Ahad, 29 Januari 2012

KASIHAN AZIZAN...AGENDANYA BELUM SELESAI!!!!!


SANNUSI GURU YAHYA

Kita kadangkala simpati dengan PAS, dan tidak salah kalau PAS boleh digazetkan oleh PBB sebagai salah satu benda ajaib di dunia..

Keajaibannya mampu menjadikan pembohongan itu satu kebenaran.. Keajaibannya mampu menukar warna kulit ikut suasana dan keadaan..

Ini ikut perangai siapa? Jawapannya ANWAR IBRAHIM DAN YAHUDI.

Tanya Hassan Ali, Harun Din dan Ismail Kamus serta Taib Azamuddin yang tidak akan lagi bertanding di Parlimen Baling kerana menyampah dengan perangai 'parasit PAS'.

Ya kata kuncinya 'bohong', belit, apa yang mereka buat semuanya boleh dan halal, orang lain buat semuanya haram dan berdosa. Perangai siapakah ini? KHAWARIJ tuan-tuan, adik abang dan kakak sekelian.

Kata kunci keduanya untuk ilustrate tentang PAS ialah belit. Perkara betul mereka padamkan, yang salah mereka gaulkan sehingga nampak menjadi real.

Paling malang, penyokong yang tidak tahu apa-apa dan naif boleh percaya sehigga tersungkur di pintu syurga. Perangai siapakah yang mereka ikuti? Hitler dan Menteri Penerangannya Goethler.

Baik kita tinggalkan sikap buruk puak khawarij ini. Biarlah Hassan Ali, DR HARUN DIN dan Taib Azamuddin huraikan sendiri dalam jangka waktu terdekat ini menerusi roadshow mereka yang bakal berlangsung di Kedah tidak lama lagi. Dua tempat sudah dikenalpasti, pertama di Sekolah Wan Sulaiman Sidiq di Kancut (hadapan MADRASAH SALIHIAH). Satu tempat lagi mungkin di Tualang.

Kita juga kadangkala simpati pada pemimpin PAS di Kedah. Ustaz Azizan sudah dimamah usia, kaburetornya tidak lagi kuat menyala. Matanya kabur tak nampak segala, hanya cam orang melalui dengar suara.
 
IR AMIRUDDIN, SANUSI, dan pegawai Azizan ambil kesempatan segenap segi. Balak, gunung, pasir, tanah pertanian, tanah simpanan Melayu, tanah wakaf am dan khas, batu, kuari, komisen, masalah mereka cipta tapi bab menjawab mereka biarkan AZIZAN sendiri-sendiri..

Hakikatnya AZIZAN terpaksa menanggung banyak sungguh biawak hidup di atas bahunya disebalik kesihatan dan masalah hipertensi akibat kencing manisnya itu. Telahan lagi kadangkala AZIZAN 'lalok' apabila mengambil ubat tahan sakit yang 'overdos'.

Sebab itu ada kalanya terkeluar jawapan dan kenyataan yang cukup loklaq apabila adanya sidang media. Kadang-kadang akibat tekanan perasaan dan 'kepala sudah naik stim penangan ubat' Azizan akan marah- marah, meracau dan sensitif tidak ketahuan hala.Tanyalah Samad Majid yang kini bertugas di Melaka, dia boleh ceritakan segalanya..

Kita juga simpati kerana Azizan sendiri dibohongi, ditikam dari depan dan belakang. Masalah yang dibuat oleh Mahfuz, konspirasi Amiruddin, pakatan Pahrolrozi, sikap dono Taulan Rasul kian menyeksa Azizan. 

Dr Ismail, Dr Hayati dan Dr Hamdan yang sudah mula menyampah untuk merelakan diri mereka bertanding lagi dalam PRU akan datang selain kebodohan demi kebodohan yang direkayasa oleh Ustaz Ghani, Setiausaha Politik dan Urusetia PENERANGAN yang dikemudi oleh Zulkifli Yahya menambahkan lagi derita Azizan.
Dalam hati golongan ini saban kali mereka berdoa agar Azizan segera pergi. Sebab kiblat mereka mahu bertuankan Mahfuz Si Badut Omar!!!! Kenapa tidak percaya ka????

Lihatlah satu persatu masalah yang timbul semuanya dihempapkan atas kepala dan pemikiran Azizan. Yang pelik, kerajaan Kedah yang diterajui oleh PAS bukanlah diancam akibat kehebatan gerakerja UMNO atau jentera penerangan BN, tetapi hanya diusik oleh ikan-ikan bilis yang langsung tiada jawatan dalam UMNO ataupun nama-nama besar.

Mereka ini hanyalah segelintir kalangan kategori yang dicap bingai oleh Azizan sendiri. Namun tidur Azizan, dan pegawai kelilingnya serta jentera propaganda AZIZAN sama ada blog atau fb tidak menang tangan untuk menyanggah golongan ini.

Sebenarnya Azizan orang yang baik, dia tegas menyokong AUKU, benarlah pelajar universiti harus belajar bukan galak berpolitik.

Peluang niaga yang beliau buka luas kepada kontraktor UMNO adalah bukti sikap keadilannya. Kenapa pemimpin dan ahli PAS harus cemburu? Saudara maranya, anak, menantu, adik, anak saudara, sepupu, cucu saudara Azizan yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran Pejabat MB, kerajaan dan GLC adalah bukti, 'apa sekalipun family first'. Kenapa orang lain mesti jeolous????

Balak anugerah yang beliau berikan kepada mantan MB Kedah dan gerombolan UMNO yang lain adalah hasil sikap keterbukaan beliau. Apa yang penting hasil cukai balak dapat menampung perbelanjaan kerajaan negeri.

Pelawaan beliau untuk beberapa orang ADUN UMNO sertai PAS adalah bukti bahawa Azizan sendiri bersetuju dengan konsep kerajaan perpaduan dan sebagai bukti bahawa ADUN dan EXCO PAS memangnya 'bodoh-bodoh dan tak tau apa'. Ungkapan yang sering diluahkan dalam mesyuarat EXCO.

KCS dibiar lepas bebas termasuk menyokong UMNO secara terang-terangan asalkan diluar waktu pejabat. Semuanya adalah bukti sikap demokrasi matang yang diamalkan Azizan. Kenapa orang PAS harus marah pada KCS kononya KCS anak emas Azizan?? Azizan bijak mencatur strategi sebenarnya.

Duit selenggaran jalan raya lebih RM100 juta hasil peruntukkan kerajaan BN yang Azizan tidak gunakan untuk selenggara jalan di Kedah bertujuan murni.

Bukankah bila jalan berlopak dan berlubang industri tayar kereta motor akan berkembang di Kedah? Sebab Kedah memiliki antara kilang pembuat tayar kereta terbesar didunia iaitu Continental  Sime Tyre.

Hakikatnya Azizan dan jasanya terlalu besar, dan Azizan harus dipertahankan pada jawatan MBnya, jangan dibiarkan Mahfuz yang kurang cerdik itu mengambilnya. Jangan direlakan AMIRUDDIN si hidung belang Mat romeo perampas isteri orang mendaki kuasa. Dan jangan dibiarkan si Pahrolrozi raja kroni menduduki singgahsana kerusi MB di Kedah.
Kerana kita khuatir mereka tidak akan dapat berlaku adil, toleran dan bersikap terbuka sepertimana AZIZAN.. Azizan memang cukup toleransi dalam semua segi sehingga madrasah milik agamanya sendiri mahu dirobohkan agar ruang komersial milik kaum lain dapat dibangunkan.

Tidak cukup dengan itu toleransi Azizan cukup dikagumi kerana merelakan rumah ibadat agama lain sama ada didirikan di atas direzab jalan atau tanah kerajaan tetapi madrasah dan surau yang dibina di atas tapak tanah wakaf mahu dirobohkan. Sebab itu kaum Cina dan India cukup kagum dengan sikap kepimpinan Khalifah AZIZAN lulusan Al-Azhar ini.

Wahai Ustaz Azizan kami rakyat Kedah sama ada Melayu, Cina, India dan Siam akan tetap mempertahankan dirimu agar kau dapat terus menjadi MB sepenggal lagi.

Jangan bimbang.. jawatanmu akan kami pertahan sehingga ke titisan air liur yang terakhir.

Selamat berjuang dengan ubat-ubatan AZIZAN.. Harapnya USTAZ tidak pergi dulu, kerana banyak agenda yang belum selesai..

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

adus..halus menusuk kalbu...jangan siapa pun cuba nak jatuhkan azizan, nak PAS Pusat dilarang sama sekali memecat MB kami

Tanpa Nama berkata...

Betoi! Betoi ! Apa pun x pa ..kita tgk pilihan raya nanti...nak jd hak sapa...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates