Sabtu, 14 Januari 2012

Madrasah Salihiah: Lagi Bongkar.. Depa Semakin Celaru

Tak sampai 24 jam depa dok bagi alasan konon rakyat tak faham birokrasi, depa saja yang faham birokrasi.. katanya pelan tak boleh keluar cepat.. Ini birokrasi yang Rakyat tak faham..

Tiba-tiba masuk gear undur, tarik balik artikel dan keluar gambar surau. Depa bawa keluar pelan surau dan jaja kata surau yang depa rancang tu hebat.. Nah aih.. macam kartun. Depa ingat rakyat lupa, dah berapa lama dok minta, sampai kita habag photostat sekupang saja, baru pelan tu keluar.

Maka gegak gempita la kata itu pelan hebat depa.

Tapi kalau anda ingat itu sudah cukup kartun, anda silap..

Depa tambah lagi satu kartun...

Cuba Tengok  Pelan yang depa tayang kat rakyat dan baca apa yang ditulis dipenjuru kanan bawah

Kami Zoomkan untuk tuan-tuan baca, "SURAU - Exterior Option 01"

Apa maknanya?

Maksudnya, ini hanyalah pelan olok-olok untuk buat penilaian awal sahaja. Nak bina atau tak bina pun, tak apa, takdak "binding" kata orang putih.

Untuk pengetahuan, pelan yang sebenar perlu ada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (MBAS), itulah pelan yang mengikat (binding).

Kalau surau sudah mahu dirobohkan, tanah wakaf sudah dijual, sepatutnya surau ganti sudah ditetapkan dan sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ini sudah lama jual tanah, tapi kelulusan pun takdak pembangunan belum ada.

Pesan kami, kalau kerajaan PAS nak bohong, bohong kat orang PAS saja sudah la. Bagi rakyat yang tahu bahawa semua pembangunan memerlukan kelulusan rekabentuk dan dari Majlis, dan perlu ada chop kelulusan dan tandatangan/kelulusan jurutera, toksah dok bohong la.

Rakyat semua bukan bodoh, nak tambah dapur rumah pun kena ada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, tapi nak buat surau "hebat", kompleks besar pakai pelan olok-olok..

Lagi dijawab lagi celaru... kerana apa? Kerana kami tahu kenapa nak roboh sangat Madrasah Salihiah ni, malah yang nak roboh tu dapat "deal"  apa pun kami tahu.

Gila apa mempertahankan pendirian hendak MEROBOHKAN MADARASAH sampai begini sekali, sehingga sanggup menimbulkan kecelaruan dan menampakkan kedangkalan... Takkan lah sebab berjihad....

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalaupun nak membangunkan tanah tersebut supaya mendapatkan hasil, bangunkan sahajalah.

Kenapa perlu dijualkan?

Tanpa Nama berkata...

la, tak tau lagi ka, plan olok-olok ni budak suruhan Zulkifli Yahya yang lukis dan reka , kemudiaan depa print di PADIMAZ Printing, taman wira, anak buah aku kerja grafik design di syarikat milik Zul,Pengarah urusetia Penerangan Negeri. Kalau tak bohong bukan PAS namanya

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah ..Allah telah memperlihatkan LAKONAN YANG PALING HEBAT OLEH PEHAK PEMERINTAH KEDAH...

wahai pemimpin Islam Kedah, kamu TELAH TERSILAP RENCANA..TERSILAP MEMILIH PEMIMPIN...

YANGDIPILIH TELAH MENIPU RAKYAT ..TELAH CUBA CUBA MENUKAR SKRIP DRAMA ...LANTARAN TANAH WAKAF KHAS MADRASAH SALIHIAH INI SEBENARNYA TELAHPUN DISAHKAN OLEH PEJABAT TANAH KEDAH..TELAH PUN DIJUAL DENGAN RASMINYA PADA BULAN JUN 2011..........ORANG DALAM PEJABAT TANAH SENDIRI TELAH MENGESAHKANNYA..

JADI ...WAHAI PEMIMPIN ISLAM.....JIKA KAMU MERASAKAN KAMU TELAH TERLALAI...TERCUAI....TERBABAS...

MAKA....KENAPAKAH KAMU TAKUT HENDAK MENYATAKAN KEBENARAN? MAHKAMAH ALLAH AKAN MENGHAKIMI KAMU..KERANA DALAM HAL TANAH WAKAF INI...KAUM KAMU TELAH MENDUSTAKAN MANUSIA LAIN...TERIMALAH AKIBAT...NYA..NANTI.........

KAMU BOLEH BUAT PLAN ...SECANTIK..ISTANA BALKIS DI ZAMAN NABI SULAIMAN.....SETINGGI MENARA BERKEMBAR PETRONAS SKALIPUN..BUATLAH PLAN YANG PALING HEBAT SEKALIPUN DI ANGKASA...

NAMUN..KAMU TIDAK BOLEH MENDUSTAKAN DOSA DAN AIB YANG KAMU TELAH LAKUKAN..KEPADA TANAH WAKAF KHAS UMAT ISLAM NI............KAMU AKAN DILAKNAT..

DAN MANUSIA YANG MEMPERTAHANKAN RUMAH ALLAH INI INSYA ALLAH AKAN DIRAHMATI ALLAH SWT...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates