Isnin, 9 Januari 2012

KITA MUDAHKAN CERITA....


Watan Bertinta

Cultprit (dalam PAS orang ini berjawatan Ketua MKK) yang bersekongkol dengan MAIK dan menandatangani borang A14 , borang yang langsung tidak dimaklumkan kepada 3 pemegang amanah tanah wakaf khas MADRASAH SALIHIAH sudahpun dikenalpasti oleh pihak berkuasa.Kes ini diklasifikasikan sebgai 'penipuan jenayah'.
Kini MAIK yang bukan merupakan tuan tanah wakaf khas berkenaan namun bertindak menjual tanah bukan miliknya kepada kerajaan negeri melalui agensinya PKNK yang kemudiaan menjualkannya semula kepda Sony Ho untuk pembangunan semula PLAZA TUNKU YAAKOB kian gelisah dan menyedari kesilapan mereka.

Jika MAIK bukannya tuan tanah dan hanya berperanan sebagai pengelola dan pengurus tanah wakaf berkenaan, mengapa MAIK sanggup menerima wang jual beli tanah berkenaan berjumla RM1.48 juta dan disimpan dalam akaun MAIK?

Dan kini juga 'si broker' dan pegawai pejabat tanah kota Setar yang bertindak sebaga orang tengah antara MAIK dan Pejabat Tanah dalam urusan jual beli tanah wakaf khas berkenaan sudah 4 hari menghilangkan diri kerana dicari pihak berkuasa. Justeru jika nak teliti dan bincang serta analisis kes MADRASAH SALIHIAH, mulakanlah perbincangan anda dari sudut ini (pecah amanah dan penipuan dalam jual beli tanah wakaf khas).

Janganlah dimelalutkan dengan tempelan isu-isu lain yang pada akhirnya tidak melambangkan realiti sebenar.. LAGIPUN bak kata AZIZAN, isu ini isu kecil, siapa pun tak peduli, ya memang kecil USTAZ, saiz tanah wakaf khas ini hanyalah 0.08 hektar bersamaan 3,000 kaki persegi, kalau dah kecik nak kacau buat apa ustaz?

Sekarang siapa yang susah?????? Kita mendoakan agar SPRM dapat melengkapkan siasatan dengan segera dan yang bertanggungjawab menghina serta menjual maruah umat dan hak umat Islam dapat dibawa untuk diadili di muka pengadilan.

Jangan lupa 602 (6hb febuari). Jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Alor Setar, proses 'hearing' writ saman ke atas MAIK, PENTADBR TANAH KOTA SETAR DAN Kerajaan Negeri Kedah pimpinan lulusan AL-AZHAR akan bermula.

Dan jangan lupa 502 program sambutan MAULIDUR RASUL akan disambut secara besar-besaran di MADRASAH SALIHIAH.. Semoga Islam diberikan kemenangan, kebatilan kita hapuskan dan kebenaran akan beroleh kejayaan.. AMIN YA ROBBUL A'LAMIN

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

KITA PI RAMAI-RAMAI KA SURAU DAN MAHKAMAH...SOKONGAN ANDA..fisabilillah

Anakbukitgantang berkata...

ni macam kes penipua tanah Adorna di Pulau Pinang0penghakiman berats sebelah ke atas pehka ketiga yg membeli tanah dari si penipu-sehingga menyebabkan National Lnad Code ditukar pada tahun 2008 atau 2009 supaya penipuan tidak boleh dilakukan dan tuan tanah baru yang membeli tanah dari si penipu on good faith kena pulangkan duit dan tanah pada tuan tanah yg asal- kalau begitu jangan lupa gunakan National Lamd Code baru Amemnment tahun 2008- mati kutu PAS dan Ustaz Zizan!

Tanpa Nama berkata...

Semoga dimakbulkan Allah dan setiap kebenaran terbukti jua dan setiap kemungkaran akan terbalas jua samada cepat atau lambat. Apapun kamu berdoa agar Surau ini diselamatkan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates