Rabu, 11 Januari 2012

Banyak Yang Meraung Anwar Terlepas

Dengar kata ramai yang meraung bila Anwar dibebaskan dari mahkamah 2 hari lepas. Jangan silap faham dan ingat yang meraung ni dari Umno. Sebenarnya mereka adalah dari PR. Mana tidaknya, dah bertahun lamanya Haji Hadi dan Lim Kit Siang dok "sokong" Anwar yang katanya dianiaya oleh Umno dan BN.

Bukan sekejap depa dok pancing rakyat kononnya depa nak Anwar jadi PM supaya dapat undi simpati dan bila Anwar masuk dalam dapat la merasa jadi PM sementara. Jangankan Haji Hadi, Azmin yang baru mumaiyyiz tu pun teringin. Tak terkecuali Wan Azizah juga. Lim Kit Siang jangan cerita la...

Kalau tak percaya, cuba tengok apa jadi dengan Hasan Ali bila dia minta rakyat jangan sokong Bebas Anwar 901, kena pecat tanpa bicara. Hasan Ali tak sedar bahawa isu Anwar adalah langkah ke Putrajaya, isu Anwar adalah umpan terbesar dan semua pemimpin PR wajib bersatu hati. Kalau isu Agama pun Hassan takkan dipecat serta merta.

Bila Anwar terlepas ni, ramai yang sedar bahawa depa juga turut melepas peluang nak jadi PM. Ini peluang terakhir sebab masing-masing dah lanjut umur, dah jadi ubat luput tarikh.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates