Rabu, 11 Januari 2012

Lepas Ni Kalau Ada Surau Lekeh, Tolong Jangan Habag Kat PAS Kedah

Nampaknya, semakin mereka jawab, semakin bercelaru kelihatan kerajaan PAS Kedah.

Apa tidaknya, bila mereka jawab lagi:

1. Terbuktilah dan diakui mereka sendiri bahawa Kompleks Membeli belah BOLEH dibina kalau tak runtuhkan Madrasah Salihiah. Ini bukan kami kata, tapi PAS sendiri akui. Sila rujuk petikan dibawah dari blog PAS.


1. Apakah keperluan Madrasah dan tanah dijual kalau pun hendak membina Kompleks membeli belah. Tak boleh kah bina kompleks tanpa runtuh dan jual tanah Madrasah? Itu soalan kita.

Boleh, sebab atas bekas tanah wakaf tu nanti bukan naik super mega mall atau hotel semua kat situ. Tak celuih. Ia akan jadi tapak parking dan jejantas (kalau tak silap berdasarkan plan tu sekali lalulah, tunggu Dato' Amiruddin pamerkan dalam masa terdekat). Soalnya kalau biarkan di situ ia akan tersisih, terperangkap & terperosok di celah tiga bangunan utama yang naik 5 tingkat. Lagi susah org nak masuk, kalau org tahu itu surau (setelah buang syarikat insuran) maka nampak koman sungguh surau berbanding bangunan lain yang gagah menggelamkan surau. Tapi mokalu buat di super mega mall Aman Central dengan reka bentuk Islamik kubah dari luar, boleh akses 24 jam, lebih besar.. ia akan nampak lebih gagah. Kali pertama super mega mall di Msia ada surau sehebat itu.. Tempat lain semua surau sempit dalam bangunan.



Setelah mengesahkan bahawa kompleks membeli belah BOLEH dibina tanpa meruntuhkan Madrasah Salihiah, mereka juga memberi jawapan kenapa Madrasah Salihiah perlu dirobohkan, iaitu sebab takut tersisih dan nampak koman.

Tudia, PAS roboh dan Jual tanah Wakaf bukan sebab ia akan ganggu projek, tapi sebab Madrasah tu akan nampak koman. Nah aih...

Ingat tuan-tuan semua, kalau surau nampak koman dan tersisih, robohkan saja..itu perjuangan PAS.

Lagi bercelaru bila depa kata, Dato' Amiruddin nak pamirkan dalam masa terdekat. Apa maknanya? Maknanya, pelan tu takdak lagi, ni baru gelabah dok reka macam mana nak tipu rakyat. Kalau plan dah ada, photocopy sekupang saja dah boleh pamir kat rakyat, sejam pun siap. Ini dah berapa bulan tak keluar-keluar pelannya.


Cuba baca dibawah ni pula,

5. Mereka dakwa bahawa Tuanku Sultan sudah dimaklumkan, namun terbukti mereka berbohong.

Terkini, Mufti dah maklumkan kat Agong di airport. Agong setuju dan tak mau masuk campur urusan pertikaian oleh pihak tertentu terhadap madsarasah.
Akhirnya, depa sekali lagi mengaku bahawa mereka menipu apabila membuat laporan polis bahawa Tuanku TELAH dimaklumkan, tiba-tiba "terkini" mufti baru maklum..yang ni pun boleh percaya ka? 

Semakin cuba dinafikan, semakin terbongkar, jadi serupa tikus memperbaiki labu. Tu pasal, orang tua-tua pesan, jangan dok tegakkan benang yang basah, sia-sia.

Tapi yang paling sedih bagi umat Islam Kedah ialah kerana takut kelihatan koman, pemerintah merobohkan Madrasah dan bukan menaiktaraf.

Malah Tanah wakaf juga dijual kerana takut madrasah nampak koman.

Ingatan untuk semua, kalau Madrasah ditempat anda nampak lekeh dan koman, pastikan kerajaan PAS Kedah tak tau, kalau depa tau depa pi roboh sebab takut nampak koman.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hangpa semua yang pilih PAS nak buat camna?

Tanpa Nama berkata...

kalau dah nampak koman buat yang baru lah lagi besar dan cantik baru tak koman.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates