Ahad, 1 Januari 2012

Anwar Disamakan Imam Mahdi? Mudahnya....


Oleh CheNed

Setelah sekian lama CheNed menyepikan diri akibat mengalami kekejangan jari untuk menaip ditambah pula kesibukan berlatih mendaki gunung, tergerak hati sehingga jejari secara automatik terus ligat menaip. Tak ada kejang tak ada sibuk. 

Gara-gara terbacakan Utusan Mingguan di mana Anwar Ibrahim disamakan dengan Imam Mahadi oleh Badrul Amin. 

Tolonglah jangan buat kenyataan yang menampakkan orang Melayu mempermainkan Islam. Dan janganlah meletakkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang bodoh sampai tak reti nak bezakan antara baik dan buruk.

Dulu ada suara-suara senyap tetapi berintelektual menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir sedikit sebanyak memiliki persamaan dengan ciri-ciri Imam Mahadi kerana berupaya menyatukan dunia-dunia Islam. Namun jika ianya diperkatakan secara terang-terangan boleh sahaja menimbulkan pelbagai reaksi yang boleh diagak. Kecoh dunia Malaysia ini. Pernyataan itu sama sekali tidak mengatakan bahawa Tun Mahathir adalah Imam Mahadi maka ianya hadir sebagai pernyataan. Jadi jelas..hanya ciri yang diulaskan. 

Namun apabila Badrul Amin terang-terang menyatakan Anwar Ibrahim adalah Imam Mahadi yang berupaya menyatukan dunia Islam dan menjadi pembela ugama, inilah antara retorik pernyataan yang cukup bangang!

Dalam suratkhabar yang sama di muka hadapan perumpamaan yang dberi Raja Petra bahawa nak menjadi gay boleh tetapi kena pilih samaada nak jadi pemimpin atau gay sememangnya diketahui umum adalah ditujukan kepada Anwar Ibrahim. Juga dengan perincian tentang reaksi drastik Anwar tentang jam Omega, pendedahan video seks Anwar oleh Eskay maka adakah selayaknya Anwar yang kaki temberang besar ini layak disamakan dengan Imam Mahadi?


Satu dunia Malaysia sudah tahu siapa Anwar. Malahan penyokong-penyokong Anwar tahu siapa Anwar. Hanya kerana keterbukaan untuk menerima cara hidup yang di luar norma hidup yang normal maka Anwar terusan disokong. 


Bolehkah Anwar menyatukan dunia Islam? PAS sendiri pun selalu sahaja dilihat membasuh tahi-tahi Anwar dengan cara yang memalukan. Diajak mengadakan solat hajat dan sebagainya hanya untuk mengatakan Anwar ini suci. Cara hidup Anwar sendiri yang lebih banyak menimbulkan keraguan apatah lagi menjadi ikon kepada Malaysia.

Tak kisahlah CheNed nak tafsirkan Anwar anugerah Tuhan yang paling berharga ke tidak tetapi jika menyamakan Anwar dengan Imam Mahadi, satu lagi bukti mengesahkan melayu-melayu PR sememangnya begitu mudah memperbodohkan Melayu. Melayu memperbodohkan Melayu. Bravo kepada orang Melayu. Belajarlah memiliki otak singkat daripada PR.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates