Ahad, 29 Januari 2012

PEMUDA PAS..SILALAH BUAT LAPORAN POLIS!!!!!


Abang Bingai

5 Febuari 2012 bermula jam 6 petang seluruh umat Islam di jemput hadir ke madrasah salihiah. Selesai makan, kita bersiap untuk solat magrib dan solat hajat berjemaah. Parking disediakan di dalam kawasan sekolah Wan Sulaiman Sidiq dan juga boleh parking dihadapan kompleks Alor Setar dan dibelakang menara ALOR SETAR.

Selesai maghrib dan sunat hajat kita akan berarak beramai-ramai, melaungkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sempena mengingati ulangtahun hari keputeraan baginda, insan mulia pembawa rahmat sekelian alam.

Jemaah tanpa mengira latarbelakang parti, NGO dan atas nama persaudaraan umat Islam akan berarak bermula dari hadapan MADRASAH SALIHIAH, kemudian membelok ke kanan melalui hadapan MENARA ALOR SETAR dan dihadapan sebelah kananya AMAN CENTRAL milik SONNY HO, CINA KRISTIAN DAP yang bakal berdiri megah.

Kemudian perarakan akan terus berjalan sehinggalah sampai ke persimpangan trafik light di hadapan GALERI SULTAN ABDUL HALIM.

Kemudiannya kita akan membelok ke kanan memasuki kawasan Jalan Putra sebelum sampai ke persimpangan traffic light restoran salam. Seterusnya kita akan bergerak memasuki persimpangan tersebut terus ke hadapan sehingga kita sampai kembali ke MADRASAH SALIHIAH.
Sesampainya kita di madrasah kita akan solat isyak berjemaah, kemudian sedikit jamuan ringan dan akan diteruskan dengan CERAMAH PERDANA, 'MUHAMMAD S.A.W. INSAN LUARBIASA' oleh Tok Guru Pondok Genting Palas selain beberapa orang lagi tokoh jemputan.
Selesai ceramah kita akan sambung dengan berqiamulail di MADRASAH, dan keesokannya kita akan solat subuh berjemaah dan tatkala fajar menyinsing 6 Februari kita akan bergerak beramai-ramai ke MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR DI JALAN SUKA MENANTI untuk mendengar sebutan kes writ saman injunksi Jawatankuasa Madrasah Salihiah ke atas kerajaan negeri Kedah.

Hakim yang bakal mendengar kes berkenaan ialah YANG ARIFF HAKIM DATO' ZAKIAH..

Duhai seluruh kaum muslimin dan muslimat sekelian, marilah bersama kita mencipta sejarah, kita tunjukkan kepaduan kita agar syiar ditatang, syariat dijulang. Janganlah lagi dibiarkan hak umat Islam seperti tanah wakaf khas ini digadai, dijual beli dengan elemen penipuan demi memuaskan nafsu sang penguasa dan tauke CINA DAP pemuja agama kristian.

Marilah kita beramai-ramai membela dan menyatakan sokongan walaupun sekadar dengan hati dan doa kita terhadap MADRASAH SALIHIAH yang sepanjang 3 bulan lalu difitnah dan dinista dengan pelbagai kata dan label oleh pemimpin parti yang mendakwa perjuangkan Islam.

Rupanya parti yang diharapkan membela Islam kini akibat mengejar dunia, kuasa, kemegahan atas nama pembangunan dan untuk tunjuk kehebatan dan kesombongan memulihkan projek yang sudah 33 tahun terbengkalai.

Lebih aib mereka bersekongkol bersama musuh Islam demi menghapuskan syiar Islam yang masih tertegak di KANCHUT yang bernama MADRASAH SALIHIAH.

Dengan ikhlas hati, dijemput seluruh umat Islam berdekatan, hari ini musibbah menimpa MADRASAH SALIHIAH, barangkali esok lusa terjadi kepada surau dan masjid dikawasan anda pula. Atas nama persaudaraan Islam, kita gegarkan bandaraya Alor Setar dengan laungan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kita gegarkan perkarangan mahkamah dengan laungan SELAMATKAN MADRASAH dan takbir memuji kebesaran Allah s.w.t. Mudah-mudahan ALLAH S.W.T akan melindungi MADRASAH SALIHIAH dari terjebak ke tangan sang penguasa yang sombong lulusan al-Azhar dan sang pemaju CINA KRISTIAN DAP yang menjadi penggiat agama Kristian bernama Dato Sonny Ho.

PEMUDA PAS, dijemput hadir bersama..Tak teringin nak buat report polis ka??? Pihak MADRASAH SALIHIAH nak adakan sambutan dan perarakan MAULIDUR RASUL, solat maghrib, hajat dan isyak berjemaah serta ceramah berhubung kemuliaan Nabi MUHAMMAD S.A.W.

Kalau merasakan kesemua aktiviti itu salah di sisi hukum syarak ataupun difatwakan oleh MUFTI KEDAH haram, maka pergilah buat report polis.

Report atau tidak majlis tetap berjalan.. Duhai PAS, SUDAH-SUDAHlah menjadi anti Islam dan barua kepada DAP. Hassan Ali pun PAS pecat, dimanakah ISLAMNYA PAS lagi? Perjuangan taik kucing adalah...

Kita jumpa disana. Dimana? MADRASAH SALIHIAH pada 5 dan 6 FEBRUARI, ajak kaum keluarga, anak-anak dan adik kakak kita kenali madrasah yang pernah diimarahkan dan diziarahi oleh ramai alim ulama dan ilmuan Islam Kedah..

2 comments:

KUALA KETIL berkata...

INSYAALLAH BERJAYA TERUSKAN WAHAI TEMAN2 TERJAH KEMUNGKARAN DAN KEDURJANAAN PAS

Tanpa Nama berkata...

Cantik !!!!!! Tok Guru pondok Genting Palas akan Berlawan dengan Tok Guru Utan Palas

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates