Rabu, 18 Januari 2012

Kompleks Bukhary tak sama Dengan Aman Central


Pertama, Kedah Times nak tegaskan disini ialah tentang pengambilan tanah wakaf untuk didirikan kompleks komersial. Tanah itu diwakafkan untuk pembinaan surau. Maka adalah menjadi soalan kenapa tanah wakaf untuk surau atau madrasah dijual kepada pemanju.


Kedua, ialah merobohkan surau/madrasah untuk membina kompleks komersial atas tanah wakaf adalah tidak wajar sama sekali.

Ketiga, Tapak Masjid Alor Malai sehingga kini masih kosong dan terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan Alor Malai. Masjid Baru yang besar dibina berhampiran dengan kawasan tersebut juga. Tapak asal masjid tidak didirikan apa-apa bangunan. Jika nak kata Souq Bukhary (Kompleks perniagaan dan pejabat) dibina atas tapak masjid lama adalah SALAH sama sekali. Souq Bukhary dibina atas tapak pasa basah Kg Datuk Murad.
Keempat, Kompleks Bukhary adalah pusat kegiatan Islam yang merangkumi Universiti, Rumah anak yatim, pusat perubatan dan pelbagai aktiviti keagamaan Islam dilaksanakan disini. Jauh beza dengan AMAN CENTRAL ... pusat komersial yang bakal adal SPA, Video Center, Kedai dan aktiviti komersial dan perniagaan.

Kelima, kerja PAS memang suka putarbelit.

Kerajaan PAS Kedah telah menyeleweng fakta dengan memberi gambaran tindakan meroboh Madrasah Salihiah sama seperti pembangunan Kompleks Al-Bukhary di Alor Malai yang dilaksanakan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam kes Madrasah Salihiah itu kerajaan PAS ingin merobohkan sebuah surau serta mengambil tanah wakaf untuk didirikan sebuah kompleks membeli belah.

“Dalam pembangunan Kompleks Al-Bukhary, masjid yang sedia ada dirobohkan untuk pembinaan sebuah masjid yang lebih baik, luas dan selesa juga di kawasan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata, masjid baru itu boleh menampung lebih 3,000 jemaah berbanding masjid lama yang hanya dapat menampung kira-kira 500 jemaah.

Sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan semasa pembangunan projek Kompleks Al-Bukhary yang dimulakan sekitar tahun 2003, katanya penduduk juga telah menyatakan persetujuan bagi pembinaan masjid baru itu.

“Berbanding dengan Madrasah Salihiah itu para jemaah dan waris tanah wakaf berkenaan menentang tindakan meroboh madrasah dan kemudian mahu membina surau ganti di dalam kompleks membeli belah,” kata Ahmad Bashah.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abdul Ghani Ahmad dalam sebuah akhbar harian yang mendakwa tindakan kerajaan negeri yang mahu merobohkan Madrasah itu pernah dilakukan kerajaan BN dahulu yang merobohkan Masjid Alor Malai untuk membangunkan kompleks Al-Bukhary.

- Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates