Rabu, 4 Januari 2012

DOSA PAS KEPADA RAKYAT KEDAH


Kedah Times petik dari komen seorang pelawat di Blog Bapak3. Mungkin beliau orang asal Kg Dato Murad bersebelahan Taman PKNK.

Cuma Kedah nak nasihatkan pemimpin serta penyokong PAS ... Jangan jadi penipu dan pembohong sudahlah. Enough is enough ...


Jawapan Kerajaan Negeri: (PENIPUAN!!!)

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Itu Jawapan Kerajaan Negeri Pas yang Munafik tu!!

Mari dengar jawapan "alternative" pulak!

Bagi orang luar yang tak tau perihal Kedah dan cerita yang sebenar, memang la akan telan jawapan depa ni bulat-bulat.

Tapi bagi penduduk tetap Kampung Dato Murad, Taman PKNK dan kawasan Alor Malai. Jawapan kerajaan negeri tu satu pembohongan!

Masjid Al-Bukhari..

Masjid Alor Malai yang bersebelahannya kubur tu, memang tanah wakaf, dan dirobohkan. tapi Masjid Besar Al-Bukhari yang dibina, tetap berada di atas tanah wakaf! Malahan kubur pun di pindah dan di susun rapi dalam kawasan Masjid (masih dalam tanah wakaf). Maknanya 'jariah' masih lagi bersambung kerana dari Masjid kecil, menjadi masjid besar. Kita masih lagi bersembahyang di atas tanah yang diwakafkan.

Shopping Kompleks Giant yang Pas Kedah kata tu sebenarnya di bina di atas tanah PASAR!! Pasar Kampung Datuk Murad!! Tapak Pasar Ramadhan! Jadi apa yang samanya?

Projek Al-Bukhari tu membina sebuah Masjid Besar, Sekolah Agama serta Rumah Anak Yatim.

Pembinaan dari masjid kecil, menjadi masjid besar. Itu kan bagus.

Sedangkan projek Aman Central ni pulak, nak buat Apartment mewah serta Shopping Kompleks. Surau yang dijanjikan pula mungkin hanya sebesar TANDAS AWAM kot.

Jadi kes Madrasah Salihiah ni, langsung tak sama dengan kes Masjid Alor Malai. Pas Kedah tolong la jangan jadi Munafik!! Islam ka apa ni? Macam ni ka cara orang Islam? Dok kerja pembelit nak rampas hak orang?

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

alaaaa Pak Lebai PAS dah makan komisen dan persen.Tak boleh buat apa dah.
Gostan pun kena gohet pun kena.
Lebai PAS lagi pedukang dan tarbus.

Semenjak jadi biro agama DAP .Itu lah hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

Tambah-tambah lagi Amrudin, pukan takat pedukang dan tarbus....PENYANGAK. Lepa jeee...bini orang pun dia sapu. Duit, biasa laaaa....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates