SSM Takdak Teloq,Tak Turunkan Gambar Azizan Walaupun 5 Pelajar KUIN Digantung

Sabtu, 31 Disember 2011

Nampak sangatlah budak-budak Universiti yang dikatakan pemimpim mahasiswa tetapi tidak dipilih pun dikampus ni sudah terjajah minda mereka oleh Anwar Ibrahim.

Jika mereka menurunkan gambar Najib kerana mahu protes mereka didengar, kenapa gambar Ustaz Azizan yang bercambah di Wisma Darul Aman tidak diturunkan?

SSM, Bebas serah memorandum kepada MB Kedah

ALOR SETAR 29 Dis. — Solidariti Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan Memorandum Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman di sini hari ini.
Pengerusi Bebas, Mohd. Safwan Anang@Talib, 22, dari Universiti Malaya berkata memorandum yang mempunyai tujuh tuntutan diserahkan kepada Azizan kerana mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah yang terbabit dengan perhimpunan tanpa kebenaran.
"Kami bukan sahaja serahkan kepada MB Kedah, sebaliknya kami turut akan serahkan memorandum yang sama kepada pemimpin-pemimpin negeri lain," katanya kepada pemberita selepas penyerahan memorandum.
Beliau berkata, antara tujuh tuntutan gerakan itu ialah memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), bebaskan ilmuan untuk berakademik, bebaskan mahasiswa untuk bersuara dan bebaskan mahasiswa berpersatuan.
Read Full 1 comments

Kenyataan Media Presiden Perkasa

 KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA:
Amat Dukacita, Sedih dan Kesal serta mendesak Kerajaan PR Kedah yg d terajui Pas hendak meroboh Madrasah Salihiah yg berusia lebih IOO tahun. Yang amat malang dan satu trajedi bila ianya hendak di lakukan oleh krajaan yg d tadbir oleh Parti Pas yg d kata memperjuangkan Islam tapi meroboh rumah Allah atas nama pembangunan.Jika perkara ini berlaku d negeri bawah BN pasti riuh rendah mereka politiktan.pasti mereka campur tangan.
Cuba lihat cuntoh beberapa bulan lalu Anak Kariah Masjid Bedong membantah pembinaan Loji Najis Taman yg baru didirikn bersebelahan dgn Tanah Perkuburan Islam Bedong, akhirnya bantahan diterima dan Pemaju memindahkn lokasi tapak tsebut. Ini menunjukkn boleh bertolak ansur.
Satu lagi contoh, bila Mid Valley di Wilayah Persekutuan hendak d majukan,ada kuil hindu d tapak tersebut.Bandaraya d bawah BN tidak usik kuil hindu,malah d perelok lagi.Kenapa krajaan Pas kedah yg d kata Islam nak roboh rumah Allah. Ia nya amat memalukan dan amat dayus. umat islam Kedah wajar bersatu bagi mempertahankan madrasah tersebut dari d robohkan.
Tkasih.drp Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa@mp.
Read Full 2 comments

Jangan Lupa Besok: MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH

Jumaat, 30 Disember 2011

Program
MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH akan diadakan seperti berikut:

Tarikh    : 31hb Disember 2011
Waktu    : 12tgh - 5ptg
Tempat  : Madrasah Salihiah, Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah

Pengisian Program
1. Solat Zohor dan Solat Hajat Berjemaah
2. Tazkirah khas "kemuliaan berjihad" - Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya
3. Alunan Marhaban dan Selawat Nabi oleh Anak Yatim
4. Kenduri Rakyat
5. Kempen mengumpul tandatangan tanda sokongan terhadap Madrasah Salihiah


Seluruh Muslimin/Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.


BERSAMA KITA BERJIHAD SELAMATKAN RUMAH ALLAH.
Read Full 8 comments

Kenyataan Badan Bertindak SMS (Selamatkan Madrasah Salihiah)

Kenyataan Badan Bertindak SMS (Selamatkan Madrasah Salihiah)


Kenyataan di sebalik laporan polis yang di buat





Munajat Perdana Madrasah Salihiah

ALOR SETAR 29 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan tetap mengadakan program Munajat Perdana di Madrasah Salihiah di Kancut pada Sabtu ini walaupun Dewan Pemuda Pas Alor Setar membuat laporan polis semalam bagi menghalang program itu diadakan.
Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, pihaknya juga ingin menjemput Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd. Azam Awang yang membuat laporan polis itu serta orang ramai untuk turut serta pada program tersebut.
"Aturcara yang akan dijalankan bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 5 petang pada hari itu ialah solat Zuhur, solat hajat dan juga tazkirah.
"Ini bukan himpunan nak buat tunjuk perasaan jadi kami tetap akan jalankan program ini kerana kami ada permit dan orang ramai termasuk Mohd. Azam sila jemput ke program ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Mohd. Azam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk menghalang program yang akan diadakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) pada Sabtu ini.
Mohd. Azam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini berkata, perhimpunan BBSNS perlu dihalang kerana bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kedah yang membenarkan kaedah istibdal digunakan terhadap tanah wakaf khas madrasah itu.
Menurut Mansor, adalah penting untuk Mohd. Azam dan orang ramai hadir ke program itu kerana pihaknya akan memberikan penerangan mengenai isu yang melanda madrasah itu.
"Kalau Mohd. Azam tidak mahu datang Sabtu ini, dia boleh datang pada bila-bila masa kerana kami bersedia untuk memberikan penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti mengenai madrasah ini agar dia tidak buta fakta," ujarnya.
Read Full 1 comments

Runtuh Madrasah, Adakah Ini Puncanya!!!???

Melihat kepada ketegaran PAS Kedah untuk tetap meruntuhkan Madrasah Salihiah membuatkan kita tertanya-tanya, apakah ikatan atau perjanjian syaitan yang telah PAS buat, apakah hasil dan nikmat yang telah PAS terima sehinggakan mereka hilang pedoman!!

Kesungguhan dan kecekalan mereka hendak meruntuhkan Madrasah Salihiah amat mengkagumkan. Sebarang suara samada untuk berbincang atau memprotes segera didiamkan dengan pelbagai tuduhan.

Madrasah tersebut juga dihina untuk menghalalkan tindakan mereka.

Malah semakin mengkagumkan, apabila doa dan solat hajat yang merupakan senjata terakhir mukmin juga di hina..

Adakah kerana ini?????



Baca seterusnya di sini
Read Full 2 comments

PAS Terbelit Diri Sendiri.

Pejabat Insuran hendak dirobohkan kena dapat persetujuan Majlis Fatwa, pernah dengar tak? Tapi ini memang berlaku di Kedah Sejahtera,

Kerajaan yang tidur hampir 4 tahun tak buat apa-apa projek untuk rakyat, tiba-tiba bila bangun dari tidur, nak peruntuh Madrasah.

Sudahlah tidak bina Masjid, hak dok ada pula dia nak pi roboh. 

Demi menghalalkan kerakusan mereka merobohkan sebuah Madrasah, sebuah blog pro-kerajaan negeri telah menukar status Madrasah itu kepada Pejabat Insuran hanya kerana dikatakan ada pejabat insuran di situ. Nasib baiklah mereka tidak namakan Madrasah ini sebagai tandas kerana disitu juga ada tandas. Tahap ketaksuban bahawa mereka saja yang betul semakin menjadi-jadi.

Malah menjadi lebih dangkal lagi, setelah memperkecilkan Madrasah Salihah, katanya ada pejabat insuran dan bersambung dengan tandas,  mereka akan bina surau yang  lebih kecil statusnya, iaitu ianya bersambung dengan puluhan tandas, puluhan pejabat, ratusan kedai, pusat hiburan, karaoke, kedai gunting unisex, snooker dan outlet yang bakal menjual pelbagai barang yang haram dan halal, termasuk kondom dan sebagainya. Ironik bukan, mereka hina Madrasah dan mereka buat ganti yang lebih rendah tarafnya.

Merasakan diri mereka bijak, mereka tidak saja merendah-rendahkan status Madrasah dan Tanah wakaf yang sememangnya diiktiraf oleh MAIK sebagai Madrasah, malah cuba mengheret Yang DiPertuan Agong untuk menghalalkan kesepakatan mereka dengan pemaju Sanny Ho yang beragama Kristian.

Kononnya, akan dibina surau baru yang lebih luas didalam kompleks membeli belah tersebut. Kecuali penyokong taksub PAS, rakyat yang cerdik  mahu melihat dimana Strata Title (Geran Hak milik) atau perjanjian mengenai hakmilik surau yang dikatakan bakal dibina tersebut. Rakyat bukan bodoh, setakat buat janji dalam blog bukan ada laku satu sen pun jika pemaju tidak kotakan apa yang dijanjikan.

Dok bagi alasan kononnya disitu tidak cukup ahli jemaah untuk maka dia nak runtuhkan Madrasah tersebut, tetapi dikatakan pula hendak bina surau didalam kompleks membeli belah sampai kapasiti 400 orang?  Mula kata takda jemaah, tapi buat surau besar untuk 400 jemaah, tak ka haru biru punya hujah?

Alasan tak cukup jemaah juga sebenarnya membuktikan bahawa setelah tiga tahun memerintah, PAS tidak berbuat apa-apa untuk mengimarahkan Madrasah dan juga masjid-masjid di Kedah. PAS mengambil jalan mudah, apabila tidak cukup jemaah maka runtuhkan. Ini bertentangan dengan seruan Islam agar Surau dan Masjid diimarahkan.

Kononnya Runtuh Madrasah dan tidak runtuh gereja kerana gereja tidak termasuk dalam pelan pembangunan, tetapi Madrasah termasuk dalam pelan. Awat plan tu kitab suci yang tak boleh dipinda ka? Lagi pun pelan tu sapa yang buat, kalau bukan PKNK dan Sunny Ho? Bukankah PKNK dipengerusikan oleh Ustaz Azizan? Jadi Ustaz Azizan la yang rancang runtuhkan surau dan kekalkan gereja! Dah betul la tu.

Kononnya juga pembinaan kompleks membeli belah itu akan memberi banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah. Soalan kita, kalau bina komplek tanpa meruntuhkan Madrasah tu hilang ka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah?

Walau apa sekalipun, semakin cuba diputar belitkan, semakin terbongkar sikap PAS yang menjual Madrasah ini untuk wang dan keuntungan material. Maka sebab itulah walaupun sudah berkali-kali diminta tunjukkan kepada rakyat dokumen cadangan asal yang membawa kepada perobohan Madrasah tersebut, sampai sini mereka masih bertaichi.

Kerana apa? kerana memang terbukti mereka menjual Madrasah.


Read Full 4 comments

Bebas Anwar 901...Why?


Oleh : Bapak3.

So Pakatan has launched a campaign, to anybody who might give them the time of day, to free anwar in the name of justice. Of course, if they realize what justice is all about to every citizen in this world, we know they'll just let anwar rot in piece.

Is there so much injustice done upon anwar? He stabbed people in the back...err...somewhere else in the back, and he got what he deserved. Then he got out on technicality. Now he's back at it again, allegedly. He also has some videos requiring answers. Quoting an MB from the north state, "Sedap buat, berani tanggung la."

Perhaps we should bow down to al gore, human rights watch, and the jewish lobbyists, we should let anwar go free, even if he did screw somebody up. They're europeans, caucasians and all mighty and all powerful, formerly our colonial masters. I mean, a lot of Malaysians feel that whatever caucasians do, they are right because they are "divinely" so, and all asians are bad and corrupt, unless we're talking about dap and singapore. Singapore is the fairest asian country because CIA is based there.

Do we have to bother about all this? About who anwar and/or his goons in pakatan bow down to? Why do we even complicate ourselves in realizing that a premiership for anwar means a welcome to the New World Order for Malaysia? The prophecies are all there? Do not fight, resistance is futile. We will fall, along with other Islamic countries; then the world will see the real leader of the world, who has been hiding in the shadows and the open for centuries, it may be too late then. But it's okay, let anwar go, maybe we'll get a seat in the all caucasian country club.

Between 2006-08, under the rule of the lame pak lah, we saw how pakatan stirred the scenario to portray a chaotic turmoil in Malaysia, from racial unrest to economic mishap, and just like expected, Anwar was portrayed as a saviour. But who doesn't recognize the NED stench behind that scenario? Hoqw do we smell it? Well, the stink of jewish gun oil and Palestinian blood were quite strong. Well, he told Kampung Pala people that in his right hand, a cold refreshing river flows, and his left, hellfire rages. The squatters chose the river, and they fell into the fire.

The scenario pakatan and anwar painted back then is not new. We read something like that before, and it was told more than 1400 years ago. It foretold of a world full of chaos, socially, politically and economically, until the appearance of a saviour who offers them water in his right hand and fire in his left. Those who chose water fell into the fire. No I never said anwar IS that leader, I said the story is not new, to those who reads and remembers. What anwar's scenario was back then, is such on a miniscule scale to be exact.

Of course, PKR also doesn't want to tell you that, just like YB Zulkifli Nordin has always stated, anwar's rallies are always specially designed to create a chaos and riot, which he hope to trigger his ascension to the Prime Minister's seat.

Libas Anwar 901

Terima Kasih Bapak3 blog
Read Full 1 comments

Permandangan Indah dari Menara Alor Setar

Jika tuan-tuan dan puan-puan melawat atau menaiki menara Alor Setar, permandangan buruk Kompleks Tunku Yaacob dapat dilihat dengan jelas.

Madrasah Salihiyah yang berada disebalik bangunan tersebut juga nampak serba sedikit.

Ketidakenakan pemandangan bangunan Tunku Yaacob ini bakal dihapuskan dan diganti dengan sebuah kompleks bernama Aman Sentral. Dan pihak-pihak di Menara Alor Setar sering bercerita tentang keindahan yang bakal dilihat hasil pembinaan Aman Sentral ini.

Menara bakal menjadi lebih terkenal dengan adanya kompleks perniagaan ini. Kawasan berdekatan Menara akan lebih 'live' dengan adanya kompleks ini.

Ini diwar-warkan oleh mereka-mereka di menara ini.

Tetapi apa yang tidak diceritakan kepada pelawat Menara ialah Madrasah Salihiyah yang bakal menjadi mangsa roboh oleh kerakusan developer yang ingin membina Aman Sentral tersebut. Sepatahpun tidak disebut tentang Madrasah Tersebut.

Sepatahpun tiada kempen untuk mempertahankan Madrasah tersebut.

Nak tahu kenapa?

Pengurus Besar Menara Alor Setar penyokong kuat PKR!
Read Full 5 comments

As Pas Clowns Around, The Madrasah Shall Fall...

Khamis, 29 Disember 2011

Oleh: Bapak3

Just like pas to have it their way, not in a religious way. To them, the end justify the means, or shall i say it more approproately, matlamat menghalalkan cara. To me, this is never a surprise, remembering that pas has always bowed to their old codger called nik ajis, who always try hard to claim himself as an ulama.

I remembered how n.ajis stated that it is alright to use money contributed by the jewish-controlled NED to operate Bersih 2.0 because in the end, Malaysia will be free...of course, we have no idea from what. Yes, maybe free from Barisan but right into the hands of the New World Order. It doesn't even matter if the money comes from the same piggy bank that is used to fund the unrest in the middle east and killing of more Palestinians in Palestine, the end justifies its means.

There are times that we feel humbled, especially when we enter God's house, where we see how insignificant we are and how everybody is equal as you are. Of course, with pas as a religion, that can be very hard. Why is that so? Well, anybody who chooses pas as their path instead of Islam usually has their status elevated to that of an ulama' or at least Ustaz (teacher).

Take Bob "The Clown" Lokman for example. Many people consider him the king of clown on the networks, but now his status has been elevated, he is now a high priest of pas, branding Johoreans infidels and so on. In short, he is now the chief clown of the masses, equal to mahfuz omar. The choice of bob, mat sapu, mahfuz as leaders of a so-called religious party only goes to show how close we are the prophecy on the end of days, where people who are not even educated religiously (or primarily) will be appointed to lead the Muslims or a group of Muslims.

A man passed away, bequeathing his land to his children/heir, intends its use as a surau/madrasah, and along comes pas with a high-profiled developer, wanting to demolish the madrasah so that a shopping mall can be built. Of course DAP will not step in, unless pas is destroying a nature conservation and replaced with a parking lot. Is the need for a shopping center that great for pas that it chooses to sacrifice the madrasah? What type of kebajikan is that?

Madrasah Salihiah was built in 1909 on a wakaf land. For 102 years the madrasah has become the religious point for its qariah within 5-8km radius, and now, after a century or so, the Pas State Government sent a notice to vacate the building so that it can be demolished. Say, weren't they the ones who made such a big noise to have the old, rotting shophouses in Penang NOT to be demolished for heritage's sake? But then, dap has always been self-centered, racist and selfish anyway.

It is quite strange that in 2010, the Jawatankuasa Fatwa Kedah declared that the madrasah should be preserved and continue its religious activities. But what is Jawatankuasa Fatwa Kedah against the might of a party who has the power to brand non-pas supporters as heretics and infidels? Pas is indeed the all powerful, never do wrong, never make mistake kind of people...most of them with one eye blind.

According to the state government, the madrasah will be replaced by a surau in the shopping complex. Savvy, huh?

To those who would want to see the Madrasah Salihiah continue its existence as a religious center of the area, and/or as part of Kedah's heritage, we would invite you to this event:

PROGRAM MUNAJAT PERDANA - SAVE MADRASAH SALIHIAH
Date : Saturday 31st December 2011
Time: 12noon - 5 p.m.
Location: Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah

Program:
- Zohor and Hajat Prayers
- Talks on "The Honor of Jihad" by Al-Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya
- Marhaban & Selawat Nabi
- Food & refreshments
- Signature campaign for Save Madrasah Salihiah

Come one, come all.

It's a sad affair, the revered Sultan Kedah is now KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung for the 2nd time in his life, and the state government, controlled by seemingly professional and religious people, giving a black eye to Islam so that they can have their "Orchard Road of Alor Setar."

Perhaps it is the time for many in pas to return to Islam as their way of life. Just maybe, maybe, they can find a way to make the end justify its means when they answer to the Everlasting?

Bapak3 Blog
Read Full 3 comments

Kedah Bila Nak Buat Hudud?

Untuk kesekian kalinya, Kedahtimes ingin bertanya kepada Menteri Besar Kedah, Ustaz ana-luluih Al-Azhar Al-haj Dato' Seri Azizan al-Hangpa-Mengaji-Mana dan pengikut-pengikutnya, 

Bila Nak Buat Hudud?


Hudud ni bukan sapa-sapa yang kata nak buat, tetapi PAS sendiri yang dok jaja nak buat hudud, nak buat hudud...

Jadi kami la ni nak tanya la, dah buat ka hudud? 

Roboh surau tu hukum mana? 

Hak mana lebih utama, shopping kompleks atau hudud?

La ni,
Dah tak kafir dah ka kalau tak laksana hudud?

La ni,
Dah tak kira  tolak Islam ka kalau tak laksana hudud? 

La ni,
Dah boleh makan sembelihan dah ka kalau tak laksana hudud?

La ni,
Dah tak Toghut dah ka kalau tak laksana hudud?

Yang ni tak mau tanya Majlis Fatwa ka, apa hukum tak laksana hudud?

Kami tanya ni bukan apa, nak tolong pengikut PAS kat kampung kami ni, depa la ni lalu depan kami pun tak panggung kepala pasai tak boleh jawab apa pasai hudud tak jalan.


Kesian kat depa, merah telinga la ni. Ustaz takpa la, naik mercedes 350 sound proof.
Read Full 1 comments

PAS Cuba Kelirukan Rakyat Dengan Istibdal Wakaf...Untuk Sunny Ho

Istibdal atau tindakan menggantikan harta wakaf sedia ada dengan harta lain yang sama merupakan hukum yang harus. Namun ia hanya dibenarkan bagi tujuan mempertambahkan lagi kebajikan dari harta tersebut dan tidak melanggari tujuan asal wakaf tersebut.Ia juga boleh dilakukan jika harta wakaf dan tujuan wakaf itu berkonflik dengan undang-undang sedia ada. Inilah tujuan sebenar istibdal.
Istibdal wakaf dilakukan apabila pihak berwajib melihat bahawa ianya lebih membawa kebajikan kepada harta wakaf dan juga pihak yang mewakafkan tanah tersebut. Ini membawa maksud cadangan untuk menggunakan harta tersebut bagi faedah yang lebih baik timbul terlebih dahulu, barulah proses istibdal dilakukan.

Apa yang berlaku diTanah Wakaf Jalan Kanchut, Alor Setar adalah terbalik.

Dalam kes Madrasah Salihiah ini, proses "Istibdal" itu dilakukan bukan atas kepentingan dan kebajikan Madrasah dan harta wakaf tersebut, sebaliknya "istibdal" ini digunakan sebagai pekakas untuk pembangunan sebuah kompleks membeli belah.

Maka sebab itulah, proses "istibdal" hanya berlaku selepas cadangan pembangunan kompleks membeli belah wujud, dan tidak ada kaitan dengan tujuan istibdal diharuskan.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka tunjukkanlah kertas cadangan dan permohonan menukar status tanah tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan wang 1.48 juta itu, dan bukan memberi laluan kepada shopping kompleks.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka tidak seharusnya MAIK membenarkan Madrasah tersebut dibesarkan empat tahun lalu.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka  cadangan asal penjualan tanah wakaf itu sepatutnya datang dari MAIK sendiri, dan bukan dari kerajaan negeri yang terlibat dengan pembangunan kompleks membeli belah tersebut. Tunjukkan kepada rakyat, siapa yang memohon penukaran tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca, istibdal tidak memerlukan fatwa dari Majlis Fatwa jika memenuhi syarat-syaratnya,  melainkan proses penukaran status wakaf itu didapati tidak memenuhi syarat barulah perlu mendapat keputusan Majlis Fatwa.


Dengan wujudnya ketetapan Majlis Fatwa, ia sudah menjadi bukti jelas bahawa perobohan Madrasah Salihiah tidak mematuhi syarat biasa untuk proses penukaran status.

Sebenarnya, isu ini tidak perlu dibelitkan lebih panjang, cuma tunjukkan kepada rakyat permohonan asal penukaran status tanah wakaf ini sudah cukup untuk meyakinkan rakyat, apa yang berlaku dalam pentadbiran PAS.


Tak perlulah PAS menyalahkan Umno dan Perkasa, kononnya mendakwa Majlis Fatwa jahil apabila memprotes perobohan Madrasah ini dan PAS paling taat kepada Majlis Fatwa.  Janganlah PAS berlagak seolah-olah kita tidak tahu siapa yang menyiram minyak wangi pada Kubur Allahyarham Ibrahim Libya untuk menunjukkan beliau syahid, walaupun Majlis Fatwa kata tidak syahid.

Adakah surat ini juga melawan majlis Fatwa? Kenapa Azizan Dakwa "projek tidak akan tergendala" yang bermaksud penagguhan Madrasah Salihiah tidak akan ditangguhkan?

Jika PAS benar-benar telus, terutamanya Harakah, silalah bentangkan dokumen permohonan perobohan Madrasah Salihiah, siapa yang minta. Majlis Fatwa, MAIK atau Ustaz Azizan?



Read Full 2 comments

Kedai Rakyat 1Malaysia, PAS Menghasut Pekerja Sabotaj

Rabu, 28 Disember 2011
Kemunculan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang membantu golongan pendapat rendah nampaknya tidak begitu disenangi oleh  tauke-tauke penaja DAP yang merasakan rangkaian perniagaan mereka terancam.

Satu pihak lagi yang merasa terancam adalah pembangkang. Bagi mereka kesenangan rakyat adalah berita buruk buat mereka. Kerana pembangkang hanya hidup dengan isu, maka kesengsaraan rakyat adalah  sentiasa didambakan.

Tindakan kerajaan meringankan beban rakyat melalui KR1M yang merupakan "bad news" bagi pembangkang daripada PAS dan PKR yang tidak tahu lain asalkan membangkang. Dipihak DAP yang strategis pula, ianya dilihat mengancam perniagaan penaja-penajanya kiasu yang sudah kaya teramat, namun tidak pernah hilang rasa tamak itu.

Beberapa bulan lepas Tony Phua telah mengasak KR1M dengan tuduhan-tuduhan palsu seolah-oleh beliau peka kepada masalah rakyat, walhal tidak pernah sekali pun Kiasu ini memprotes rangkaian perniagaan sekutunya yang tidak pernah tidak menaikkan harga barang apabila kakitangan menerima bonus.

PAS yang tidak pernah tahu berfikir selain daripada bagaimana membuat rakyat membenci Umno, tanpa sedar terperangkap dalam kempen ini.
Oleh kerana mereka ini berjalan seiringan, maka setelah dititahkan DAP, maka mulalah PAS menghasut pekerja Kedai Rakyat 1Malaysia untuk membuat protes itu dan ini agar kelancaran operasi Kedai terganggu. Apabila operasi KR1M terganggu dapatlah rakyat disusahkan dan dapatlah juga monopoli peruncitan kekal ditangan penaja DAP kiasu.

Nasib baiklah  anak-anak muda ini jenis mengenang budi dan berakal, maka mereka tidak buat gila seperti Adam Adli.

Rakyat tidak memerlukan pembangkang jenis ini, jauh sekali meletakkan mereka sebagai pemerintah.


Read Full 4 comments

Runtuh dan Bina

Selasa, 27 Disember 2011

Yang ni Ustaz Nak peruntuh untuk dapat duit RM1.4 juta. 







 
Dan duit tu boleh la Ustaz derma untuk yang ni pula.
Read Full 3 comments

Gambar Punca Orang Bertumbuk Dalam Wisma

Isnin, 26 Disember 2011
Patut la bertumbuk sakan dalam Wisma. Sebab depa berjuang untuk alam sekitar dan sayang pada bumi Kedah yang digondolkan dengan rakus.
Gambar KedahkeKL

Gambar inilah puncanya ada mamat sorang tu bertumbuk dalam Wisma Darulaman.

Baca McTheory Pasal Pembotakan Gunung Inas.
Read Full 0 comments

Madarasah Salihiah Hanya Mainan Poltik

Ustaz Azizan kata, perobohan Madrasah Salihiah hanyalah mainan politik dan perkara kecil.
Sejak bila mempertahankan rumah Allah sudah menjadi mainan politik? Adakah mempertahankan rumah Allah perkara kecil? Sepatutnya Ustaz yang ada kuasa MB yang lebih kuat mempertahan Madrasah ni, tapi Ustaz yang jadi pelopor perobohan.

Ustaz Azizan kata, beliau lulusan Al-Azhar, tahu hukum dan pengambilan tanah Wakaf Khas setelah mendapat kelulusan fatwa negeri.
Ustaz buat macam rakyat Kedah ni semua budak-budak yang tak tahu berfikir ka? Sebut saja lulusan Al-Azhar, semua orang tak boleh tanya apa dah. Majlis Fatwa boleh lulus ka kalau takdak permohonan? Sapa yang bawa permohonan pi kat Majlis Fatwa?  Tak masuk akai, tiba-tiba Majlis Fatwa nak tukar status tanah wakaf untuk pembangunan. Ini serupa dengan kes naik harga air 100% kepada pengguna kecil, dia yang mohon naik harga, bila rakyat tala kat dia, dia kata SPAN yang lulus. Sekarang gilir Majlis Fatwa pula tanggung kerja kotor dia.

Berkenaan cadangan Dato' Mukhriz agar kerajaan negeri berbincang dengan pemaju, Ustaz Azizan kata “Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,”
Amboi, Mukhriz bagi cadangan suruh bincang dengan pemaju pun tak boleh. Siap habag kata la ni dia Menteri Besar, dia yang ada kuasa penuh, orang lain bercakap pun tak boleh.

Kalau Ustaz Azizan dan Pakatan Rakyat telus, moleklah dibentangkan kepada  rakyat, bagaimana bermulanya cadangan pembangunan projek tersebut dimulakan, siapa punya kerja, berapa kerajaan negeri dapat hasil perobohan Madrasah Salihiah ni.

Kita rakyat nak tau juga, daripada keluasan negeri Kedah berjumlah 950,000 hektar, kenapa tanah 0.08 hektar ini yang jadi sasaran? Awat takdak tempat lain dah ka Ustaz?


Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.
 
“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.
Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.
Read Full 7 comments

Proses Mengalihkan Fail Sudah Bermula

Ahad, 25 Disember 2011
PRU ke 13 semakin menghampiri, bila-bila masa sahaja Perdana Menteri boleh membubarkan parlimen. Angin ketakutan sudah bertiup kencang bahawa PAS Kedah akan tumbang pada PRU ke 13 nanti.

Pemerhati kami dibeberapa jabatan dan anak syarikat milik kerajaan negeri melaporkan terdapat aliran keluar fail-fail dan proses memutihkan dokumen bagi memastikan aktiviti menelan wang dan harta kerajaan oleh beberapa individu lantikan PAS dihilangkan.

Aktiviti ini lebih ketara disyarikat-syarikat milik kerajaan negeri kerana semasa kebobrokan mereka telah menyebabkan jutaan ringgit mengalir kepada individu-individu tertentu diatas alasan derma, yang mana derma tersebut tidak sampai kepada parti sebaliknya masuk ke poket beberapa kerat individu.

Suasana panik juga semakin meresahkan individu-individu lantikan politik yang kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan apa-apa tetapi diletakkan dijawatan-jawatan profesional melalui "sahabat-sahabat".

Ketakutan pada bayang-bayang sendiri tidak dapat dilindung lagi, dan semakin ramai sudah menyamar "neutral" dan tidak berparti untuk menyelamatkan diri, sedangkan sebelum ini merekalah raja. Tapi lantikan politik PAS dalam jabatan dan GLC senang diketahui kerana, hampir 100% lantikan selepas Mac 2008 adalah lantikan adik beradik dan kawan-kawan dalam parti.

Pesan Kedahtimes:
Jangan alih banyak sangat fail-fail tu, nanti terjatuh merata-rata, belum pun digali sudah terjumpa.
Read Full 7 comments

United Malay No Otak

United Malay No Otak, Umporno, Umngok. Inilah ungkapan pejuang-pejuang PAS dan PR. Ini disusuli dengan ungkapan kebencian melampau seperti penghinaan hitam metalik diceramah-ceramah bagi membangkitkan kebencian.

Dari blog tukartiub
Ungkapan-ungkapan  yang penuh dengan kebencian ini sekarang sudah makan tuan. Populariti blog-blog pembangkang sudah merudum, malah blog-blog pro kerajaan menguasai senarai  majoriti 100 blog terpopular. Dalam Facebook juga, Anwar hanya mencapai 300,000 likes, sedangkan Najib mencapai 900,000 likes, iaitu 3 kali ganda Anwar. Anwar jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Tun Mahathir dengan 1.5 juta likes.

Harakah yang terkenal dengan "hanya berita Umno", sudah jatuh jualannya sehingga 25% sahaja daripada edaran asal. Malah kedudukan Mustafa Ali kini terancam akibat prestasi buruk Harakah.

Retorik berlebihan tentang demokrasi, kebebasan dan hak hak sivil hanya sesuai apabila menjadi pembangkang, dan bukan pemerintah. PAS dan PR sudah jadi kerajaan di Kelantan, dan kini juga kerajaan di Kedah. Namun PAS tidak belajar ini, mereka tidak belajar bahawa rakyat ingin melibat mereka laksanakan apa yang mereka janjikan dahulu. Bukan rakyat tidak tahu, PAS yang menghasut pelajar menentang AUKU adalah kerajaan negeri yang menggantung 5 pelajar KUIN sehingga kini, dan memecat pensyarah kerana menyokong pelajar.

Sebenarnya umum sudah naik muak dengan retorik berlebihan sehingga menghina lawan yang dipakai PAS dan PR. Melainkan penyokong taksub PAS, majoriti masyarakat tidak dapat menelan gambaran buruk terhadap BN sehinggakan tidak ada satu pun yang baik dibuat BN.

Sedangkan rakyat memerhati, BN melalui Dato' Najib tidak pernah kehabisan idea untuk memperbaiki kehidupan rakyat. Satu demi satu inisiatif ETP dan EPP dilancar dan semuanya menyentuh kehidupan setiap golongan rakyat.

Sedang PAS dan PR yang tertinggal bas masih menjaja "Cincin Berlian Rosmah", Najibtuya, Umporno, Umngok,  United Malay No Otak, dan ribuan lagi gelaran "kreatif" mereka, rakyat semakin muak dan mereka semakin syok sendiri...


Maksud Ayat:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Hujuraat: 11)


Read Full 3 comments

Mari Berdoa Selamatkan Madrasah Salihiah

Kepada kaum Muslimin khususnya seluruh rakyat Kedah, tidak kiralah dari kelompok mana anda berada, dari parti politik mana anda sokong.

Setelah pelbagai bantahan dan rayuan agar Madrasah tersebut tidak dirobohkan ditolak oleh Kerajaan Negeri, maka ikhtiar terakhir kita adalah berdoa.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar Rumah Allah Madrasah Salihiah yang didirikan diatas tanah Wakaf Khas ini tidak dirobohkan.

Marilah kita meminta kepadaNya agar pihak yang terlibat terbuka hati mereka agar mempertimbangkan atau sekurang-kurangnya menangguhkan perobohan Rumah Allah ini.

Amin.
Read Full 3 comments

DR ISMAIL PATUT BELAJAR BERTERIMA KASIH

Sabtu, 24 Disember 2011
Oleh: Abu Nawas
Bagaikan anak-anak yang baru masuk sekolah, riak muka Exco Kerajaan Kedah Dr Ismail Salleh semasa program Bicara Rakyat yang disiarkan secara langsung malam di TV1, malam Jumaat lepas mengambarkan beliau tidak selesa dengan persekitaran semasa itu.

Berhadapan dengan audiens yang majoritinya orang UMNO dan diapit oleh panel YB Dato Dr Ku Rahman dan Dr Mustaza daripada Unversiti Utara Malaysia, Dr Ismail terkebil-kebil mempertahankan rumah kerajaan negeri yang terlalu daif di makan anai-anai dan penuh dengan sampah sarap.
 
Daya tahan Ismail runtuh juga apabila beliau, tanpa fakta, menyatakan kerajaan persekutuan tidak memberi walau sekupang untuk membantu Kedah semasa banjir besar tahun lepas, sedangkan kerajaan negeri menyalurkan sebanyak RM2 juta.

Dr Ku Rahman bingkas menepis tuduhan Dr Ismail itu dengan memberi fakta yang tidak boleh disangkal bahawa kerajaan pusat memberi hampir RM100 juta untuk membantu mereka yang menghadapi bencana banjir di Kedah.

Ternyata Dr Ismail sudah tidak terdaya untuk mempertahankan kerajaan beliau yang lemah dan amat daif semasa sesi siaran langsung itu. Beliau ibaratkan tikus yang mahu memperbaiki labu tetapi akhirnya melondehkan kelemahan kerajaan PAS Kedah.

Tuduhan Dr Ismail bahawa kerajaan pusat tidak membantu semasa bencana banjir itu adalah satu tuduhan yang amat serius daripada seorang wakil kerajaan negeri Kedah. Ia juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menidakkan apa yang dilakukan kerajaan pusat.

Penulis tidak berminat untuk menyatakan beliau cuba berbohong kerana masih menghormati beliau sebagai orang Islam, apatah lagi malam itu beliau tampil dengan berkopiah putih.

Mungkin pada ceramah PAS beliau boleh bercakap demikian kerana audiens Pas akan menerima apa sahaja yang disuapkan ke dalam minda mereka, tetapi bercakap tentang fakta yang semua orang tahu pada satu program secara langusng mengambarkan lemah daya intelek penuturnya.

Walaupun bencana banjir itu sudah setahun berlalu tetapi ingatan orang ramai tentang kegagalan kerajaan PAS menangani bencana itu tidak mudah padam walaupun Dr Ismail cuba spin kegagalan itu dengan menyalah kerajaan pusat.

Read Full 6 comments

Projek Mee Segera Bermula

Jumaat, 23 Disember 2011
 1. Panik dengan Gelombang Merah rakyat Kedah yang melanda negeri, kerajaan negeri kini baru bangun dari tidur dan mimpi indah yang panjangnya empat tahun.

Gambar Oleh Mediakedah
2. Kalau memandu di Negeri Kedah sekarang ini, berhati-hatilah, jangan terkejut dengan sekatan-sekatan yang dibuat sehingga berlaku kesesakan kerana mee segera baru tertumpah. Setelah empat tahun, ribuan tayar motosikal dan kereta barai dimakan lubang jalan-jalan negeri, kini jalan mula diturap sekerat-sekerat untuk menunjukkan bahawa kerajaan negeri memperbaiki jalan. Kenapa sekerat-sekerat? Kerana duit dan habis beli mercedes, camry dan jalan-jalan makan angin secara istiqomah sepanjang 4 tahun.

3. Bukan rakyat tidak tahu, bertahun lamanya rakyat sengsara akibat jalan berlubang, walaupun peruntukan penyelengaraan jalan turun dari kerajaan pusat sebanyak RM150 juta. Itu belum dikira bantuan tahunan perkapita yang dihulurkan kerajaan pusat membabitkan nilai lebih RM300 juta lagi. Dan itu belum termasuk duit balak yang dikatakan terlebih pendapatan hasil "ketelusan" (ketelusan atau pembotakan gunung?Ini kena tanya Sanusi Setpol). Semua ini masuk poket kerajaan negeri, dan Ustaz Azizan buat diam saja.

4.Sudahlah duit itu kerajaan pusat yang bagi, kerajaan negeri yang hanya sebagai pelaksana saja. Tapi ditangguhkan dan diciluk sehingga prasarana terbiar, yang menanggung adalah rakyat Kedah.

5. Sudahlah projek mee segera, turap jalan pun sekerat-sekerat saja untuk wayang. Awat ingat rakyat Kedah buta ka?
Read Full 5 comments

Virus Anwar Ibrahim Sudah Menguasai PAS.

Jangkitan virus Anwar Ibrahim tidak mengenal parti, individu atau pertubuhan. Kalau Umno sehingga kini masih mengubati penyakit rasuah politik yang dipelopori Anwar melalui pink form, sehinggakan parti itu berada ditahap paling bawah pada pilihanraya yang lalu. Sekuat-kuat Umno sebuah parti yang kukuh dengan kerusi parlimen dan DUN terbanyak boleh tersungkur dan nyaris lenyap bahana Virus Anwar Ibrahim. Walaupun dengan tonggak perjuangan masih tertulis utuh dan tidak berubah, Umno rebah dan bertongkat paruh untuk meneruskan perjuangan dek bahana Virus Anwar Ibrahim.

Kini parti PAS sedang menghadapi jangkitan virus Anwar Ibrahim, malah parti itu dalam hanya jangka masa pendek bukan setakat lari dari perjuangan, malah struktur parti melibatkan kepimpinan dan tunggak perjuangan parti juga ditukar.

Buktinya adalah analisis yang dibuat oleh seorang intelektual, yang PAS banggakan kerana menyokong dan menjadi anggota kepimpinana parti itu. Dengar betul-betul apa yang Dato' Hasan Ali katakan tentang PAS.

Bagaimana PAS sudah tidak lagi dipimpin oleh Ulama, Bagaimana PAS sudah tidak lagi berjuang untuk Islam..iaitu "reason for existence" PAS....yang menjadikan PAS sudah tiada sebab untuk wujud lagi.




Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates