaah,al-jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar Firman Allah: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada Tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai. ( Lihat tafsir Ibnu Hatim 2/455).

15. Dalam sebuah hadis lain, Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya dari penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiannya adalah kematian jahiliah. (Hadis Shahih Riwayat Bukhari) Hadis Ibnu Abbas di atas dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Dengarlah dan taatilah penguasa pada waktu susah dan senang, pada waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu dan memukul punggungmu, kecuali apabila memerintah untuk berbuat maksiat. (Hadis Shahih Riwayat Ibnu Hibban).

16. Manakala, ‘Auf bin Malik al-Asyja’ij meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para imam kamu yang terpilih ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan para imam yang jahat ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya : Ya Rasulullah, boleh kami melawan mereka dengan pedang? Baginda bersabda, Tidak, selama mereka mendirikan solat pada kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalanya dan janganlah kamu menarik tangan kamu daripada ketaatan”. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

17. Ummu Salamah r.a pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci, maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redha dan mengikutnya? Mereka berkata, Boleh kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat”. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

18. Selain itu, Abdullah bin Mas’ud r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar. Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab baginda, Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah. (Hadis Shahih Bukhari dan Muslim).

19. Berkata Imam Nawawi r.a dalam mensyarahkan hadis ini, “Dalam hadis ini terdapat dorongan untuk dengar dan taat sekali pun pemerintah adalah zalim. Maka sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudharatan pemimpin, menolak kejahatan dan berusaha untuk membaikinya. (Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim). Bahkan, Abu Darda pernah berkata,"Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang adalah ketika dia mencela pemimpinnya" (Lihat, At-Tamhid Ibnu Abdil Barr).

20. Inilah sebenar kaedah Islam ketika berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim. Soalnya bolehkah kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh UMNO/BN dilabelkan sebagai kerajaan zalim? Berapa banyak harta rakyatnya dirampas? Berapa banyak kebebasan beragama dalam kalangan rakyatnya dihalang? Apakah UMNO/BN menyuruh agar rakyatnya mensyrikkan Allah? Malah, pernahkah kita bertanya, berapa banyak pula jasa dan kebaikan yang selama ini diberikan oleh kerajaan UMNO/BN kepada rakyat jelata? Bahkan selama lebih daripada 50 tahun Malaysia ditadbir di bawah kerajaan BN/UMNO pernahkah kita mendengar rakyatnya mati kebulur? Atau, kebanyakkan rakyat Malaysia mati, disebabkan terlalu banyak makan?

21. Hakikatnya, umat Islam di Malaysia tidak tahu bersyukur – sudah terlalu banyak kemudahan, kesenangan dan keperluan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah dipenuhi sepanjangan pemerintahan kerajaan UMNO/BN, tetapi kita tidak pernah berasa puas! Realitinya, kita masih terus mencari kelemahan, keaiban dan kekurangan kerajaan untuk dimaki, dicaci dan dikutuk, seolah-olah kerajaan yang terdapat pada hari ini, langsung tidak mempunyai walau sedikit pun kebaikan.

22. Berkata Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz, Mufti Kerajaan Arab Saudi, “Bukanlah dasar ulama salaf mengisytiharkan keaiban golongan pemerintah, menghebahkannya di atas pentas-pentas dan mimbar-mimbar kerana ia boleh membawa kepada kucar-kacir, tidak mendengar dan taat pada melakukan yang makruf serta membawa kepada kemudaratan dan tidak manfaat sama sekali.” Sangat terang dan jelas bahawa Islam tidak mengajar umatnya agar menghina dan mencaci-maki pihak pemerintah, hatta sekali pun pemerintah tersebut diketegorikan sebagai zalim. Malah, menuduhkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN sebagai zalim merupakan sejelek-jelek perkataan dan sebesar-besar fitnah yang dilakukan atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi! Maka adalah jelas berdosa besar sekirannya kita menghina dan mencari-cari keaiban pihak kerajaan. Wallahualam. Tulisan ini juga boleh diperoleh di dalam buku saya berjudul, "Apabila Hari Ini Adalah Masa Hadapan".
Read Full 3 comments

Asalkan duit ... semuanya boleh jadi


Kedah Times nak lihat kerajaan negeri Kedah bentang senarai projek-projek membaikan jalanraya di negeri kedah. Kerana nampaknya jalan masih banyak yang menjahanamkan absorber serta bush kereta-kerata yang melaluinya.  Tayar kereta Kedah Times yang baru saja digantikan meletup di kawasan sempadang Pendang dan Alor Setar akibat jalan yang kurang elok. Tayar baru bebb RM200 sebji.

Lepas tu kita minta Menteri JKR umumkan dana yang dberikan kepada negeri untuk tujuan tersebut. Kita boleh lihat kemana pergi duit yang dikatakan telah diseleweng ke tempat lain oleh kerajaan negeri. Dan tidak lupa Menteri JKR bagi juga senarai asal projek-projek yang dicadangkan oleh JKR Negeri untuk pembaikan dsb. 

Semua tahu dalam keadaan terdesak ini, apa-apa pertuntukan bila sudah disalurkan ke negeri, semua boleh diubah. Mungkin duit untuk perbaiki jalan, dicelok untuk program lain yang bermotifkan politik. 

Nak tebang kayu, kayu bersaiz besar sudah hampir pupus, sekarang kenalah cari duit cara lain pulak. Heheh selain dari cukai UUM, duit JKR pun boleh juga. 

Mungkin kerajaan negeri boleh tubuh satu tabung khas. Apa kata kita namakan tabung tersebut sebagai Tabung Jihad Negeri Kedah. Kita tengok sanggup kah pakcik-pakcik, makcik, abang-abang serta kakak-kakak salurkan barang kemas di tangan serta duit getah sekerap untuk bantu kerajaan negeri!

Ada juga kedengaran yang lor-lori milik JKR dicat dengan warna SADA. Betoi ka?

Kedah seleweng dana Pusat
KUBANG PASU 21 Mei - Kementerian Kerja Raya mendedahkan Kerajaan Kedah antara kerajaan negeri yang didapati menyalahgunakan dana untuk membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri tetapi telah diselewengkan untuk membiayai kos membina jalan-jalan baru di kampung-kampung.

"Di Kedah saya pasti perkara sebegini ada berlaku namun, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.

Shaziman berkata, kementerian kesal dengan perkara itu kerana setiap peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat perlu digunakan dengan betul oleh kerajaan negeri.

"Rakyat tidak nampak perkara ini sebab ia tidak diterangkan dengan betul kepada mereka, jadi saya harap ahli-ahli UMNO dapat menerangkan perkara ini kepada rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, kementeriannya akan mengkaji mekanisme baru yang akan digunakan untuk menyalurkan dana berkenaan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan pada masa depan.

"Kita tidak mahu rakyat keliru mengenai hal ini kerana mereka akan anggap kerajaan negeri yang buat jalan baru untuk mereka sedangkan dana tersebut diberi oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Sementara itu, Shaziman dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri Kedah yang ditadbir pembangkang jelas tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri ini setanding dengan Barisan Nasional (BN).

"Apa-apa hal mereka (kerajaan pembangkang) akan tuding jari kepada Pusat apabila ada masalah.

"Sampai sekarang kita tidak nampak apa pembangunan yang telah dibuat dan semuanya mereka harap kepada Kerajaan Pusat sahaja," jelasnya.
Read Full 0 comments

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) - Pentadbiran


Perkara pertama yang dipaparkan oleh ADUN PAS Jeneri ialah pentadbiran. 3 Tahun memerintah sudah ada ahli PAS berdemo di depan Wisma, tapi mereka menganggapnya tiada apa-apa. Balak ditebang melebihi limit, tidak hairanlah pendapatan balak bertambah.

Kita fikir adakah benar seperti yang diperkatakan?

(PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)
1.PENTADBIRAN

a)Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.

Keterangan:

Pentadbiran sifar rasuah telah dilaksanakan dan akan dipastikan berterusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pegawai/kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan.


Nota: Tidak ada tangkapan dan laporan tak bermakna tiada rasuah.

b)Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.

Keterangan:

Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.

Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewangan negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

Nota : Rakyat tidak merasa apa yang mereka katakan.

c)Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

Keterangan:

Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.

Pengurangan elaun mesyuarat ( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecah sehingga RM 7 juta setahun)

(Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun)

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini

Nota: Sebab tidak ada elaun la kot, maka hampir semua GLC tak bergerak sepatutnya. 

d)Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Keterangan:

Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205% berbanding tahun 2007.

Nota: Lebih banyak balak ditebang. Projek KUIN pun bukan main hebat pertelingkahannya.
Read Full 3 comments

Dr. Mahathir Berfikiran Singkat

Dr. Mahathir berfikiran singkat, Dr. Mahathir Nyanyuk, Dr. Mahathir belum cukup matang. Begitu mudah untuk anda menjadi popular, tapi takkanlah seorang yang digelar intelektual hanya mempuyai idea mencari populariti setara dengan artis murahan.

Tak kiralah anda seorang pensyarah, ahli politik atau penulis buku, cara paling mudah dan murah untuk menjadi popular ialah dengan memburukkan Tun Dr. Mahathir. Jika hendak ditundukkan Tun Mahathir dengan hujah memang tiada kemampuan, jadi cara paling mudah ialah Tun Mahathir secara peribadi.

Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

Memang kebelakangan ini banyak muncul SiTanggang Moden yang tidak lebih merupakan tong kosong, padahal tempat mencari rezeki pun hanya menumpang atas dasar yang dicernakan oleh orang yang mereka tuduh tidak matang itu.

Tetapi apa yang hendak diperkatakan disini ialah bagaimana Azmi Shahrom ini tidak pun dikenali sebagai cendikiawan yang pernah menyumbang apa-apa kepada negara. Malah kami cabar orang seperti Azmi Shahrom ini, jika beliau benar-benar matang dan bijak, keluarlah diri dari kepompong perlindungan dan kuota di Universiti Malaya dan cuba dapatkan kerja dari universiti swasta atau universiti antarabangsa.

Kalau populariti pun dicari dengan mengkritik peribadi Negarawan, memang jelas Azmi Shahrom ini bukan seorang yang kompetetif dan mampu bersaing diluar.
Read Full 0 comments

Lompat

Selasa, 27 September 2011
1. September 2008, Anwar Ibrahim mempelopori lompat parti dengan begitu hebat sekali, mengajak ahli Parlimen BN untuk lompat parti bagi menjatuhkan kerajaan BN. Tiada komen tentang moral dan juga isu pengkhianatan mahu pun rasuah. Lompat Parti pada waktu itu adalah sesuatu yang suci dan afdal.

2. Apabila Seorang ADUN Umno Perak melompat parti kepada PR, Nizar mengalu-alukan lompatan tersebut denga pujian. Tiada isu moral atau etika dibangkitkan oleh sesiapa, waima yang bertaraf Tok Guru Murshid tentang hukum atau etika apabila menukar arah perjuangan. Lompat parti kini disahkan sebagai perbuatan suci dan digalakkan oleh PR sendiri.

3. Beberapa hari kemudian, 3 ADUN PR Perak pula melompat kepada Bebas, secara tiba-tiba lompat parti menjadi sesuatu yang sangat busuk. Pelbagai fatwa, hukum, tuduhan dibuat bagi menunjukkan betapa buruk, jijik, haram dan hinanya melompat parti. Lompat parti menjadi haram seharam-haramnya.

4. Dua minggu yang lalu, Anwar Ibrahim sekali lagi mewar-warkan bahawa terdapat 3 ADUN Umno Perak akan melompat parti kerana tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Perak. Tidak ada satu fatwa, isu moral, isu etika dibangkit oleh pemimpin malahan mereka dari kelompok "pemfatwa-pemfatwa" dalam PAS, PKR dan DAP yang menentang lompat parti. Lompat Parti adalah sesuatu yang suci dan halal sehalal-halalnya.

5. Dua hari yang lepas, ADUN Malim Nawar melompat keluar DAP dan menjadi Bebas. Maka, secara tiba-tiba, soal moral, janji, pengkhianatan dibangkitkan. Lompat Parti kembali menjadi sesuatu yang kotor dan jijik sejijik-jijiknya dan haram seharam-haramnya.

6. Jika perkara asas dan telus sebegini mereka boleh amalkan dwi-standard sebegini, bagaimana tentang perkara-perkara yang tidak telus.

7. Anwar ada kes video lucah dan kes liwat Saiful tapi beliau tidak pernah menyentuh tentang moral.

8. Mat Sabu dengan penghinaan ke atas polis-polis yang mempertahankan keamanan negara. Tiada isu moral disentuh , hatta beliau ditangkap berdua-duaan dengan Normah dalam bilik hotel.

9. Kini PAS dan Anwar dengan sikap flip-flopnya. Sekejap ada hudud, sekejap tiada. Sekejap menyokong hudud, sekejap menyokong pendirian DAP. Sekejap negara Islam, sekejap negara berkebajikan. Tiada isu moral dibangkitkan.

10. Rakyat tentu boleh berfikir sebelum menyerahkan kuasa kepada mereka.
Read Full 0 comments

Nyanyian Hudud bergema semula

Sabtu, 24 September 2011
Kedah Times tak mahu bagi apa-apa komen tentang Hudud PAS yang kini didendangkan kembali oleh Nik Aziz dan Karpal Singh.  Ini hasil dari sedikit cuitan dari Tun Dr Mahathir.

Tetapi kali MCA dan Gerakan pun tumpang sekaki nak cari Glamour. Kami penyokong UMNO Tetap mengatakan yang Malaysia adalah Negara Islam seperti yang diumukan oleh Tun Dr Mahathir dahulu. Malah dalam perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Dan di jalur gemilang menjadi bukti yang Isla itu agama rasmi negara ini.

Pelawat-pelawat dan pembaca boleh dapatkan banyak maklumat di http://amokpang5.blogspot.com
Read Full 3 comments

Amanat Hadi

Jumaat, 23 September 2011


Sekali sekala kita kena peringati balik apa Hadi Awang sudah kata kepada ahli-ahli UMNO. Dan kita juga berharap agar pengikut-pengikut berfikir kembali apakah ini betul disisi Islam.


Ataupun cuba buat sembahyang istikharah, minta bantuan Allah SWT supaya beri petunjuk adakah Amanat Hadi ini benar atau salah disisi Islam.


Cuma kita tertanya-tanya kenapa PAS begitu ghairah dan hebat sekali berkawan dengan DAP yang menjunjung kristian, mendokong murtad serta menghapuskan segala keistimewaan Melayu dan Islam di Malaysia.



Kita tidak menuduh atau mengeluarkan fatwa seperti yang dilakukan Hadi dan Nik Aziz, tetapi kita minta ahli-ahli PAS berfikir adakah fatwa mereka-mereka itu betul disisi Islam, sedangkan mereka (PAS) lebih hebat lagi bersahabat dengan musuh kafir harbi Islam.


Cuba luangkan masa dan berfikir. Mungkin terdetik diberi hidayah Allah SWT untuk menunjukkan jalan yang benar. Kenapa orang lain dituduh kafir sedangkan kita sendiri melakukan perkara yang sama malah lebih hebat lagi tetapi tidak dituduh kafir dan sebagainya.

Fikirlah
Read Full 1 comments

Antara Pejuang dan Pencari-Peluang

Bila isu Zionis timbul, kita lihat ramai sangat yang mengaku berjuang, mengaku menyokong umat Palestin dan menentang Israel. Tidak cukup dengan itu, yang paling buruknya ialah mereka yang menjual perjuangan konnnya anti Israel untuk mendapat kelebihan politik.

Kelompok yang gemar membawa sepanduk dan memaki lilit kepala ini, yang kita tahu sebenarnya wakil dari mana, lebih gemar menunding jari kepada kerajaan dan menyerang kerajaan berbanding tindakan mereka menyerang Israel atau menyokong Palestin.

Jika kita lihat, tiada seorang pun dari mereka berani untuk bersama rakyat marhein Palestin dalam merasakan apa yang dialami oleh rakyat Palestin ini. Jika ada yang pergi pun, mereka hanya berani berada bersama pembesar-pembesar Palestin.

Apakah mereka yang kuat membawa sepanduk atau sticker di kereta ini tidak berani bersama rakyat bawahan? Berani hanya apabila peluru senapang atau mesin gun tiada. Bersuara hanya apabila tiada siapa yang menyergah mereka.

Inilah sifat pembangkang di Malaysia. Kuat bersuara tapi teloq tiada...



ALOR SETAR: Perdana Global Peace Organisation (PGPO) merancang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza menerusi penggunaan semua laluan secara serentak selepas dua percubaan sebelum ini disekat rejim Zionis. Penasihat PGPO Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lalu, Israel menyekat bantuan yang disalurkan menerusi jalan darat di Mesir, dan baru-baru ini pula, merampas serta menyerang kapal yang cuba menghantar bantuan melalui laut.

"Dah dua kali gagal. Kali ini kita gunakan semua laluan serentak...laut dan darat. Kita mahu tunjukkan perpaduan kita dalam menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Jom Pakat Pi Tengok Bola" di Menara Alor Setar di sini, malam tadi.

Beliau berkata, walaupun pihaknya berasa seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu penduduk Gaza berikutan sekatan serta halangan oleh rejim zionis, namun demi kemanusiaan, usaha menyalurkan bantuan perlu diteruskan.
Read Full 0 comments

Merokok Lebih Hina dari Lembu, Minum Arak?

Hukum merokok ni terdapat khilaf dalam pendapat ulama, ada yang berpendapat haram dan ada yang berpendapat makruh kerana tiada nas terus berkait dengan hukum rokok.

Itu pun, Nik Aziz kata:
Merokok ni Isle pun maroh, doktor pun maroh...merokok ni lebih hina dari lembu.


Sedangkan dalam hal arak pula, terdapat hukum yang jelas akan pengharaman arak daripada meminum, menjual, membawa, menyimpan atau sebarang aktiviti berkaitan arak.

Nik Aziz tak mau komen ke,orang-orang yang minum arak ni macam lembu ka atau lebih teruk lagi?
Read Full 2 comments

Hudud - Perlu Minta Kebenaran Perdana Menteri

Apabila hendak buat perhimpunan haram Bersih, yang tidak ada nas dalam Al-quran akan keperluannya, tidak ada PAS nak minta kebenaran Perdana Menteri.

Apabila nak buat ceramah maki hamun PAS yang nyata haram dan ditegah agama, tidak ada juga PAS nak minta kebenaran Perdana Menteri.


Malah, apabila melantik Arifahmi untuk menyonglap duit PMBK melalui perlantikan menantu sendiri dalam anak syarikat kerajaan Negeri pun, Nik Aziz tak minta kebenaran Najib.

Tapi bila nak laksana hudud, yang dikatakan wajib malah boleh dijihad dan mati shahid kerananya, pandai pulak Nik Aziz minta kebenaran dari Perdana Menteri.

Malah "halangan" bekas perdana Menteri, Tun Mahathir yang telah diganti sebanyak dua kali semenjak meletak jawatan pada 2003 masih dijadikan sandaran untuk tidak melaksanakan hudud.

Adakah jika Tun Mahathir kata Nik Aziz tak cukup pandai untuk solat tujuh tahun lepas, maka sehingga kini Nik Aziz tak perlu solat kerana tiada kelulusan Perdana Menteri?

Kedahtimes:
Hanya orang PAS sahaja yang tak tahu bahawa Nik Aziz tidak tahu pun bagaimana nak melaksanakan hudud, dan itulah puncanya sebenar hudud tidak dilaksanakan. Kerana Nik Aziz tidak tahu. Kalau dia tahu, pastinya dia akan ajak Dr. Asri berdebat kerana Dr. Asri berhujah selari dengan Tun Mahathir.
Read Full 2 comments

Anu-gerah Tuhan Gila

Khamis, 22 September 2011
Ini sikap sebenar suami Anu-gerah Tuhan kepada PKR dan penyokong PAS. Apabila diminta masuk kandang, dia jawab boleh tapi hanya dia saja dibenar bercakap. Sesiapa pun tidak boleh bertanya dan ganggu dia bercakap. Dia nak cakap apa, dia punya pasai.

Perangai dia berceramah juga dibawa masuk dalam Mahkamah. Diceramah tiada siapa boleh sergah atau tanya dia. Sebab itu dia cakap sedap mulut saja kerana apa saja yang dikata tiada siapa akan tegur malah mendapat sokongan. Ini perangai di atas pentas.

Kini dia bawa perangai di atas pentas ke mahkamah pulak. Perangai beruk atas dapat bunga dan berdiri atas pentas pulak tu. 

Maka dengan itu dia pilih untuk masuk kandang OKT. Jadi siapapun tidak boleh berkata apa-apa. Hanya dia seorang saja yang boleh berkata-kata. Inilah pemimpin Anu-gerah Tuhan.

Tak boleh kita bayangkan apabila dia jadi pemimpin nombor satu negara, minta dijauhkan Allah SWT, sudah pasti hanya dia saja yang yang  boleh bercakap, rakyat kena dengar saja. Rakyat tidak boleh berkata apa-apa. Ibarat lembu kena cucuk hidung.

Lagi lawak dan lucu apabila dia hantar subpoena untuk minta DS Najib dan DS Rosmah untuk datang ke mahkamah untuk disoalsiasat dan menjadi saksi bersumpah untuk dia. Huh, dia sendiri masuk kandang pesalah dan tak bagi sesapa soalsiasat, dia nak minta orang lain pulak datang dan disoal siasat.

Manusia ANU-gerah Tuhan yang pelik. " Kes ini hangpa tak boleh soal apa-apa terhadap aku, tapi hangpa kena soal Perdana Menteri dan isterinya".

Anwar bukan lagi sudah GILA Kuasa atau GILA nak jadi Perdana Menteri, tetapi dia sebenarnya sudah GILA. Nak kata gila esem atau gila apa kita tatau. Tetapi dia sudah GILA.

Nak tanya penyokong PKR dan penyokong PAS," Hangpa masih nak ka pemimpin Gila?".

ANwar Gila ...

Kedah Times amat setuju dengan kata-kata YB Zul Nordin disini.
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates