Selasa, 17 Januari 2012

PAS NAZAK TAPI UMNO BEKALKAN TANGKI OKSIGEN


WATAN BERTINTA

PAS memang cukup bermasalah. Mendokong Ambiga, menobatkan Imam Al-Juburi Al Mahdi Al Anwari sebagai pemimpin utama. Lebih mengaibkan menobat Nabi Nik Aziz sebagai nabi mereka walhal nabi akhir zaman dan penamat segala nabi adalah Muhammad Rasullullah s.a.w.

PAS juga berterusan dan tanpa mahu istigfar dan bertaubat terus bersekongkol dengan musuh Islam yang nyata DAP Kafir harbi. PAS Memecat pejuang Islam yang konsisten seperti Hassan Ali. Mengekalkan kaki zina seperti Mat Sabu sehingga boleh naik memegang jawatan nombor dua. PAS Gagal mengurus tadbir dengan baik Kedah dan Kelantan mengikut kaedah pemerintahan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

PAS masih bertoleransi terhadap arak, judi, zina, rumah urut, pusat hiburan sungguhpun mempunyai kuasa di Kedah dan Kelantan untuk melaksanakan 'amal maaruf dan nahi mungkar'. PAS terusan berbohong tentang negara Islam dan hukum hudud sungguhpun hakikatnya mereka sama sekali tidak mampu melaksanakannya.

Pemimpin PAS ramai yang bergelumang dengan dosa zina, dosa berbohong, dosa menfitnah, dosa mengutip dan menipu wang derma jihad orang ramai. Dosa 'merembat isteri orang', rasuah dalam senyap (RASUAH HALAL), menjadi talibarut CINA KRISTIAN (sepertimana dalam kes penjualan tanah wakaf khas Madrasah Salihiah).

Pemimpin PAS juga dikenali sebagai pemimpin yang lebih takutkan Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang berbanding takutkan siksaan dan hukum Allah S.W.T.

Mereka juga secara konsisten memperakui dan mudah menjatuhkan kekafiran kepada saudara seagama mereka sendiri yakni ahli-ahli UMNO yang masih melafazkan syahadah. Namun sahabat baik mereka DAP Kafir Harbi dijulang sehingga ke maqam Khalifah UMAR ABDUL AZIZ.

Pemimpin dan ahli PAS juga dikenali sebagai anti-establishement, pemuja huru-hara, pemuja Ambiga, tidak bercita-cita untuk menggunakan diplomasi dan lebih berminat menggunakan kaedah revolusi dalam memperjuangkan hasrat dan cita-cita mereka. Pendek kata TUJUAN MENGHALALKAN CARA. Apa sahaja cara akan mereka gunakan untuk berkuasa, DOSA PAHALA, HALAL HARAM disepak terajang begitu saja.
Pembohongan, penipuan dan kezaliman mereka dengan memperalatkan agama sudah terang lagi bersuluh diketahui umat Islam dan cerdik pandai Melayu.

Manipulasi mereka ke atas ayat-ayat Allah s.w.t juga diketahui umum, rahsia kotor mereka bahawa niat asasi mereka hanyalah mahukan kuasa biarpun terpaksa menjual agama sudah diketahui seantero dunia.

Prinsip dan amalan pemimpin dan ahli PAS mengikut ajaran Khwarij dan Syiah cukup mudah. Apa yang mereka buat semuanya Islam dan betul dan apa yang orang Islam lain buat semuanya dihukumkan salah dan taghut serta kafir.

Namun, kenapa PAS masih disokongi; kenapa PAS masih berupaya meraih kerusi DUN dan Parlimen dalam setiap kali Pilihanaraya Umum? Sehingga MAHFUZ OMAR yang boleh dikategorikan sebagai pelawak dan badut sarkas pun boleh menang. Dan sehingga PAS mampu mentadbir beberapa buah negeri?

Jawapannya mudah.. kerana sikap segelintir pemimpin dan ahli UMNO yang seringkali membekalkan talian oksigen untuk PAS terus bernyawa. Walhal hakikatnya PAS sedang nazak.!!!!

Caranya bagaimana? Marahkan nyamuk rumah dibakar. Si pengkhianat YANG TERDIRI DARI SEGELINTIR pemimpin dan ahli UMNO inilah yang mensabotaj calon UMNO yang bertanding dengan calon PAS dengan
cara wang digunakan.
Pengaruh salam kalih dijalankan, hasutan disebarkan, rahsia peribadi calon didedahkan, bilik gerakan ditutup dan diterbalikkan.

Penyokong sendiri ditaja dan dipengaruhi agar jangan mengundi calon BN, berikan sahaja undi kepada PAS. Sebab apa pemimpin dan segelintir ahli UMNO sanggup menjadi 'barua' dan pengkhianat demi memenangkan calon PAS?

Sebab pemimpin berkenaan selamanya merasakan dialah sahaja yang layak menjadi calon, sebab tidak ada rasa ikhlas dalam perjuangannya, sudah habis harta UMNO dan jawatan dalam UMNO dirembatnya, tatkala pilihanraya hanya kerana namanya tidak dicalonkan maka berubahkan dia menjadi MUSANG BERBULU AYAM, KUCING BERBULU TIKUS.

Isu, masalah, jawapan sudah tersedia, apakah yang harus kita lakukan untuk menangani gerombolan pemimpin dan ahli UMNO seperti ini? Yang kerja mereka khianat sepanjang masa, utamakan perut dan diri melebihi kepentingan parti dan suara majoriti?

Hangpa pakat pikiaq dan buatlah apa yang terbaik di cawangan, bahagian masing-masing. Amat sedih sebab puak kaki sabotaj inilah yang memegang jawatan hebat-hebat, jawatan utama dalam Bahagian mahupun diperingkat negeri.

Yang ikhlas dan bersungguh berjuang semuanya pakat ditolak ketepi jadi 'daun karapole'. Sedih sungguh, mungkin inilah KEADILAN DUNIA POLITIK. Yang pandai mengampu, mengkipas, mengadu domba cepat naik ke atas, yang pandai bekerja, punyai kreativiti dan bersungguh mahu memajukan parti ditendang dan ditolak ketepi.

Betullah sejarah Melayu sudah tersurat Hang Nadim yang cerdik dibunuh takut-takut bila besar nanti dengan kecerdikkannya menyelamatkan umat dia pula ditabal menjadi Raja. Jadi biarlah dalam UMNO ni yang tinggal semuanya spesis burung kakak tua dan yang hanya pandai kata YA saja (bukan semua, tapi sebahagian besar ikut spesis tu lah).

Orang UMNO dan pemimpin UMNO yang baik dan ikhlas jangan pula marah, ini teguran demi manfaat bersama. YANG ELOK KITA AMBIL SEBAGAI TELADAN YANG BURUK KITA JAUHKAN. Kalau sampai tak boleh tegur lebih baik kita tukar sistem jadi PARTI KOMUNIS. Siapa tegur kita hukum bunuh dan tembak saja.

Kita jangan jadi seperti PAS, PKR dan DAP. Puak tu memang seduit pun tak berguna. DEMOKRASI DAN KEADILAN YANG MEREKA AMALKAN IKUT SUKA HATI KEPALA HOTAK DEPA.

Hakikatnya, tujuan UMNO ditegur agar boleh terus kekal memerintah dan biar segar tidak nampak tua walaupun 1,000 tahun usianya. UMNO ditegur sebab masih ada yang sayangkan UMNO, kalau nak melingkupkan UMNO, lebih baik kita pakat kata YES SEPANJANG MASA. Jangan bantah, jangan tegur ikut,  ikut dan... ikut dan terus ikut sampai masuk kelubang taik pun kita masih dok kata 'AMBOI SUNGGUH SEDAP DAN WANGI BAUNYA".

Kita mahu menegur segelintir pemimpin dan ahli UMNO agar pisang tidak berbuah berkali-kali. Agar elemen sabotaj pada ini tidak lagi merugikan parti.

Jangan sesal dulu pendapatan sesal kemudian mengalir airmata.

Jika elemen sabotaj oleh barua-barua ini (segelintir pemimpin dan Ahli UMNO yang jahat dan jenis PARASIT) terus bermaharajalela, kita ucapkan GOODBYE KEDAH, GOODBYE SELAMANYA UNTUK KELANTAN. Dua negeri ini bakal berterusan menjadi milik PAS berhati syaitan..

Renung-renung dan fikir-fikirkan...

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

btul bang..yg menjatuhkan umno n bn adalah org umno dan bn sendiri...baik dr akar umbi sampai la ke yg tertinggi..x gune otak

Tanpa Nama berkata...

cerita sabotaj ini aku pun dah meluat nak ulas.depa kaki sabotaj tu lah yg dok jadi ketua bahagian,.ada yg jadi tmbalan.ada yg jadi ketua pemuda.dsbnya.

semua bahagian depa terlibat.hari ini depa kalut kata depa jadi calon wineable.tahi kucing depa.kalau depa jadi calon.kali ini orang lain pula pangkah kepala depa.

tak percaya hangpa tengok,kalau dato najib masih dok pandang muka depa atau jawatan depa.hutang mesti wajib dibayar pada pru 13 nanti.

sejak depa pegang jawatan pula macam sistem dikdator.demokrasi dlm umno dah mati.dapat peruntukan tak agih secara adil.

dato najib kena buat pembersihan pada umno kedah.bukan PAS yg nazak.UMNO pun nazak.

ada ketua bahagian yg masih ego.dia ingat umno tu hebat dab besar sangat.pada rakyat gelisah dengar cara mereka tadbir umno.


inilah pemimpin pelingkup umno.

Tanpa Nama berkata...

Tn blog Kedah TimeS;


ooooooooi Tuan Besar Ketua Bahagian.Kalau nak buat apa-apa kena rujuk pada mereka terlebih dulu.

UMNO yg lemah pun nak tunjuk kuasa lagi.

Setuju pandangan tuan.

Tanpa Nama berkata...

aku tengok sekarang ni si kadir sh. fadil tu lagi teruk perangainya dari anwar. dah puas sapu duit umno dan kerajaan sekarang ni bila dah tak diberi jawatan dah mula hentam kerajaan yang menyenangkannya selama ini . inilah contoh bekas pemimpin UMNO yang paling bangsat

Tanpa Nama berkata...

Satu perbandingan di satu taman perumahan yang punyai pengundi lebih 4 ribu.

1.Ketua Cawanagn UMNO: pengawal keselamatan
2.Pengerusi PKR : excukutif insuran
3.Ketua Ranting PAS : Pesara Pengetua

Ini lah imej sebuah parti Melayu yg jadi pemimpin .Bukan penghinaan tetapi satu perbandingan.

Pengundi bercampur dgn bukan melayu.

Kenapa jadi begini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates