Khamis, 12 Januari 2012

Kes Pendahulu Yang Berbahaya

Penjualan Tanah Wakaf Madrasah Salahiah adalah satu kes pendahulu (Precedent) yang sangat membahayakan kedudukan institusi Islam di Kedah dan Malaysia.

Jika perobohan dan penjualan ini tidak dihentikan, malah jika pihak yang membantah tewas dalam kes permohonan injunksi, ia akan menjadi satu kes rujukan bagi kes-kes melibatkan perobohan dan penjualan tanah wakaf dimasa depan.

Ia juga akan menjadi satu faktor halangan kepada mana-mana pihak jika dimasa depan jika mereka berhasrat untuk mewakafkan tanah atau sebarang harta. Bakal pewakaf akan hilang keyakinan bahawa wakaf mereka akan kekal membawa manfaat kepada mereka selepas mereka meninggal dunia. Apa tidaknya, Institusi Agama sendiri boleh diarahkan untuk menukar fatwa dan melucutkan status wakaf.

Kes pendahulu ini juga akan dijadikan rujukan bagi pihak yang mahu mengambil-alih tanah wakaf diatas apa kepentingan sekalipun. Dimasa depan, jika ada pihak bukan Islam yang mepunyai banyak wang, boleh mempengaruhi pihak-pihak tertentu untuk mengubah fatwa lagi dan lagi. Majlis Fatwa sudah tunjukkan contoh bahawa mereka boleh mengubah Fatwa mereka sendiri yang baru berusia tak sampai 2 tahun hanya atas alasan pembangunan.

Wahai umat Islam, mahukan kes pendahulu (precedent) ini dicipta dizaman kita dan kita dikenang sebagai umat yang berdiam diri apabila pintu pertahanan Islam dirobek buat pertama kalinya? Jangan kita terkejut jika suatu hari nanti Masjid Zahir juga akan dirobohkan kerana kitalah yang membiarkan laluan itu dibuka dengan membenarkan Madrasah Salihiah dirobohkan dan tanah wakafnya dijual.

Siapakah yang lebih wajib kita taat? Allah SWT atau pemerintah berijazah al-Azhar yang menyeleweng dan menjual Madrasah?


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates