Khamis, 26 Januari 2012

PAS memang terpesong!


Siri Ceramah Pakatan Rakyat di Kedah yang Kedah Times ingin sentuh sedikit ialah yang diadakan di Perkarangan rumah Mokhtar B Lat Pekan Tanah Merah, Pendang pada 13 Januari 2012 jam 9 malam-12 malam. Baberapa penceramah datang memberi ceramah seperti YB Dato Dr Mohd Hayati Othman (Ahli Parlimen Pendang), Haji Mohamed Hanipa Maidin (Peguam PAS),  YB Hjh Siti Zailah Bt Mohd Yusuf (Ahli Parlimen Rantau Panjang) dan  Ustaz Idris Ahmad (Ajk PAS Pusat)
Kedah Times nak focus kepada ceramah AJK PAS Pusat iaitu Idris Ahmad. Beliau sangat terkenal dengan mengkastakan ahli UMNO dengan pelbagai sebutan yang menjatuhkan maruah pendokong UMNO. Termasuk percubaan beliau untuk menjauhkan Islam dari orang-orang UMNO. 

Cara beliau berceramah ialah dengan mengibaratkan Islam adalah milik PAS dan ahli-ahli UMNO adalah mereka yang tidak mahu kepada Islam. Perbuatan beliau ini seolah-olah menjurus mengiyakan Fatwa Hadi.

"Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS PUSAT) memaklumkan kepada hadirin bahawa untuk berdakwah sesekali tidak boleh bersama dengan UMNO , sebagai contoh apa yang telah berlaku kepada Dato Seri Anwar yang pada mulanya bersama dengan UMNO untk berdakwah tetapi akhirnya difitnah".

Inilah mesej utama AJK PAS Pusat ini. JANGAN SESEKALI BERDAKWAH BERSAMA UMNO. Dan adalah lebih baik berdakwah bersama DAP dan PKR. 

Cuma bezanya UMNO adalah Islam tetapi DAP adalah kafir harbi dan PKR pula adalah puak-puak Islam Liberal. Maka bagi Idris Ahmad adalah lebih baik bersama kafir harbi dan Islam liberal daripada bersama dengan fundamentalist Islam.

Ungakapan beliau adalah kesinambungan dari Fatwa Hadi yang menjuruskan mengatakan yang menyokong UMNO adalah kafir. Jadi tidak boleh sesekali bersama mereka. Inilah mesej songsang Idris Ahmad.

Kedah Times tidak menafikan yang terdapat individu-individu yang kurang pegangan keIslamannya dalam UMNO tetapi apa kurangnya pengikut PAS. Yang teruknya berkopiah putih dan bertakbir tetapi masih meminati perempuan dan berjudi.


Lebih menyedihkan apabila PAS asyik mempertahankan Anwar Ibrahim yang mempromosikan Islam Liberal serta menganggap LGBT, homoseksual, transgender dan semua jenis kehidupan songsang dihalalkan.

UMNO buang atau 'get rid of' pemimpin sebegini tetapi PAS mengutipnya untuk diusung kesana-sini.

Maka benarlah kata Idris Ahmad yang PAS tidak boleh berdakwah dengan UMNO kerana dakwah UMNO adalah yang benar, ikhlas dan jujur dalam membentuk bangsa Islam yang kuat dari segi ekonomi, pertahanan dan beriman.

Malah PAS menjadi terbalik kerana membawa atau mempertahankan mereka-mereka yang songsang hidupnya. LGBT, Homoseks dan segala bentuk kumpulan atau kehidupan songsanga menjadi sokongan dan dokongan PAS. Contoh terbaik ialah PKR dan DAP!

Kedah Times amat bersetuju dengan mesej Idris Ahmad, UMNO adalah wadah terbaik untuk berdakwah kerana ianya tidak banyak dipengaruhi oleh anasir-anasir songsang seperti apa yang dialami dan diterimapakai oleh PAS.

Bravo Idris Ahmad... Anda menyatakan kebenaran. UMNO lebih baik dari PAS kerana sudah bersih dari mereka-mereka yang menentang Allah. 

Dan PAS dikelilingi oleh musuh-musuh utama Allah ... apa nak dibanggakan lagi ... wahai ahli PAS? 

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebab utama kenap mereka anti UMNO dan tak boleh bersama kerana UMNO yang mempertahankan kesucian Islam dan mempertahankan KEMURNIAN ISLAM tanpa keraguan telah menelanjangkan perjuangan SONGSANG dan cuba di kaitkan dengan ISLAM oleh puak2 KHAWARIJ nie...

Tu yang sebeno nya.

Tanpa Nama berkata...

Pas akan malap dengan perlahan-lahan dan akan hilang sokongan.Percayalah semua

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates