Ahad, 1 Januari 2012

AZIZAN.. JANGAN KAU PERGI DULU!!!!


Watan Bertinta

2011 di Kedah diakhiri dengan penuh suka duka. Buat pertama kalinya dalam sejarah perkembangan dan kemajuan Islam di Malaysia semenjak kedatangan Islam ke Kedah 1136M, solat hajat dan solat zohor berjemaah di sebuah surau di dalam Bandaraya Alor Setar dikatakan bercanggah dengan pandangan atau keputusan jawatankuasa fatwa negeri Kedah.
Dan buat pertama kali juga dalam sejarah Islam di mukabumi ini tazkirah yang mengajak umat ke arah kebaikan, perdamaian serta jamuan ukhwah dituduh sebagai satu usaha menderhaka kepada ulil amri. Mungkin inilah yang dikatakan cabaran kepada Islam di akhir zaman.

Maka natijahnya, bertepuk soraklah Sony Ho pemilik Belleview Sdn Bhd yang menguasai kepentingan dalam projek Aman Central melihatkan betapa dungunya umat ini yang boleh dijadikan alat untuk digerakkan untuk memusuhi saudara se agamanya yang lain.

Masjid Sultanah Bahiyah yang memiliki
premis perniagaan, rumah tumpangan tu
kita nak panggil apa?
Maka mudahlah prasangka ditiupkan, dan kini aktiviti agama seperti solat berjemaah boleh dihalang secara halus kerana sudah ada agen-agen Yahudi dan Nasrani seperti segelintir puak yang sanggup menjadi alat.

Prinsip mudahnya mana lebih penting dan priority? Mempertahankan keuntungan dan kehendak Sony Ho, pemodal Cina Kristian atau mendahulukan kemaslahatan ummah dan melindungi Rumah Allah? Jawab dengan ikhlas tanpa perlu berbelit-belit dengan cerita yang bukan-bukan.

Keduanya.. pernahkah dalam sejarah Islam tanah wakaf dipajak gadai dan dijualkan kepada bukan Islam? Dan bolehkah penjualan ini dilakukan? Jika Tanah Simpanan Melayu sekalipun syaratnya mengikut National
Land Code 1965 hanya boleh dijual kepada Melayu, inikan pula tanah wakaf yang mellibatkan hukum syarak.

Ketiga, cukup-cukuplah menghina sebuah Rumah Allah dengan panggilan kedai jual insuran dan sebagainya. Bukankah masjid atau madrasah mmerupakan 'pusat kegiatan umat Islam setempat'. Masjid atau madrasah bukan sekadar tempat bersolat. Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan fungsi masjid dan madrasah yang cukup holsitik dan luas sifatnya.

Huraian tentang perkara ini tidak memerlukan seorang lulusan Al-Azhar untuk memahami dan mentafsirkannya, demikian juga hukum mengambil tanah wakaf khas secara paksa atau adanya unsur hanky panky yang mendalam, semua umat Islam mengetahui akan hukumnya. 

Samalah seperti hukuman minum arak, berzina, berjudi, si pelakunya mengetahui bahawa hukumnya berdosa besar namun dilakukannya juga hanya kerana tuntutan nafsu.

Puncanya kerana kurang pendisplinan kepada nafsu. Demikian juga dalam soal pengambilan tanah wakaf khas untuk kegunaan bukan sepertimana yang dinyatakan oleh si pewakafnya.
Watan percaya, dengan penuh usnul zan(baik sangka) jauh disudut hati USTAZ AZIZAN yang kita sayangi, percayalah dia arif bahawa hukumnya berdosa mengambil dan menjual tanah wakaf khas. 

Namun dek kerana kemungkinan tergelincirnya nafsu kesan habuan dunia, maka justifikasi agama dalam bentuk keputusan jawatankuasa fatwa yang kedua harus digunakan. Tidak perlu kita memanjangkan cerita sama ada fatwa kedua berkenaan telah dipersembahkan untuk perkenaan Tuanku Sultan atau tidak bagi membatalkan fatwa pertama yang menghalang madrasah salihiah dari dirobohkan. 

Jangan kita usik institusi Mufti dan Jawatankuasa Fatwa nanti kita dituduh DERHAKA. Meskipun ahli-ahlinya dan pemegang jawatannya juga adalah manusia biasa, bukan maksum dan tidak lari dari khilaf. Biarkanlah, mungkin mereka juga dipaksa atau tergesa-gesa atau membuat keputusan paksarela. Hanya Allah s.w.t yang lebih Mengetahuinya.
Komplek komersial atas tanah WAKAF??

Dan janganlah kita menyalahkan Azizan sepenuhnya, kita percaya dia juga seperti umat Islam lain amat sayangkan sebuah institusi agama seperti Madrasah Salihiah yang sudahpun berusia 106 tahun, lebih lama dari usia Azizan sendiri. Namun kerna terpaksa Azizan terpaksa melepaskan tanah wakaf khas berkenaan berlalu pergi. 

Kerana, apa ada pada sebuah madrasah yang dilabel sebagai kedai insuran? RM500 juta Kompleks Aman Central yang bakal siap dibina oleh Cina Kristian Sony Ho tentulah lebih signifikan dari sebuah madrasah tua.

Namun meskipun begitu, tatkala Madrasah Salihiah yang kini kian diimarahkan dengan pelbagai aktiviti dan terus mendapat simpati dan dokongan umat ISLAM, amat sedih sekali mengenangkan Azizan yang kini terlantar di Kedah Medical Centre sejak hari Rabu yang lalu.

Azizan jangan kau pergi dulu, meskipun kedua belah mata Ustaz kian kabur dan kian kronik kesan tahap kencing manis yang kian melampau, namun kami berdoa janganlah Ustaz pergi dulu. Janganlah tinggalkan dunia yang fana ini sebelum mata Ustaz pulih sepenuhnya agar mampu melihat sisa runtuhan sebuah rumah Allah yang bernama Madrasah Salihiah.

Dengan iringan doa ikhlas kami BERMUNAJAT mudah-mudahan Ustaz kembali pulih dan dapat menyambung kembali tugas Ustaz selaku MB paling bijak dalam sejarah politik Kedah, disebabkan hanya Ustaz seorang sahajalah dibumi Malaysia ini yang berkelulusan Universiti al-Azhar.

Wassalam untuk Ustaz Azizan Menteri Besar Negeri Kedahku.

***Teringat pada anak-anak saudara Watan dan sepupu watan yang kini berada nun jauh diperantauan di Mesir yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.

*** Teruskan melawat Blog ini, esok disiarkan Inside story tentang Madrasah ini.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

beginalah keadaannya jika islam di pelupuri oleh ulama munafik ,rosaklah negara.disebalik jubah dan serban mereka dengan rakus merosakkan islam. dibolehkan bersahabat dengan syaitan untuk memusnahkan umno padahal didalam quran menyebut syaitan adalah musuh manusia yang nyata. orang kristian boleh menggunakan nama allah sebab arab jahiliyah pun mengaku allah itu tuhan tetapi sebaliknya jahiliyah menyengutukan allah dengan lata dan uzza sebagai anak perempuan allah.seterusnya ulamak syaitan ini akan terus merosakkan agama dan menyesatkan umat kalau dibiarkan mereka terus hidup.aku berdoa semoga ulama-ulama syaitan ini dilenyapkan allah dari muka bumi kerana mereka adalah golongan munafik yang mengkafirkan umno bersahabat dengan kafir tapi bila mereka bersahabat tidak menjadikan mereka kafir.kalau dibiarkan mereka hidup bertambah banyak kemusnahan yang mereka akan lakukan bermula dari merobohkan surau.

Tanpa Nama berkata...

PAS perjuangkan Islam?..tindakan macam ni ke dinamakan perjuangan Islam?..Madrasah yang dah beratus tahun lambang syiar Islam di Bandar Alor Setar nak dirobohkan..walau 1000 surau baru di bina MB, percayalah tak kan sama dengan surau yg sudah berusia ratusan tahun..itu adalah lambang perkembangan awal Islam di Kedah..kenapa MB tak boleh berfikir ke situ?..kenapa perlu dikorbankan madrasah bersejarah utk shopping kompleks?..redhakan orang yang wakafkan tanah itu utk suarau digantikan dengan shopping compleks?..sapa nak tanggung tu?..

syukur juga kpd Allah kerana dipertontonkan perkara ini untuk rakyat Kedah sama-sama fikirkan...sapa lawan sapa sahabat?..dan saya juga sedih melayu berpecah sampai ke tahap ini...sehingga bab pertahankan institusi bersejarah Islam pun berpaksikan politik..bangunlah bangsaku pertahankan Agama, Bangsa dan Negara..

Tanpa Nama berkata...

BAGAIMANAKAH KRISIS TANAH WAKAF INI TELAH BERMULA?

MARILAH KITA SEMUA SAMA SAMA MERENUNG JAUH ...............APAKAH PERMULAAN KRISIS INI?

BAGAIMANA KESAH MENYAMUN TANAH WAKAF UMAT ISLAM INI TELAH BERMULA? TAHUKAH ANDA...

1. SIAPAKAH YANG SEBENARNYA YANG MENJADI “TUAN TANAH ” KEPADA TANAH WAKAF KHAS YANG USIANYA 106 TAHUN INI?
2. DI MANAKAH GERAN TANAH WAKAF KHAS INI SEKARANG?
3. KENAPAKAH TELAH DIJUAL KEPAD A ORANG CINA KRISTIAN KAFIR?
4. KENAPAKAH? PENJUALAN TANAH WAKAF KHAS INI..TIADA DI DALAM MINIT MESYUARAT MAIK?
5. KENAPAKAH PENJUALAN TANAH WAKAF KHAS INI ..TIADA DI DALAM MINIT MESYUARAT EXCO?
6. KENAPAKAH SESEORANG TELAH PERGI BERJUMPA MUFTI UNTUK MENDAPAT SOKONGAN UNTUK MENJUAL TANAH WAKAF KHAS INI? WALAUPUN MUFTI TIDAK BERSETUJU? MUFTI TELAH DITEKAN...DITELEFON SETIAP HARI..OLEH ENGINEER...B?
7. EDISI SIASAT AKAN BERTERUSAN....

Tanpa Nama berkata...

kalaulah BN/UMNO yg nak roboh madrasah tu tentu dah ramai ahli PAS akan istihar jihad.. tapi la ni ada ka sekoq habuk ahli PAS yang pertahankan madrasah tu..mana mat sabu? mana mahpoz? hangpa pejuang islam apa??? semoga allah beri hidayah pada kita semua..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates