Selasa, 31 Januari 2012

PADA SIAPA MELAYU ISLAM BOLEH BERGANTUNG HARAP?????


Watan Bertinta

2,500 tahun dulu bila wujud petempatan awal di tebing Sungai Tigris dan Eupharates, komunit di situ menggunakan 'politik' untuk mencari penyelesaian bersama demi faedah bersama mengatasi isu yang dihadapi, iaitu bagaimana mahu diairi kawasan pertanian mereka. Itulah gunanya 'politik' ketika itu.

Namun 'politik' hari ini tidak lebih dari paltform untuk berlagak angkuh, sombong. Mengajar sifat-sifat hipokrit, pembodek, berpura-pura dan terkejar pangkat, kuasa demi kekayaan dan kepentingan peribadi. Itulah generalisasi yang boleh dibuat.

Tumbuhnya parti-parti politik di Malaysia berinspirasikan usaha untuk beroleh kuasa agar boleh menubuhkan kerajaan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan.

Kalau ditanya tentang agenda mereka untuk rakyat, kita boleh simpulkan parti-parti politik ini lebih banyak 'peralatkan rakyat' dari membantu rakyat. Itu kesimpulan mudahnya.

Melayu kini sudah membentuk 66% dari penduduk Malaysia. Namun Melayu sebagai majoriti masih lemah. Lemah dalam ekonomi, mandom dalam pendidikan, terus terperangkap dengan kemiskinan dan ditimpa masalah sosial berpanjangan.Terbelenggu dengan kebejatan moral yang berterusan.

Pegangan Melayu kepada Islam pula tidak lebih sekadar pegangan dari sudut ritual dan budaya agama semata-mata. Lebih banyak yang suka mengelirukan umat Islam dari berdakwah dengan jalan yang benar demi mengangkat martabat umat Melayu Islam.

Melihat senario semasa, kecelaruan politik yang terus melanda, dan kini digahkan pula dengan konsep 'kuasa ketiga' atas dasar mahu menjaga tiga perkara yakni Islam, Melayu dan Raja (IMR) kita sebagai umat Melayu Islam sebenarnya masih tertanya-tanya, pada siapa Melayu Islam di Malaysia boleh bergantung harap.

Pada PAS kah? Pada UMNO kah? atau pada PKR dan DAP kah? Pada PERKASAKAH? Atau pada Raja-Raja Melayukah, pada Mufti kah? Atau pada siapa sebenarnya?

Rentetan penghinaan yang berlaku terhadap Melayu dan Islam di Malaysia kebelakangan ini seolah-olah tidak dipandang serius oleh Melayu sebagai satu unit bangsa majoriti. Ada yang buat tak kisah, ada yang tidak mahu campur, ada yang bersungguh-sungguh bangkit menentang, ada pula yang hanya bijak memberi komen sekadar untuk menumpang glamour tetapi tindakan tidak seberapa. Ada pula Melayu yang menyokong pihak yang menghina Melayu Islam..

Dan untuk survival Melayu Islam di masa hadapan, cuba rakan-rakan fikirkan alternatif yang bagaimana dan pada siapa sebenarnya Melayu Islam di Malaysia boleh bergantung harapan untuk membela, mempertahan dan memperjuangkan hak-hak mereka?????

Jika sebagai Melayu Islam kita tidak berfikir dan mencari jalan untuk membela bangsa dan agama kita SENDIRI, lantas pada siapa lagi kita boleh bergantung harap?????

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

tentulah melayu boleh berharap pada KHALIFAH LIM GUAN ENG DAN TOK GURU KARPAL SINGH...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates