Rabu, 11 Januari 2012

BILA BELIT TERBELIT


WATAN BERTINTA

Tok Mufti Kedah pun dah galak buka mulut, dia kata, nilai tanah wakaf khas Madrasah Salihiah, seluas 0.08 hektar itu RM800,00 ribu. Tok Watan nak tanya kalau dah nilainya RM800,000 kenapa pemaju bayar RM1.48 juta pada MAIK? Bukankah ini rasuah namanya?

Sejak bila Tok Mufti dah tukar profesion jadi jurunilai bersekutu macam Che Had Dali dan SANUSI MOHD NOR kawan baik MB???

Tok watan nak tanya Tok Sheikh Mufti, dia tau atau tidak nilai sebenar tanah berkenaan termasuk nilai bangunan ialah RM1.9 juta, jadi kenapa Sony Ho hanya bayar RM1.48 juta? Tidakkah ini undervalue namanya? Atau dalam bahasa orang bingai menipu? Menipu apa hukumnya Tok MUFTI???

Tok Watan yang bukan lulus Al-azhar nak tanya lagi Tok Sheikh Dato Paduka Mufti, tanah tu bukan milik MAIK, macam mana MAIK boleh pi jual kat PKNK kemudian PKNK jual pulak kat Belleview Sdn bhd yang gunakan duit dari Macau dan Hong Kong (duit kasino) untuk biaya projek Aman Central berjumlah RM500 juta?

Halal ka duit yang kita dapat hasil dari jualan tanah yang bukan milik kita? Dan duit jual tanah wakaf khas yang diwakafkan oleh keturunan Mufti Haji Jaafar (1830-1910) walhal waris dia tak tengok dan tak dapat nikmat sesen pun. MACAM MANA BOLEH JADI LAGU NI TOK MUFTI???? Tok Mufti mengaji kitab mana yang boleh halalkan perkara macam ni berlaku???

Tok Mufti kata dia tak kuasa nak cakap dengar orang kurang cerdik dan bingai termasuk Jawatan Kuasa BBSMS (Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah) bab ibtidal (bedalmembedal) dan dia lebih rela bercakap dimahkamah. 
Tok Watan nak tanya dia, Tok Muftti dah terima ka sapina untuk hadir kemahkamah? Jangan terlajak cakap nanti boleh digunakan dimahkamah pulak.

Tok Mufti kata fatwa kedua baru nak dipersembahkan kepada Tuanku Sultan, empat orang wakil Jawatankuasa Fatwa Negeri akan dihantar untuk persembahkan fatwa kedua kepada Tuanku. Tok Watan nak tanya, memang betullah selama ini seperti anggapan umat Islam di Kedah bahawa Tok Mufti tak pernah persembahkan fatwa kedua berkenaan pada Tuanku Sultan?

Jadi Tok Watan nak tanya dimana yang kata BBSMS dan UMNO atau sesiapa sahaja yang menyokong isu Madrasah Salihiah ini sebagai derhaka sebab tak hormati fatwa? Bukankah yang tok hormatkan fatwa pertama yang dah dipersembahkan kepada Tuanku Sultan adalah Memanda MB dan barisan Exconya???

Bukankah fatwa pertama dah kata tak boleh roboh dan ubah tapak tanah wakaf khas madrasah, pasai apa OSTAT AZIZAN nak roboh jugak? Tidakkah itu derhaka namanya wahai SAHIBUL SAMAHAH TOK MUFTI??

Takpalah Tok MUFTI kita jumpa 602 nanti (6hb febuari) di Mahkamah Tinggi Alor Setar. Tok Mufti kena ready satgi takut puak lawyer Madrasah panggil. Tak lawyer madrasah panggil, pegawai pendakwa SPRM panggil. Jangan marah Tok Mufti, solat hajat dan istigfar banyak-banyak.

Kita semua manusia biasa ada salah silap dan kelemahannnya. Kalau banyak BELIT LAMA-LAMA KITA TERBELIT.. Harap USTAZ GHANI, SHEIKH SANUSI, TOK GURU AZIZAN RAZAK dan semua lulusan Al-Azhar jawab sat soalan-soalan yang Tok Watan tanya ni, pasai sepupu sepapat dan semua anak menakan Tok Watan yang sedang menuntut di Al-Azhar la ni nak tau..

Dan soalan ini Tok Watan kemukakan sekali kepada blog sheikh al-belit KEDAH LA... Harapnya kalau ikhlas jawab gunakan iman, fakta jangan jawab ikut MOTIF TERSEMBUNYI.. He..he.he..

Haji Fuad dan broker yang tukang atur jual tanah dan tukar nama atas geran tanah wakaf khas madrasah ni dah kena cekup dengan SPRM, YDP MAIK dah letak jawatan, lepas ni IR AMIRUDDIN, DATO MUFTI kena angkut pulak, angkut pi mana? Pi MAHKAMAH DUNIA LA.. Jangan-jangan konspirasi UMNO kot????

2 comments:

Merahnya Saga berkata...

Syabas Tok Watan. Macam ni lah kita mau. Kupaih selapih selapih. Depa ingat dengan mendabik dada lulusan Al Azhar boleh dok pelemah orang.

Dok penakut orang dengan kelulusan buat apa. Ilmu tu bukan setakat dok pi cedok dekat Al Azhar saja.

Bacalah kalam Allah swt dengan lidah, hati dan akal. Kalau setakat belajar guna lidah, memanglah tak bertulang.

Inilah kebanyakan ostad-ostad yang hebat di pentas ceramah. Bila mai tang bukti dan fakta maka lidah ligat pun terbelit-belit.

Ini baru masalah Madrasah belum lagi yang besaq2. Macam mana nak tegakkan sebuah Negara Islam.

Dulu bolehlah depa dok klentong. La ni orang dah tau.

PAS la habih lingkup lintang pukang. Suka sangat maki hamun, hina orang lain terima sajalah rezeki Allah swt kat hangpa.

Tanpa Nama berkata...

DULU SAYA RESPEK KAT DATO' MUFTI YANG BILA CERAMAH PANDAI BUAT LAWAK. TAPI LA NI. BILA JADI KES NI. TAWAR HATI DAH. ELOK DATO' MUFTI DOK DIAM-DIAM SAJA. TAKUT LAGI BANYAK BERCAKAP TERBELIT KAT TENGKOK SENDIRI. DAH BANYAK STATEMENT BERTENTANG ANTARA SATU SAMA LAIN. ORANG PUN DAH TAK TAU MANA YANG BETUL. KOT-KOT NANTI ORANG KATA SEMUA PENIPU. KAN SUSAH.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates