Selasa, 31 Januari 2012

Pada PAS Boleh, Pada UMNO haram

Apabila UMNO bersama MIC, MCA dan lain-lain parti membentuk satu barisan untuk memerintah dan membangunkan negara ini, PAS lantang menentang.

Malahan PAS menuduh dan melabelkan UMNO sebagai kafir. PAS mengajak penyokong dan pengikutnya memboikot apa saja program dan majlis ahli-ahli UMNO. 

Kenduri, kematian, sembelihan semuanya menjadi kegilaan PAS untuk memboikot. Malah sembahyang jumaat pun sudah berpecah menjadi 2 imam.

PAS cuba membentuk imej yang menjadi penyokong atau ahli PAS, maka syurga adalah dijamin. Tidak menjadi ahli PAS dilihat seolah-olah tidak Islam atau jahil dalam agama.

Pembentukan barisan oleh UMNO, MIC, MCA dan lain-lain adalah kesinambungan dari perjuangan membebaskan negara ini dari penjajahan kuasa luar. Hasil kesepakatan ini, orang Islam dijadikan ketua negara dan sedikit kuasa dikongsikan dengan penduduk bukan Islam.

Hebatnya, Islam dijadikan agama rasmi negara dan Raja sebagai ketua utama Agama. MIC atau MCA dan lain-lain tidak memusuhi Islam dan pengikutnya. Kehidupan harmonis berlanjutan sehingga 50 tahun lebih dalam satu BARISAN.

Itupun PAS kata UMNO kafir.

Tetapi apabila PAS bersepakat dengan DAP kafir harbi yang terang-terangan menolak Islam dan Raja, mereka melabelkan diri mereka dalam kontack Tahaluf Siyasi. 


Mereka membawa kefahaman bahawa bersepakat dengan DAP adalah dibolehkan kerana menentang kezaliman. Tapi apakah logiknya bersepakat dengan musuh Islam untuk menjatuhkan umat Islam juga?

Tahaluf Siyasi itu diterjemahkan supaya pengikutnya percaya bahawa DAP adalah rakan yang boleh berjuang bersama walhal DAP adalah musuh Islam. Bukan ini sesuatu yang amat kontradik?
Tetapi yang cuba nak ditekankan disini, jika UMNO menerimapakai konsep Tahaluf Siyasi, PAS kata UMNO kafir. Sebaliknya bila PAS bertahaluf Siyasi dengan DAP, PAS tidak pula menjadi seperti apa yang mereka katakan kepada UMNO. 

Ianya halal untuk PAS! Dasar munafik!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah saya dan keluarga sangat benci kepada PAS. Puak-puak ni sewenang-wenangnya bermain hukum syurga neraka seolah-olah mereka yang punya. Walaupun berkopiah putih dan betudung labuh tapi mulut mereka sangat jahat bila berkata-kata. Menghina orang dengan begitu bersahaja kalau orang tak mahu dengar kelentong mereka. Akhirnya apabila anak sendiri ditangkap mencuri pun tak sedar diri juga konon orang aniaya. Nak ditunjuk Allah lagi anak sendiri membuntingkan anak dara orang. Nah.......Bukankah Allah Maha Berkuasa. Ini kisah benar yang terjadi dalam kalangan sanak saudara saya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

PAS ADA WALI, UMNO MANA ADA
PAS ADA ALIM ULAMA UMNO MANA ADA
PAS PARTI ISLAM UMNO BUKAN

PAS ANJING DAP, UMNO MANA MAU JADI ANJING

HAHAHAHA SEBAB TU PAS HEBAT

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates