Rabu, 18 Januari 2012

Kaum Nabi Lut yang engkar abad baru

SANGGUPKAH ANDA SEMUA MENGHUNI DI NEGARA YANG JUGA DIHUNI OLEH KAUM SEJENIS YANG JUGA WUJUD PADA ZAMAN NABI LUT YANG KERJA MEREKA IALAH MENGENGKARI AJARANNYA BEBAS MELAKUKAN APA SAJA AKTIVITI MEREKA?

 Pada Januari 12 lalu, Dato Seri Anwar Ibrahim mengtakan sebarang bentuk peraturan yang menyekat kebebasan adalah undang-undang lapuk dalam wawancara dengan BBC News. Termasuk juga undang-undang liwat adalah lapuk. 

Kata-kata Anwar ini mendapat reaksi ramai ulamak. 

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria [baca AIDC sini]berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama”, katanya.

Kata-kata sama juga yang diucapkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot. 

Kata-kata Anwar Ibrahim ini yang dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

"Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.

Baca blog salam semua sini.

Kata-kata Anwar juga bermakna dia berpandaangan Al Quran itu kitab yang lapuk dan kolot. Hukum hakam mengenai zina, liwat ddan lain-lain amalan seks bebas dan luar tabii itu jelas datangnya dari Quran.

Baca pandangan Big Dog pula sini

Entah apa respons PAS yang sentiasa keliru antara nak atau tidak mahu negara Islam, mahu mulakan hukum hudud atau tidak, ddan lain-lain kekeliruan PAS piss Pus.

Anwar dikatakan akan menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM50 juta yang menyiarkan ulasan Anwar di Mumbai. Tindakan ini hanya tindakan yang mahu menahan Utusan Malaysia dari menyiarkan berita sedemikian.

Terima Kasih Unspinners

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kurang tepat malahan tidak berapa selesa apabila kita menggunakan perkataan "KAUM Nabi Lut a.s." Kaum Nabi Lut a.s ialah mereka-mereka yang baik-baik dan tidak mengamalkan liwat dan lesbian dan mereka menurut ajaran Islam yang bersesuaian dengan syariat Nabi Lut a.s. walaupun jumlah mereka sedikit. Yang mengamalkan hubugan sesama gender dan jantina ialah mereka yang telah menerima seruan Nabi Lut a.s tetapi ingkar. Maka mereka bukanlah dikira sebagai dari golongan Nabi Lut a.s serta bukanlah mereka juga dari kaum Nabi Lut a.s. Kaum Nabi Lut a.s akan bersama-sama dengan Nabi Lut di akhirat esok sebagai umatnya seperti mana kita yang akan bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Saya rasa kita harus memberi penghormatan kepada Nabi Lut dan kaumnya dengan tidak mengaitkan mereka dengan perbuatan yang keji ini.

Manika Varagam berkata...

Payah payah pakai istilah aljuburi atau dijuburi sudahlah.senang cerita.senang faham.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates