Jumaat, 27 Januari 2012

Exco Pelaburan Kedah Tidur Nyenyak


Kedah Times amat bersetuju sangat dengan kata Mat Sabu, jika UMNO kalah maka tiada pembangunan berlaku. Dalam tulisan sebelumnya Kedah Times komen tentang ketiadaan kerancakan ekonomi di Kedah. Ini adalah akibat dari tiada pembangunan di Kedah ... Pembangunan fizikal dan rohani.

Peluang pekerjaan tidak banyak kerana tiada pelaburan baru masuk. Peluang ekonomi kurang kerana Kerajaan negeri hanya berfikir ekonomi ala pasar malam. Kemasukkan wang dari pelancong kurang kerana rakyat Kedah sendiri pergi melancong ke luar dan tiada program pelancongan yang agresif dilakukan.

Penyediaan infrastruktur canggih dan bertaraf dunia tidak dilakukan, sebaliknya markaz-markaz parti diperbaharui. 

Penyediaan perhubungan yang baik dilakukan sebaliknya kerajaan negeri merosakkan jalan-jalan yang ada dengan membiarkan lori-lori balak, pasir dan batu bermaharajalela.

Tiada program atau rombongan menarik pelabur dilakukan dengan agresif oleh kerajaan negeri, hasilnya tiada pelabur besar datang ke Malaysia. Peluang pekerjaan tidak banyak.

Semua ini disahkan oleh Timbalan Menteri MITI, Datuk Mukhriz ...

Kedah Terlalu Harapkan Kerajaan Pusat Tarik Pelabur

ALOR SETAR, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim," katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini Khamis.

Katanya tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.

Beliau berkata Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.

"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik," katanya.

Kata Mukhriz beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas sebab-sebab berlakunya kemerosotan itu tetapi akan meningkatkan daya tarikan Kedah sebagai destinasi pelaburan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing.

"Kita kena faham negeri-negeri lain yang selalu lebih berjaya daripada Kedah dalam menarik pelaburan adalah negeri-negeri yang mempunyai prasarana yang cukup iaitu dari segi lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang dan juga kemudahan lain seperti kemudahan institusi pengajian tinggi yang akan memudahkan syarikat-syarikat perkilangan tersebut."

"Sebab itulah negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang selalu mendapat kedudukan yang tinggi," katanya.

Untuk 2011, Mukhriz berkata Sarawak berada pada kedudukan teratas kerana pembukaan kawasan industri baru yang melibatkan pelaburan yang agak besar dan ada juga yang memerlukan tenaga elektrik dari sumber-sumber seperti projek Bakun.

Pada 2010, Sarawak berada pada kedudukan keempat.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

PUAK PERUT HIJAU NI SAKAT GEBANG BOLEH LAH. HIDUP DEPA DENGAN CARI BURUK ORANG. LEPAS TU JAJA SERATA DUNIA. DEPA BUKAN TAU BUAT APA. SEBAB TULAH BILA BOLEH KUASA DEPA NGANGA SAJA. SEBAB YANG DEPA TAU CERAMAH SAJA. NASIB BAIK KERAJAAN PERSEKUTUAN DOK TOLONG MACAM-MACAM. TU PUN ADA PELUANG NAK KONA JUGAK. DASAR PUAK HIPOKRIT MACAM TULAH.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates