Isnin, 9 Januari 2012

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Nampaknya sifat pemaaf dan tenang Umno meresahkan Pakatan Rapuh (PR) yang melabelkan diri sendiri sebagai Pakatan Rakyat.

Mereka sengaja membuat pelbagai onar agar Umno melenting, apabila Umno melenting maka itu akan dijadikan isu baru bagi mengekalkan populariti PR.

Kita tahu bahawa pembangkang hidup dengan isu. Isu adalah satu-satunya sebab mereka wujud. Sementara Umno dan BN menyelesaikan masalah rakyat, isu semakin kurang, maka semakin pendeklah nafas PR.

PR perlu belajar bagaimana untuk hidup secara lebih budiman, secara lebih berorientasikan kesejahteraan rakyat, dan bukan berorientasikan kesusahan rakyat. Dengan ini PR akan bersama-sama BN untuk berobjektifkan kesenangan rakyat.

Jika PR masih hidup atas isu, maka sampai bila pun mereka terpaksa cipta isu dan membuat provokasi agar Umno dan BN turut bergelumang dengan isu yang tidak mensejahterakan rakyat. Sudah tentulah tag line "Kedah Sejahtera" bukan ukuran sejauh mana rakyat disejahterakan.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates