Khamis, 5 Januari 2012

Ahli UMNO tidak Kafir

Kedah Times telah diberitahu yang Tulisan ANAK DIDIK KUIN telah menyentuh hati beberapa penulis blog Pro PR Kedah. Tang mana yang disentuh Kedah Times tidak tahu.

Dengan ikhlasnya, Kedah Times nak beritahu yang Kedah Times mempunyai masa yang amat terhad untuk melawat blog-blog PRO PR kerana jika lawatpun, jawapan dan tulisan tidak memberi apa-apa manafaat selain mengutuk dan menyalahkan UMNO dan penyokongnya. Fakta amat sikit.

Dulu kini dan mungkin selama-lamanya kita akan sentiasa dengar penyokong-penyokong PAS menghina penyokong UMNO dengan pelbagai kata-kata hatta mengkafir ahli-ahli UMNO. Penyokong-penyokong UMNO diibaratkan mereka yang tidak tahu ajaran Islam. Sembelihan, kenduri serta kematian dijadikan sebagai satu kemestian oleh ahli-ahli PAS untuk boikot.

Penyokong-penyokong PAS laung jihad jika surau plywood diruntuhkan dan ingin digantikan dengan yang lebih besar dan selesa. Penyokong-penyokong PAS juihhh mulut bila melihat ahli-ahli UMNO baca doa, imamkan sembahyang atau bertahlil. Malah Kedah Times pernah menyaksikan mereka bangun sembahyang zohor semula selepas menunaikan Jumaat yg diimamkan oleh Imam yg tidak menyokong mereka. Sehingga kini Kedah Times masih jumpa penyokong PAS terjenguk-jenguk di pintu masjid waktu Qamat dilaungkan untuk memastikan siapa yang akan naik jadi imam sembahyang. Jika bukan ahli mereka, dengan senyap-senyap berundur balik dan sembahyang di rumah. Hebatnya mereka.

Mereka ibarat orang yang tak tahu berenang. Waktu di daratan merekalah terbaik. Akulah ini dan akulah itu. Penyokong UMNO semua tak boleh pakai, kafir kerana bersahabat dengan MCA dan MIC.

Tetapi apabila mereka berada di tengah sungai dan terkapai-kapai kelemasan dan dihujung nyawa, maka mulalah mereka berkata kepada ahli-ahli UMNO,' jadilah seorang Muslim yang sentiasa membantu muslim yang lain', 'ingatlah hubungan sesama manusia perlu wujud, jangan hanya ingatkan hubungan manusia hanya dengan Allah' dan pelbagai lagi ungkapan-ungkapan demi menyelamatkan diri.

Inilah yang terjadi sekarang. Bersahabat karib dengan DAP kafir harbi. Menjual tanah wakaf kepada kafir. Menyokong Anwar membabi buta. Dan pelbagai lagi kesilapan yang dilakukan. Hanya Allah Yang Mengetahui.

Maka mereka mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya menjadi orang Islam terbaik. Heheh rupa-rupanya mereka mengaku yang ahli-ahli UMNO tidak kafir, sebaliknya seorang Islam yang baik. 

Kerana apa? Kerana mereka sudah tersasul, kerana mereka sudah hampir mati kelemasan, kerana mereka sudah terlepas cakap dan buat. 

Secara tersirat, mereka mohon diselamatkan!

Jadi, perkara terbaik yang mereka lakukan sekarang ialah meminta ahli-ahli UMNO menjadi orang Islam terbaik!

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

KT, tang mana yang KT jumpa puak bloger pro-pembangkang kata apa yang ditulis oleh ANAK DIDIK KUIN menyentuh hati kecil (sekalipun) mereka?. Patutnya puak tu kena tahu laaahhh... bukan semua yang jadi Mahasiswa di KUIN tuuu... suka Kerajaan Kedah. Depa orang terpelajar, depa boleh nilai yang mana betul atau tidaknya Kerajaan Kedah buat. Pasal Kerajaan Sejahtera, tentu depa pun dok cari, tang mana sejahteranya?. Sedangkan rakyat yang menghadapi banjir, yang mensejahterakan mereka tak ada pun dari Kerajaan PAS Kedah, betul tak?. Yang banyak mensejahterakan mereka Kerajaan BN Pusat. Ini satu contoh yang Mahasiswa KUIN nampak. Banyak lagi sebenarnya.

ANAK DIDIK KUIN terang satu demi satu, sanggah ulasan Gahani Ahmad ADUN Air Hitan yang juga Exco Penerangan mengenai Kerajaan Kedah nak roboh Surau Salihin atas tanah waqaf khas, ANAK DIDIK KUIN tulis tuuuuu.. berdasar kapada pemerhatian sirius/serta perihatin dengan nasib Ugama Islam yang dijual oleh Kerajaan PAS/PR Kedah kapada usahawan Cina Keristian, ada betulnya. Salah satu contoh yang amat nyata menunjukkan bodohnya pemimpin Kerajaan PAS/PR sekarang, kenapa Mufti Kedah dipaksa oleh Dato' Amiruddin mewakili Kerajaan PAS/PR Kedah mengeluarkan fatwa kedua, sedangkan Mufti yang sama telah mengeluarkan fatwa pertama yang menyatakan surau tersebut tidak boleh dirobohkan. Ini salah satu isu yang diperkatakan ANAK DIDIK KUIN. Awat, tak betul ka?.

JIKA APA YANG DIULAS OLEH ANAK DIDIK KUIN ITU MENYENTUH HATI BLOGER PRO-PEMBANGKANG, NILAI SENDIRILAH. JIKA RASA BETUL, BUAT APA HAMPA SOKONG KERAJAAN PAS/PR MUNAFIQ TUUUUHHH.... MACAM BARUA...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates