Selasa, 10 Januari 2012

'Ada motif tersebunyi'

Oleh: Anak Didik KUIN

Mari kita halusi bicara Roslinda Hashim/Muhamad Sanusi SETPOL MB Kedah/Ketua Penerangan PAS Kedah - Sinar UTARA 9/1/12.

UMNO mengetepikan keputusan Majlis Fatwa Kegeri Kedah?.

Muhamad Sanusi kena faham dulu, yang dipersoalkan keputusan kedua Majlis Fatwa setelah Kerajaan Kedah menghantar Dato' Amirudin jumpa Mufti dan keputusan mengeluarkan fatwa yang kedua itu, adakah telah dipersembah maklum kapada KDYMM Tuanku Sutan?.

Ikut Mufti kata, setelah itu, beliau akan persembah maklum kapada KDYMM Sultan Kedah. Ini yang tak kena. Dah keluar fatwa pertama, muslihahnya, bila disembah maklum, KDYMM Tuanku Sultan akan persoalkan "ORANG RAMAI ATAU WARIS WAQAF KHAS TANAH SURAU TUUU... TAK KATA APA KAAA...?".

Jadiii... persoalan serupa itu, orang ramai nak tahuuuu... Kerajaan Negeri atau Mufti buatka. Peliknya kenapa kata UMNO ketepikan keputusan Majlis Fatwa. Sebenarnya, PAS sembunyikan keputusan itu daripada KDYMM Tuanku Sultan, kerana motifnya jika disembah maklum, Kerajaan Negeri akan menghadapi bahana teguran KDYMM Sultan Kedah.

Semua orang mahu pembangunan. Muhamad Sanusi kata 50 tahu BN perintah Kedah Bangunan buruk Tunku Yaacob tidak dapat diselesaikan. PAS perintah 2 tahun masaalah tersebut dapat diselesaikan. Nak bangunkan Aman Central dengan nak robohkan bangunan buruk Tungku Yaacob, tak ada sapa yang menghalangnya. Tetapiii.... yang orang ramai halang tu ialah, kenapa Kerajaan PAS nak roboh Surau Salihin? Sedangkan gereja disebelah sempadan tanah Aman Central tidak dirobohkan?. Ini persoalannyaaaa...

Sapa tak mahu pembangunan dan cantik, hinggakan Amirudin kata nak buat hotel disebelah/hadapan Sekolah Kebangsaan Kancut, antara hotel dengan Aman Central ada jambatan. Cantik tuuuu... Tapiiii... Surau Salihin tu jangan diruntuh lah dan buat satu plan bangunan surau yang cantik juga berasingan dengan komplek Aman Central. Tapak surau biar disitu. Ini, kenapa kerana nak bina komplek cantik, tanah waqaf khas surau dijual?. Itu persoalannyaaaaa.

Sebelum ini UMNO memainkan isu politik pembangunan yang diwarisi 50 tahu yang lalu. Kerana politik pembangunan yang UMNO mainkan selama 50 tahun yang lalu itu lah yang Muhamad Sanusi boleh balik ka Sik dengan jalan dua hala dan sehala hingga ka Sik, Muhamad Sanusi dapat pelajaran tinggi, pembangunan sekolah menengah ugama boleh dibina di Sik, KEDA bangun pekan Sik, Hospital di Sik dan berbagai lagi pembangunan untuk rakyat di Sik dan juga di Daerah-daerah pendalaman di Kedah. Jalan dari Durian Burung ka Baling. Itulah nama politik pembangunan.


Jika tak berpolitik untuk membangunkan rakyat, itu bukanlah suruhan Islam. Bukannyan macam PAS yang asyik berceramah maki orang sana sini macam Mat Sabu, itu politik juga, tapi tak ada faedah untuk rakyat. Malah kena derma lagi. Itu menyusahkan rakyat namanya.


50 tahun UMNO berpolitik, pembangunan demi pembangunan disediakan oleh Kerajaan BN bertunjangkan UMNO, sehingga sekarang menjadi keghairahan PR pulak nak ambik alih Putrajaya, itu namanya politik pembangunan untuk rakyatlah. Apa ada motif tersembunyi?  Muhamad Sanusi jeeerr... kata motif tersembunyi.

Muhamad Sanusi kata "Politik pembangunan yang dibawa UMNO TIDAK LAGI MAMPU MENGGUGAT KEPERCAYAAN RAKYAT KEDAH TERHADAP KECEMERLANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH. Kononnya Muhamad Sanusi kata lagi PEMBANGUNAN ADALAH MATLAMAT AKHIR PERJUANGAN POLITIK MEREKA (UMNO) TETAPI BAGI PAS PEMBANGUNAN HANYA ALAT UNTUK MENCAPAI MATLAMAT LEBIH BESAR, IAITU KESEJAHTERAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT.

Kita soal Muhamad Sanusi. Kerajaan UMNO/BN buat mesjid, surau, jalan raya, hospital, buat LUTH, buat sekolah, buat klinik, buat jambatan, buat Universiti, buat Angkatan Tentera, buat Polis, buat Kastam, buat APMM, ah... banyak lagilah. Itu bukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat di dunia dan akhirat?

Hampa perintah baru tambah sikit jeeeerrr.. buat KUIN, buat kilang mengetin buah, itu sekali gus boleh menafikan pembangunan yang dibuat oleh UMNO dan BN selama 50 tahun?. Haaaaiiii... Muhamad Sanusiiii... jangan cakap macam budak derjah duaaaa... orang gelak koooott... BODOH LAH HANG. HANG BUTA MATA LAH.

Dulu depa kata, buat pembangunan sehingga rakyat jadi sejahtera sekarang, kononnya itu adalah tanggungjawab Kerajaan memerintah, kerana ambik duit cukai rakyat. Yaaa laaah.. kerana kebijaksanaan dan keperihatinan Kerajaan BN memerintah lah dapat dibuat yang tu semua. Mana ada 'motif tersembunyi'?. Semua open, apaaaaa....

'Motif tersebunyi' memang Kerajaan PAS/PR buat. Buat Aman Central, Sanny Ho bagi duit, bayar 10% daripada RM500 juta. Kita tunggu siasatan SPRM.

3 comments:

Alkafaza berkata...

1 MNO terus menegakkan benang basah dalam mempertahankan tindakan mereka melawan Majlis Fatwa Negeri Kedah. Bica Roslinda Hashim/Muhamad Sanusi SETPOL MB Kedah/Ketua Penerangan PAS Kedah - Sinar UTARA 9/1/12 dibahaskan. Sekarang biar SS pula nak patahkan hujah2 dangkal yang dikeluarkan oleh blogger pro Mukhriz iaitu Kedah Times (KT).

KT: Muhamad Sanusi kena faham dulu, yang dipersoalkan keputusan kedua Majlis Fatwa setelah Kerajaan Kedah menghantar Dato' Amirudin jumpa Mufti dan keputusan mengeluarkan fatwa yang kedua itu, adakah telah dipersembah maklum kapada KDYMM Tuanku Sutan?.

SS: Dipersembah atau tidak keputusan fatwa yang dibuat secara muzakarah oleh 10 ulamak Kedah yang tinggi profail itu tetap berwibawa lagi haq. Mereka membuat keputusan berdasarkan ilmu Islam dan kepentingan ummah, bukannya kepentingan politik.

KT: Ikut Mufti kata, setelah itu, beliau akan persembah maklum kapada KDYMM Sultan Kedah. Ini yang tak kena.

SS: Mufti dah beritahu, pemberitahuan lisan tidak rasmi sudah dibuat dan baginda bersetuju. Cuma secara rasmi saja belum dan Majlis Fatwa akan hantar 4 orang wakil mereka mengadap dan menjelaskan fatwa tersebut. Ingat hujah bahawa 'Tuanku belum dimaklum' sebagai 'tidak kena' tidak boleh bertahan lama kerana apabila baginda dimaklum dan bersetuju, KT nak putag pusin kot mana pulak?

KT: Dah keluar fatwa pertama, muslihahnya, bila disembah maklum, KDYMM Tuanku Sultan akan persoalkan "ORANG RAMAI ATAU WARIS WAQAF KHAS TANAH SURAU TUUU... TAK KATA APA KAAA...?".

SS: Orang cerdik tak akan berhujah berdasarkan 'mungkin, kalau, andai, agak-agak, barangkali, mungkin, kot-kot, entahka...' atau apa-apa maksud seumpamanya. Berhujahlah berdasarkan reality atau apa yang sebenarnya berlaku. Kalau nak buat jangkaan pun biarlah rasional atau masuk akal. Tuanku atau Yang DiPertuan Agong adalah seorang yang bijaksana, baginda tidak akan tanya soalan yang sebodoh itu. Baginda dan umat Islam yang faham Islam tahu bahawa waris pewakaf tiada hak lagi terhadap harta wakaf kerana harta wakaf tidak boleh dituntut oleh waris, ia terputus hubungan dengan si pewakaf sebaik sahaja diwakafkan (kecuali pahala wakaf). Kalau pewakaf pun terputus hak milikan apatah lagi waris yang ditinggalkan.
Satu lagi baginda pun tahu soal berkaitan hukum hakam serahkan kepada pihak yang berautoriti mengenainya iaitu majlis fatwa, bukan pandangan orang ramai. Kalau fatwa nak diserahkan kepada orang ramai untuk 'kata apa-apa' habislah bercempera hukum hakam.

KT: Jadiii... persoalan serupa itu, orang ramai nak tahuuuu... Kerajaan Negeri atau Mufti buatka. Peliknya kenapa kata UMNO ketepikan keputusan Majlis Fatwa. Sebenarnya, PAS sembunyikan keputusan itu daripada KDYMM Tuanku Sultan, kerana motifnya jika disembah maklum, Kerajaan Negeri akan menghadapi bahana teguran KDYMM Sultan Kedah.

Alkafaza berkata...

2 SS: Dah berbuih mulut bagi tau 'itu keputusan Majlis Fatwa' tapi sengaja hangpa buat pekak badak, lepas tu pura2 tanya pulak 'peliknya kenapa kata UMNO ketepikan keputusan Majlis Fatwa'.. Bukan setakat 'ketepikan' tapi UMNO lawan hangit keputusan Majlis Fatwa satu dunia tahu..poodahh toksah dok berlakonlah. PAS dituduh sembunyikan keputusan fatwa dari Tuanku? Apa kena mengena dengan PAS pulak tak pasai2 nak pi persembah fatwa dekat Tuanku? Biar Majlis Fatwalah yang berurusan. Tuduh pulak Tuanku akan buat 'teguran' terhadap fatwa.. satu tuduhan yang amat jahat terhadap Tuanku sedangkan seumur hidup baginda tidak pernah membantah keputusan Majlis Fatwa. Memang UMNO jenih derhaka!!!

KT: Tetapiii.... yang orang ramai halang tu ialah, kenapa Kerajaan PAS nak roboh Surau Salihin? Sedangkan gereja disebelah sempadan tanah Aman Central tidak dirobohkan?. Ini persoalannyaaaa...

SS: Orangramai mana yang halang? Cuma segelintir golongan penentang fatwa (rasa lebih pandai dari ulamak, walhal SPM pun tak pass) yang melakukannya untuk kepentingan politik UMNO. Majoriti rakyat Kedah termasuk sebahagian besar ahli UMNO sendiri pun tak tentang pun.

KT: Sapa tak mahu pembangunan dan cantik, hinggakan Amirudin kata nak buat hotel disebelah/hadapan Sekolah Kebangsaan Kancut, antara hotel dengan Aman Central ada jambatan. Cantik tuuuu... Tapiiii... Surau Salihin tu jangan diruntuh lah dan buat satu plan bangunan surau yang cantik juga berasingan dengan komplek Aman Central. Tapak surau biar disitu. Ini, kenapa kerana nak bina komplek cantik, tanah waqaf khas surau dijual?. Itu persoalannyaaaaa.

SS: Boleh, sebab atas bekas tanah wakaf tu nanti bukan naik super mega mall atau hotel semua kat situ. Tak celuih. Ia akan jadi tapak parking dan jejantas (kalau tak silap berdasarkan plan tu sekali lalulah, tunggu Dato' Amiruddin pamerkan dalam masa terdekat). Soalnya kalau biarkan di situ ia akan tersisih, terperangkap & terperosok di celah tiga bangunan utama yang naik 5 tingkat. Lagi susah org nak masuk, kalau org tahu itu surau (setelah buang syarikat insuran) maka nampak koman sungguh surau berbanding bangunan lain yang gagah menggelamkan surau. Tapi mokalu buat di super mega mall Aman Central dengan reka bentuk Islamik kubah dari luar, boleh akses 24 jam, lebih besar, dua lapis, ia akan nampak lebih gagah. Kali pertama super mega mall di Msia ada surau sehebat itu.. Tempat lain semua surau sempit dalam bangunan.
Tapak biar kat situ? Maka kesianlah kat pewakaf sebab pahala tak mengalir. Org akan pi surau lebih besar, surau tu mati. Pejabat insuran dapat jugak pahala kot, tapi tak sebesar kalau org makmurkan sebagai sebuah surau. Dengan pampasan RM1.48 juta, wakaf dialih boleh bina lagi 7 buah surau..bayangkan besarnya pahala pewakaf.

KT: Tetapiii.... yang orang ramai halang tu ialah, kenapa Kerajaan PAS nak roboh Surau Salihin? Sedangkan gereja disebelah sempadan tanah Aman Central tidak dirobohkan?. Ini persoalannyaaaa...

Alkafaza berkata...

SS: (Ulang balik jawapan sebelum ni) Shopping Complex dikunjungi oleh semua orang, yang nak ramai pun orang Melayulah sebab orang Melayulah pengguna terbesar di negara ini. Buat shopping complex yang ada sebuah surau besar, gah boleh nampaknya syiar Islam di situ sudah tentu membanggakan kita. Tapi kalau runtuh gereja, depa nak bina balik dalam shopping complex tu.. hangpa syok sangatka shopping complex pertama di Kedah ada gereja? Ok, katakanlah depa setuju pi buat gereja tu tang lain sebagai ganti, nak cari tang mana di Kedah ni buat gereja baru? Belakang rumah Chot? Tepi rumah Sobri Sudin? Biaq pi lah gereja tu dok tangtu, sesuai sangat bukan dalam perkampungan orang Islam pun daripada depa buat lain gereja di tempat baru, akan timbul lagi kontroversi baru.

(Lain2 tu hujah makimhamun, pelecey dan kutuk Sanusi.. Biasalah tu ajaran Yahudi APCO kalau tak mampu berhujah maka serang penghujah... tak payahlah SS jawab, buang masa jer..isu pembangunan pun sama, depa dok ulang ayat yang semaksud dengan tu sejak 50 tahun dah)

OK, SS tunggu hujah apa lagi depa nak guna.. Mai sini SS nak kepak. Sekian dulu..jumpa lagi, wassalam

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates