Rabu, 18 Januari 2012

PAS perlu tukar Nama

Sudah sah, PKR sudah mengambil alih tuga PAS sebagai penjaga agama Islam. Maksud Kedah Times ialah penjaga Islam Liberal. PAS Selangor sudah tidak dibenar atau boleh dikatakan sudah dinyah atau disahkan sebagai bukan pejuang Islam lagi oleh DAP dan PKR.

Apa yang ada lagi pada PAS? Apakah status PAS dimana PKR dan DAP?  

Mungkin PAS hanya budak suruhan. Mungkin juga PAS hanya parti sepak terajang PKR dan DAP. Sehingga potfolio agama Islam pun dijaga PKR- Parti Liberal Islam.

PKR jaga Islam?
PAS yang dulunya asyik menuduh UMNO sebagai assobiyah atau pejuang nasiolisma kini hanya sebuah tong kosong. Yang berdegar-degar bercakap pasal Islam tetapi teman setempat tidurpun tidak mendapat 'recognition' sebagai pejuang Islam.

Kepada penyokong-penyokong PAS, apa nak jadi dengan PAS sekarang? Mari kita bersama tegakkan Aliff Baa Taa dalam UMNO.


SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.



Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.



Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Rupanya PAS hanya layak jaga adat
Melayu
Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.



Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini.

Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.



Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS.



Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.



Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

memang betul dan pasti berlaku Dap akan ganti Pas

Tanpa Nama berkata...

Tukar kepada Parti Aljuburi Semalaysia.Samalah PAS

Tanpa Nama berkata...

Jika PAS
P: Parti
A: Angkat
S: Sampah-kerja Mahfuz angkat sampah di Alor
Staq dulu.

Jika PIS
P: Parti
I: Islam
S: Sa Malaysia (SAANTIRO DUNIA PUN BOLEH....Sabah boleh n Serawak pun boleh)

pilih mana satu.....
HUH HUH HUH....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Keadaan semakin kusut dan tegang dan menjadi bonekanya melayu sesama melayu dan kini pertuanan diambil alih oleh kaum migran yang dahulu dikenali kuli pengangkat tahi.

Bila melayu sudah mula bergaya dan sudah lupa diri maka inilah jadinya. Mereka kian tamak dan gah dengan kekayaan dan keseronokan duniawi hingga lupa pada pesanan Nabi SAW kita supaya sentiasa dalam kesederhanaan dan hubungan sesama islam harus diikat seteguh-teguhnya dan biarkan terurai dan punca dipegang oleh bukan Islam.

Harus diingat bahawa melayu kini malu mengaku melayu dan lebih berbangga dengan bangsa migran. Mereka lupa peradaban hingga melayu diketepi dan musuh dijadikan kawan.Akibat tamak kuasa dan pandangan hilang kerana wang serta istana mahligai kepalsuan mereka sanggup menikam sesama melayu.

Mereka sanggup kianati agama dan mereka sanggup robohkan penyatuan agama islam seperti surau dan masjid asalkan kekuatan kuasa dan wang mereka perolehi. Selagi melayu pada nama selagi itu nilai2 norma2 keislaman dan kemelayuan dinafikan bahkan mereka sanggup gantikan islam dalam apa jua bentuk asalkan mereka jadi tampuk pemerintah. Sedarlah melayu kini melayu digadaikan dan bangsa DAP dan PKR diagungkan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates