Isnin, 2 Januari 2012

Anwar Betul, Ada Bukti Campurtangan Politik Dalam Kehakiman

Kempen Bebaskan Anwar jelas merupakan satu campur tangan politik dalam sistem keadilan dan institusi kehakiman. Demonstrasi terhadap keputusan mahkamah adalah satu tindakan diluar tuntutan demokrasi kerana ia sudah melangkaui batas politik.

Bukankah Anwar yang melaung-laungkan pengasingan kuasa dan anti campurtangan politik dalam kehakiman? Bukankah Anwar yang mahu kehakiman bebas dari pengaruh politik? Sekarang siapa yang membawa sistem kehakiman ke dalam politik dan juga ke jalanan.

Jika belum berkuasa pun Anwar campurtangan dalam sistem kehakiman, adakah anda yang boleh percaya Anwar akan kekalkan kebebasan mahkamah jika beliau berkuasa?

Pengikut Anwar
Perbuatan ini juga sebenarnya satu tindakan Menghina Mahkamah kerana mencabar wibawa mahkamah. Belum pun mahkamah membuat apa-apa keputusan, institusi itu telah diburukkan sebegitu rupa.

Kepada rakyat, terutama pengikut pembangkang, jangan terperdaya dengan helah Anwar seolah-olah majoriti rakyat menyokong beliau dan turun kejalanan. Zaman Anwar sudah berlalu, majoriti sudah muak dengan Anwar, jangan jadikan diri anda sebahagian daripada kelompok yang dibenci majoriti.

Katakan Tidak Kepada Demonstrasi Jalanan, Bebaskan Mahkamah Dari Gangguan Ahli Politik Bernama Anwar Ibrahim

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates