Jumaat, 27 Januari 2012

MB Azizan bakal kena tindakan?


Pemecatan Hassan Ali dikabarkan adalah kerana atas desakan PKR dan tidak lupa juga DAP. Saranan Azmin Ali dari PKR supaya diambil tindakan ke atas Hassan Ali rupanya didengar oleh PAS. kekuatan suara Azmin Ali ini ditambah dan disokong oleh proksi-proksi PKR dalam sendiri seperti Khalid Samad, Dr Rani dan Mat Sabu sendiri.

Kini seorang lagi jurucakap Anwar Ibrahim aka PKR bersuara tentang Azizan Razak. Saranan supaya tindakan tegas diambil terhadap Azizan razak dibuat oleh Aziz Bari, pencacai makan gaji UIA nombor wahid Anwar Ibrahim. Malah beliau kini dijaja oleh proksi-proksi PKR dalam PAS ke merata forum dan ceramah anjuran PAS.

Apakah Azizan bakal menerima nasib sama seperti Hassan Ali? Kita tunggu dan lihat.

Kedah Times cuma agak pening memikirkan tentang pakatan ini. Apakah ini pakatan serupa dengan pakatan kenduri? Yang akan berpecah apabila selesai saja kenduri diadakan?

Tetapi yang Kedah Times dapat rasakan yang ada tangan-tangan ghaib dalam pakatan yang sedang mencorakkan halatuju kumpulan ini. Tangan ghaib ini dalah mereka yang sentiasa mecari peluang untuk menghancurkan Melayu, Islam dan Raja. Kerana bagi mereka ketiga-tiga ini adalah penghalang utama mereka untuk menguasai Malaysia.

Tetapi sedihnya PAS dan PKR membelai mereka ini bagai anak tunggal. Tidak boleh disentuh dan sanggup ikut saja apa yang diperkatakan anak ini. Pelik ... 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sepatutnya menyertai BN jika beliau terus menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Abdul Aziz Bari.

Katanya, jika Azizan terus menyokong AUKU, maka beliau sepatutnya menyertai BN, kerana BN pro-AUKU.

Pakar perlembagaan itu menegaskan demikian dalam satu akhbar di Shah Alam hari ini sebagai mengulas pendirian menteri besar Kedah itu yang menyokong tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) milik kerajaan negeri itu, menggantung pengajian lima pelajarnya mengikut AUKU kerana dituduh menyertai demonstrasi haram.

Abdul Aziz juga menggesa Pakatan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana pendirian menteri besar Kedah yang jelas bertentang dengan pendirian parti.

"... mereka mesti mengambil tindakan tegas terhadapnya, kerana ia (memansuhkan AUKU) disebut dalam Buku Jingga mereka," kata bekas profesor undang-undang UIA itu.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates